Sabtu, Mac 28, 2009

Progran Jualan Buku Hujung Minggu PNM

PROGRAM JUALAN BUKU HUJUNG MINGGU PNM
Sabtu-Ahad
28-29 Mac 2009

Perpustakaan Negara Malaysia
232 Jalan Tun Razak
50572 Kuala Lumpur
Tel: 03-26871769

(Diskaun Menarik hingga 70% dan ada jualan buku terpilih RM1.00)

Khamis, Mac 26, 2009

Laporan majalah Pelancar terbitan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad

Laporan majalah Pelancar terbitan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad

Majlis Bicara Ilmu - Rahsia Bisnes Mamak
oleh : Wan Adlina Wan Ab. Aziz

Restoran Mamak begitu sinonim di kalangan masyarakat umum khususnya di Malaysia dalam perkembangan perniagaan semasa. Malah, dewasa kini, perniagaan tersebut semakin diterima ramai kerana diakui memiliki banyak keistimewaan tertentu sehingga memiliki rahsia kejayaan tersendiri.

Antara pelopor kejayaan per-niagaan berasaskan makanan pada masa kini termasuklah Bisnes Kayu Nasi Kandar, Pelita Samudera dan Kumpulan Barkath di samping perniagaan barangan kemas iaitu Habib Jewel yang terdiri daripada pengasas golongan Mamak.

Bertitik tolak daripada perkembangan perniagaan yang diusahakan golongan Mamak ini, Muhammad Faisal Sharbudin dan Zamri Muhammad mengambil keputusan untuk membukukan rahsia kejayaan bisnes Mamak di dalam sebuah buku yang yang diberi tajuk “Rahsia Bisnes Mamak”.

Melihat kepada keistimewaan dan inti pati yang terkandung di dalam buku berkenaan, ANGKASA mengambil inisiatif mengadakan satu Majlis Bicara Ilmu yang mengetengahkan penerbitan buku ini dan ianya dihadiri oleh kakitangan ANGKASA Bahagian Pelajaran, Penerangan, Penerbitan dan Perkhidmatan (B4P) pada 16 Disember lalu.

Majlis yang dikendalikan oleh Moderator, Naib Yang Dipertua ANGKASA, Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hasan itu turut menampilkan kedua-dua penulis buku berkenaan untuk berkongsi pengalaman mengenai Rahsia Bisnes Mamak.

Menurut kedua-dua penulis berkenaan, buku yang dihasilkan itu membongkar kejayaan perniagaan ter-sebut terutama berkaitan memilih dan membuka perniagaan yang berpengaruh dan bertahan lama, menggandakan keuntungan perniagaan di lokasi berbeza, memilih pekerja dan rakan kongsi yang menguntungkan perniagaan, cara memikat pelanggan serta meningkatkan pengaruh perniagaan sama ada bisnes restoran, runcit dan perkhidmatan.

Menurut Muhamad Faisal yang datang dari keluarga peniaga India serta aktif dalam pelbagai jenis perniagaan berasaskan makanan ini lebih mementingkan khidmat pelanggan serta mengambil pekerja yang berdedikasi di samping patuh kepada arahan majikan.

“Majikan sentiasa memberi perhatian terhadap kos operasi bagi mengeratkan hubungan dengan pekerja-pekerja seperti penyediaan kemudahan tempat tinggal dan pemakaian pakaian seragam.

“Pembudayaan yang kami amal-kan ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada pengamalan bisnes Mamak yang membawa kepada kejayaan keuntungan yang diharapkan,” katanya.

Selain itu katanya, trend yang diamalkan di dalam pengamalan bisnes Mamak ini termasuklah mengetengahkan perkhidmatan kelas pertama dengan bayaran kelas ketiga yang membawa maksud pelanggan diberi layanan terbaik dengan kadar bayaran yang rendah dan berpatutan.

Sementara itu, penulis kedua yang merupakan bekas penyelidik bebas bagi konsultan perunding perniagaan kecil mendedahkan antara lain keistimewaan yang terdapat di dalam bisnes Mamak ini ialah komitmen para majikan terhadap agama melalui amalan-amalan murni dalam memastikan perniagaan dan pulangan perniagaan diberkati.

“Sebagai contoh, Restoran Mamak banyak memperdengarkan bacaan Al-Quran bagi mengharmonikan suasana kedai, menitikberatkan tatasusila murni dengan pelanggan dan bersedekah setiap kali mendapat pulangan yang lumayan dan menguntungkan kerana kami percaya amalan murni ini dituntut oleh agama selain meningkatkan keyakinan diri,” katanya.

Nota: Buku Rahsia Bisnes Mamak boleh didapati di seluruh rangkaian kedai buku MPH, Popular dan kedai-kedai buku berhampiran. Ia juga boleh didapati di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 pada 17 April - 26 April 2009 di gerai buku PTS Publication & Distributor

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Selasa, Mac 24, 2009

Bagaikan Khadijah di Hati Rasullulah jadi hadiah ayah sempena ulangtahun perkahwinan

Komen Puan Noraini Ammran dalam blognya di sini. Teks dipetik semula daripada dua entri dengan sedikit perubahan.

Menggunakan pangkat sebagai tangkal kebahagiaan adalah toksik kebahagiaan itu sendiri.

"Saya sudah kata, buku ni memang menarik.

Saya tidak tahu mahu gambarkan kerugiannya jika anda semua tidak memilikinya.

Ada sebuah buku yang saya anggap sebagai hadiah sempena ulangtahun perkahwinan yang pertama. Sangat berguna dan sesuai untuk kami suami isteri.

Saya menyarankan kepada sesiapa saja harus memiliki buku ini.

Pelbagai tips berguna untuk memiliki kasih sayang dan cinta dari suami.

Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah.

Apabila saya selesai membacanya, saya tiba-tiba sedar dan insaf. Betapa saya ini tidak sempurna untuk menjadi Khadijah di hati suami saya..

Saya tiba-tiba rasa mahu mencium tangan suami saya dan meminta ampun darinya di atas segala kekurangan saya sebagai isterinya.

Syahdu."

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Komen pembaca dan bakal pembaca buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah

Cik Mawar adalah salah seorang blogger yang sedang menunggu ruang dan peluang membaca karya berjudul Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah. Entri dipetik dari blog Cik Mawar. Disiar semula entri bertajuk Ku Mahu bertarikh 15 Mac 2009 (dengan sedikit perubahan).

"Minggu lepas aku mencari maklumat di internet mengenai wasiat imam Syafie. Selepas itu terjumpa satu laman web pembelian buku secara online. Aku tertarik pada sebuah buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah.

Tak tahulah hendak berkata apa, Tetapi dalam kebanyakan buku di laman web itu. Buku ini yang begitu menarik minatku. Boleh dibeli secara online."

....Banyak ilmu dalam buku itu yang aku sangat pasti."

Respon komen pengunjung pada entri (dengan sedikit perubahan) versi asal pada entri ini.

"Mawarku.. memang buku ini menarik.
Puteri sudah dapatkan di Puduraya, di kedai buku agama di sana
Menarik! Percayalah.
Banyak ilmu berguna untuk kita."

Terima kasih kepada Cik Mawar dan Puteri

Nota: Dapatkan pada harga istimewa di gerai buku PTS Publication pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009, 17 April ini sehingga 26 April 2009.

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Mudah, ringkas dan lebih selesa dilayari, wajah baru laman web penulis

Sekali lagi wajah laman web rasmi Zamri Mohamad akan bertukar wajah. Ini bagi memenuhi keperluan semasa dan selari dengan warna tema yang saya gunakan selama ini. hitam dan putih. Ini juga bagi memenuhi kehendak sesetengah klien yang mahukan perubahan dan kemudahan.

Laman web www.zamrimohamad.com akan dikemaskini dengan paparan baru selepas Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009.

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Isnin, Mac 23, 2009

Terima kasih kepada rangkaian kedai buku mempromosikan buku Zamri Mohamad

Sebuah sahaja buku Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmat yang berada di rak di Popular, One Utama, Kuala Lumpur
Tip Menjadi Penulis Bestseller di gerai jualan terbuka anjuran Nurfair
Public Display, satu-satunya buku dalam Bahasa Melayu dipamerkan bersebelahan pintu masuk, MPH di Jaya Jusco Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Buku dipamerkan Tip Menjadi Penulis Bestseller.
Public Display, satu-satunya buku dalam Bahasa Melayu dipamerkan di bahagian tengah MPH di Jaya Jusco Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Buku dipamerkan Tip Menjadi Penulis Bestseller.

Terima kasih kepada rangkaian kedai-kedai buku di Malaysia yang membantu dalam mempromosikan karya-karya tulisan Zamri Mohamad sepanjang tahun ini. Insya Allah, karya lebih baik akan dihasilkan bagi memenuhi keperluan pembaca dan mencambah minat pembaca baru menjadikan rangkaian kedai buku sebagai pilihan pertama mereka.

Terima kasih kepada semua.

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Jumaat, Mac 20, 2009

Tip Menjadi Penulis Bestseller di MPH, Jaya Jusco, Wangsa Maju,

Di kedai buku MPH, Jaya Jusco, Wangsa Maju menjual buku Tip Menjadi Penulis Bestseller pada harga diskaun potongan 20%. Bagi mereka yang berminat mendapatkan potongan harga istimewa, beramai-ramai ke MPH, Jaya Jusco, Wangsa Maju. Diskaun ini pada tempoh terhad.

Bagi mereka yang mahu mengetahui kaedah dan cara menulis buku secara mudah dan praktikal. Sama ada mahu menulis secara sambilan dan sepenuh masa. Tip Menjadi Penulis Bestseller menghimpunkan petua dan kaedah yang digunapakai oleh penulis buku di Malaysia dan luar negara.

Nota: Terima kasih kepada MPH, Jaya Jusco, Wangsa Maju kerana mempamerkan buku Tip Menjadi Penulis Bestseller di dua bahagian display terbuka Gotta Have It berdekatan pintu utama dan bahagian perkhidmatan pelanggan.

Sesiapa dapat ambil gambar buku tersebut di display, saya beri satu buku judul lain secara percuma! Satu gambar terbaik akan diberi hadiah! Dengan syarat sudah membeli buku Tip Menjadi Penulis Bestseller terlebih dahulu.

Nota: Ini adalah premis persendirian.

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Jumaat, Mac 13, 2009

Terkini di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 | PBAKL | KLIBF 2009

Novel remaja pertama hasil tiga penulis, saudara Syarafuddin Sulaiman, Izwan Wahab dan Zamri Mohamad. Dapatkan yang terkini di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 | PBAKL | KLIBF 2009. Klik gambar untuk paparan lebih jelas.

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Kursus Penulisan Zamri Mohamad di Sinar Harian

Untuk di Melaka pada 11 April 2009 klik di sini
Untuk di Kuala Lumpur dan sekitar klik di sini

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Khamis, Mac 12, 2009

Bengkel blog untuk penulis, peniaga dan sesiapa sahaja!

Kepada Rakan Niaga dan Blogger,

Tarikh: 28 March 2008 (Sabtu)
Masa: 8.00 am - 5.00 pm
Lokasi: JTC, Bandar Tasik Selatan,KL (Maklumat Lokasi)
Yuran: RM290 Beserta Makan Minum, Laptop Disediakan

Kajian terkini menunjukkan hampir satu per tiga masyarakat Malaysia telahpun memiliki laman web peribadi atau perniagaan mereka sendiri. Ini berikutan dengan terciptanya gelombang "blogger" dan "perniagaan internet" yang membawa minda rakyat Malaysia untuk berkongsi pemikiran mereka dari segi pandangan peribadi, isu semasa dan juga perniagaan bersama rakan maya yang lain.

Pernahkah anda mendengar tentang "WordPress"? Suatu ketika dulu WordPress selalu di bandingkan dengan penyedia blog percuma blogspot.

Namun sejak setahun yang lepas WordPress telah meninggalkan blogspot jauh ke hadapan. Kini, WordPress mampu bersaing dengan penyedia sistem laman web (Content Management System) seperti Joomla, Mambo, Drupal dan pelbagai lagi jenis CMS.

Meskipun ramai yang masih memandang rendah terhadap keupayaan WordPress, saya telah membina lebih 300 blog dan pelbagai jenis model laman web yang lain dengan mengoptimasi theme dan plugin yang sesuai menggunakan sistem WordPress sejak 3 tahun yang lepas.

Dengan pengalaman hampir 3 tahun dalam melakukan perniagaan dan pemasaran secara online dimana beliau aktif menawarkan perniagaan B2B kepada rakan niaga yang lain. Dalam masa yang sama beliau juga turut terlibat dalam memasarkan pelbagai produk berbetuk digital dan juga fizikal.

Maklumat lanjut klik di sini

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Rabu, Mac 11, 2009

Bengkel Penulisan untuk orang Melaka pada April 2009

Bengkel Penulisan Bebas 2009

Oleh

Zamri Mohamad
Penulis bebas sepenuh masa

Anjuran

Bahagian Hal Ehwal Pelajar,
Universiti Multimedia,Melaka
Dengan kerjasama,
Persatuan Bahasa dan Kebudayaan Melayu,
Universiti Multimedia ,Melaka
“Menjana Wang Melalui Penulisan”

Latihan Modul 3P, Penulis, Penulisan, Pemasaran
Nota dan Material kursus disediakan

Tarikh : 11 April 2009
Tempat : CLC B1, Universiti Multimedia, Melaka
Masa : 9.00 pagi hingga 4.00 petang

Jumlah Yuran : Pelajar MMU : RM 25
Pelajar IPTS/IPTA : RM 30
Peserta Luar : RM 35

Sebarang pertanyaan,sila hubungi : Siti Suraya Binti Abd Razak

E-mel alsuraya87@yahoo.com
Telefon 0167311730

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Selasa, Mac 10, 2009

Pemahaman makna, konsep dan falsafah di sebalik Sains dan Matematik lebih penting

Petikan Berita Harian

Pemahaman makna, konsep dan falsafah di sebalik Sains dan Matematik lebih penting

KEPENTINGAN memahami makna, konsep dan falsafah Sains serta Matematik, perlu dititikberatkan terlebih dulu sebelum proses pengajaran dan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran terbabit beroleh kejayaan ditekankan pada Syarahan Memartabatkan Sains dan Matematik Melalui Acuan Bahasa.

Syarahan anjuran Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu turut mengingatkan pendidik dan pengajar kedua-dua subjek berkenaan agar berusaha memahami konsep, prinsip dan falsafahnya serta hubungannya dengan bahasa sebagai pengantara sebelum mengajar

Pengarah Institut Islam Hadhari UKM, Prof Datuk Dr Mohd Yusof Othman, berkata sains ialah bidang yang memerlukan kebolehan untuk menganalisis fenomena alam tanpa mengira bahasa apa pun yang digunakan, tetapi kebolehan berkenaan akan menjadi lebih mudah sekiranya menggunakan bahasa ibunda.

“Apa yang kita mahu pelajar memahami fenomena alam dan bukan bahasa Inggerisnya sehingga menumpulkan kefahaman mereka. Sains tidak memerlukan bahasa Inggeris semata-mata, sebaliknya bahasa yang membolehkan manusia memahami tabii alam,” katanya pada syarahan terbabit di Bangi, baru-baru ini.

Khalayak diberitahu tokoh sains dan matematik tempatan, Dr Shaharir Mohamad Zain menakrifkan sains sebagai analisis fenomena alam atau tabii bersistem, mantik dan objektif dengan kaedah khusus yang diperantikan untuk mewujudkan penumpukan pengetahuan yang boleh dipercayai.

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

PPSMI : Kenapa sekarang baru mahu berdemonstrasi?

Kesan Pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di Sekolah Rendah

ABSTRAK

Tujuan kajian ini ialah untuk melihat kesan dasar penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar Matematik dan Sains di sekolah (PPSMI), terutama di sekolah rendah:

sejauh manakah dasar ini berkesan untuk meningkatkan pembelajaran dan prestasi murid dalam kedua-dua mata pelajaran ini; dan sejauh manakah ia meningkatkan kemahiran pelajar dalam Bahasa Inggeris, seperti yang diharapkan oleh Kerajaan apabila dasar ini diumumkan dalam Julai 2002, dan mula dilaksanakan pada awal tahun 2003.

Kajian ini merupakan kajian tinjauan soal selidik dan ujian Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris di kalangan sampel murid Tahun 5 di sekolah rendah dalam tiga kohort, iaitu tinjauan Februari 2007 (N=1564) dari 27 buah sekolah rendah, Julai 2007 (N= 636) dari 13 buah sekolah, dan Januari 2008 (N= 1703) dari 28 buah sekolah.

Klik kanan tetikus dan save as laporan akademik ini

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

PPSMI : Pak Samad tidak diperalatkan oleh pembangkang

  • Dan Pak Samad tidak diperalatkan oleh pembangkang. Dia tidak setuju dengan dasar kerajaan dan tentunya dia tidak diberi ruang dalam pentas kerajaan dalam menyatakan protesnya - bukankah ramai bloggers lahir atas sebab ini juga? Baca juga "Suara Dari Dinding Dewan". Pak Samad sudah memprotes dari 2003 lagi. Jadi janganlah fitnah kata baru kini Pak Samad protes.

    Klik dan Baca di sini catatan Tuan Helmy Samad

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Dari Semenanjung, Sarawak dan Brunei sertai Kursus Penulisan Rencana Akhbar dan Majalah

Alhamdulillah Bengkel Penulis Bebas : Penulisan Rencana dan Majalah selesai dikendalikan pada bulan ketiga, Mac 2009. Kalangan peserta yang menghadiri bengkel penulisan kali ini mempunyai latar belakang yang menarik dan membawa cerita-cerita yang mempamerkan keunikan masing-masing.

Bengkel kali ini disertai oleh peserta dari Sarawak dan Brunei. Ini adalah kali pertama bengkel penulis bebas menerima peserta luar semenanjung sejak ia dikendalikan pada Januari 2009.

Antara yang turut serta pada bengkel penulisan Mac 2009 ialah, Tuan Mohd Nor bin Hashim dari Pekan, Pahang, Hardi Bin Sapiei dari Bintulu yang merupakan bekas wartawan Utusan Sarawak, Puan Mastura Ismail, dari Pusat Bahasa, Universiti Brunei Darussalam, Puan Noralyati Yahya yang kini menyediakan kertas PhD mengenai moral intelijen di UKM, Tuan Abdul Ghani Mustapah dari Cheras, Kuala Lumpur. Tidak dilupakan Tuan Mohd Khairil Hisham dan Tuan Hasrin Abu Hassan, kedua-duanya dari Negeri Sembilan.

Menariknya, masing-masing berkongsi pengalaman dan membina rangkaian sesama mereka sepanjang dan selepas bengkel penulisan. Pembinaan rangkaian kenalan adalah insuran sosial dan aset dalam membina platform sebagai penulis bebas.

Terima kasih kepada para peserta. Kursus penulisan sehari akan diadakan pada tarikh dan hari yang akan dimaklumkan. Maklumat lanjut di www.kursuspenulisan.zamrimohamad.com

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Sabtu, Mac 07, 2009

Mansuhkan PPSMI: Gas pemedih mata dan water canon

Nota: Demonstrasi dan perarakan aman bantahan adalah langkah terakhir selepas rayuan demi rayuan, apabila Menteri Pelajaran Hishamuddin Hussein Onn mengelak daripada bertemu dengan pejuang-pejuang bahasa meskipun dimohon beberapa kali, apabila markah kelulusan subjek sains dan matematik semenjak 6 tahun yang lalu tidak didedahkan meskipun didesak.

Selain itu sikap beliau mengelak daripada dialog dan debat terbuka bagi merungkai isu ini. Apabila semuanya tidak didengari dan tidak dipedulikan, maka demonstrasi aman menjadi langkah terakhir.

Memetik kata Pak Samad, "Rupa-rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa,"

Tetapi usaha ini belum berakhir.

Senarai laporan penting. Klik kanan mouse dan save as pada senarai laporan di bawah.

Kenyataan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi agar Kementerian Pelajaran menyelesaikan segera isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam bahasa Inggeris (PPSMI) sebelum masalah itu menjadi lebih besar adalah ujian kepada kepimpinan dalam kerajaan sendiri.

"Kerajaan akan mengambil perhatian isu itu dan mahu Kementerian Pelajaran selesaikan segera," katanya pada sidang media selepas melancarkan buku Dragonfire Hammer di sini, hari ini.

Dalam kelantangan membicarakan konsep menjunjung dan mendukung kepimpinan negara, apakah permintaan atau arahan Perdana Menteri ini akan didukung dan dijunjung oleh timnya?

Perkara ini akan menjadi kayu ukur kepada kerajaan sama ada apa yang disuarakan sebelum ini dengan semangat bekerja bersama-sama dalam satu kumpulan akan diterjemah atau dinafikan.

Respon Kementerian Pelajaran terhadap arahan Perdana Menteri menjadi kayu ukur rakyat sama ada tim pilihan hari ini benar-benar mengikut kata ketuanya?

Hasilnya menentukan Pilihanraya umum ke 13 kelak.

Puluhan gambar dikumpulkan oleh Ummianni klik di sini

Kepulan asap gas pemedih mata selepas beberapa das dilepaskan.

Masih tidak berganjak melihat dari jauh sepanjang jalanraya.

Rakaman webmasterklpos

Beratus-ratus penyokong merempuh sekatan polis - bermula di Masjid Negara kira-kira pukul 2 petang tadi untuk menuju ke Istana Negara. Perhimpunan itu dianjurkan oleh Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP).

Kira-kira 20 minit kemudian mereka melepasi Jalan Kg. Atap menuju ke Jalan Istana. Bagaimanapun mereka ditahan di laluan Jalan Kg. Atap-Jalan Syed Putra daripada memasuki kawasan Jalan Istana. Sebaik sahaja mereka tiba di kawasan pertemuan Jalan Syed Putra-Jalan Kg. Atap, anggota pasukan keselamatan melepaskan tembakan gas pemedih mata.

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Siri Video Gerakan Mansuhkan PPSMI

Muat turun e-book Mengapa Kami Bantah! Klik di sini

Klik pilhan senarai video Gerakan Mansuhkan PPSMI

Program di UIAM
Lain-lain

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Jumaat, Mac 06, 2009

Hebahan segera: Jawatan Kosong di PTS

Nota: Sekiranya Tuan dan Puan mempunyai rakan, ahli keluarga dan sesiapa yang berminat mohon dimaklumkan hebahan ini kepada mereka melalui e-mel, mesej SMS atau seumpamanya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Dimaklumkan bahawa PTS Millennia Sdn Bhd sekarang mempunyai dua kekosongan jawatan di PTS Millennia Sdn. Bhd. (PTS M) sebagaimana di bawah:

1. Editor Perolehan (eksekutif)
Bidang Tugasan Editor Perolehan:

Merancang dan membangun judul buku baru bagi diterbitkan oleh syarikat

Mencadangkan konsep buku untuk setiap manuskrip yang diterima

Membangunkan dan mengurus manuskrip yang dihantar/dicadangkan kepada syarikat

Mengurus perjanjian penerbitan

Menguruskan perlesenan manuskrip dari penerbit luar

Menyediakan anggaran awal untung rugi penerbitan buku

Mengurus promosi buku dan penulis

Kelayakan:

Memiliki ijazah sarjana muda dari mana-mana IPT yang diiktiraf kerajaan Malaysia

Terbuka kepada calon lelaki dan perempuan sahaja

Suka membaca buku dalam pelbagai bahasa (BM, BI, BA dsb)

Berbakat menulis

Minat dalam bidang penerbitan buku

Mahir menggunakan komputer dan internet

Suka belajar daripada orang lain dan suka bekerja dalam kumpulan

Mampu bekerja dengan penyeliaan yang minimum

Memiliki kenderaan sendiri sama ada motosikal ataupun kereta

Berumur bawah 30 tahun

Peramah dan memiliki kemahiran interpersonal yang tinggi serta mudah berkomunikasi dengan orang ramai

Calon yang aktif dalam aktiviti kokurikulum dan kepimpinan pelajar ketika di kampus diutamakan

Sehubungan dengan itu, PTS Millennia sekarang mempelawa mana-mana individu yang berminat mengisi jawatan itu dengan menghantar borang permohonan, cover letter dan resume terus ke Jabatan Sumber Manusia PTS (shazarina@pts.com.my) ataupun saya sendiri (ikram@pts.com.my )

Bersama ini dilampirkan borang permohonan untuk diisi dan dikembalikan kepada emel seperti yang tertera di atas.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 13 Mac 2009.

Terima kasih.

-- 
Mohd Ikram Wazir
Editor Kanan
PTS MILLENNIA SDN BHD No. Syarikat 678177-A
9-1 & 11-1 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur
MALAYSIA

To : ikram@pts.com.my (E-mail Rasmi)
CC : ikrampts@gmail.com / ikrampts@yahoo.com (E-mail Alternatif)

Ahad, Mac 01, 2009

Bengkel | Kursus Penulisan Rencana akhbar dan majalah 8 Mac 2009

Assalam alaikum wbt

Dimaklumkan Bengkel | Kursus Penulisan Rencana akhbar dan majalah akan diadakan pada 8 Mac 2009. Bagi mereka yang berminat dan mahu menjadi penulis bebas, sertai bengkel yang telah dianjurkan buat kali ketiga atas permintaan ramai. Klik di sini

Apa kata peserta?

Klik di sini