Langkau ke kandungan utama

Dari Semenanjung, Sarawak dan Brunei sertai Kursus Penulisan Rencana Akhbar dan Majalah


Alhamdulillah Bengkel Penulis Bebas : Penulisan Rencana dan Majalah selesai dikendalikan pada bulan ketiga, Mac 2009. Kalangan peserta yang menghadiri bengkel penulisan kali ini mempunyai latar belakang yang menarik dan membawa cerita-cerita yang mempamerkan keunikan masing-masing.

Bengkel kali ini disertai oleh peserta dari Sarawak dan Brunei. Ini adalah kali pertama bengkel penulis bebas menerima peserta luar semenanjung sejak ia dikendalikan pada Januari 2009.

Antara yang turut serta pada bengkel penulisan Mac 2009 ialah, Tuan Mohd Nor bin Hashim dari Pekan, Pahang, Hardi Bin Sapiei dari Bintulu yang merupakan bekas wartawan Utusan Sarawak, Puan Mastura Ismail, dari Pusat Bahasa, Universiti Brunei Darussalam, Puan Noralyati Yahya yang kini menyediakan kertas PhD mengenai moral intelijen di UKM, Tuan Abdul Ghani Mustapah dari Cheras, Kuala Lumpur. Tidak dilupakan Tuan Mohd Khairil Hisham dan Tuan Hasrin Abu Hassan, kedua-duanya dari Negeri Sembilan.

Menariknya, masing-masing berkongsi pengalaman dan membina rangkaian sesama mereka sepanjang dan selepas bengkel penulisan. Pembinaan rangkaian kenalan adalah insuran sosial dan aset dalam membina platform sebagai penulis bebas.

Terima kasih kepada para peserta. Kursus penulisan sehari akan diadakan pada tarikh dan hari yang akan dimaklumkan. Maklumat lanjut di www.kursuspenulisan.zamrimohamad.com







Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s...