Langkau ke kandungan utama

Komen pembaca dan bakal pembaca buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah


Cik Mawar adalah salah seorang blogger yang sedang menunggu ruang dan peluang membaca karya berjudul Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah. Entri dipetik dari blog Cik Mawar. Disiar semula entri bertajuk Ku Mahu bertarikh 15 Mac 2009 (dengan sedikit perubahan).

"Minggu lepas aku mencari maklumat di internet mengenai wasiat imam Syafie. Selepas itu terjumpa satu laman web pembelian buku secara online. Aku tertarik pada sebuah buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah.

Tak tahulah hendak berkata apa, Tetapi dalam kebanyakan buku di laman web itu. Buku ini yang begitu menarik minatku. Boleh dibeli secara online."

....Banyak ilmu dalam buku itu yang aku sangat pasti."

Respon komen pengunjung pada entri (dengan sedikit perubahan) versi asal pada entri ini.

"Mawarku.. memang buku ini menarik.
Puteri sudah dapatkan di Puduraya, di kedai buku agama di sana
Menarik! Percayalah.
Banyak ilmu berguna untuk kita."

Terima kasih kepada Cik Mawar dan Puteri

Nota: Dapatkan pada harga istimewa di gerai buku PTS Publication pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009, 17 April ini sehingga 26 April 2009.



Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan ...