Sabtu, Januari 31, 2009

Bagaimana pelajar 17 tahun menjana RM10,000 dalam masa sebulan dari internet


Sempena seminar Pemasaran Internet untuk Perniagaan Kecil Malaysia 2009 pada 7 Febuari 2009

Jemputan khas saudara Adly Mukhtar, tim Flarebiz menjana RM10,000 pada usia 17 tahun

Adly aka Labanon mengambil keputusan keluar daripada Universiti bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada empayar perniagaan Internet yang dibina bersama partner Zhafran.

Seorang yang berpengalaman dalam penghasilan produk digital yang tertumpu kepada niche Make Money Online seperti TipAdsense, Rahsia10K, MajalahIM dan sebagainya.

Mendapat pendapatan RM10,000 pertama ketika berusia 17 tahun dan kini mengejar angka yang lebih tinggi.

Fenomena yang telah berlaku pada 10 Jun 2008 produk beliau telah mendapat 5 angka dalam masa 2 hari sahaja.

Beliau akan berkongsi rahsianya yang boleh digunakan oleh peniaga dan individu dalam kegawatan ini.

Temui beliau, daftar dan klik di sini www.kursusperniagaan.com

Ahad, Januari 25, 2009

Kisah bergambar (1) Festival Pembangunan Ekonomi Islam (i-Fest’09) di Mid Valley

Buku PTS dijual di Festival Pembangunan Ekonomi Islam (i-Fest’09) di Mid Valley
Penulis best-seller, Puan Ain Maisarah menjual buku-buku PTS. Terima kasih kerana memilih buku saya untuk jualan.
Sebahagian buku PTS untuk jualan termasuk buku Rahsia Bisnes Mamak dan Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas. Tuan Syaizul juga menguruskan jualan produk minuman kesihatan.
Keadaan sesak pada hari Isnin, 26 Januari 2009
Pusat pameran di Mid Valley
Festival Pembangunan Ekonomi Islam (i-Fest’09) di Mid Valley
Usahawan muda Otak-otak Gombak, makanan sejuk beku
Gerai jualan ini adalah hasil kerjasama kumpulan peniaga wanita yang menjalankan perniagaan secara online di Portal Wanita Niaga. Potensi bisnes secara online, Klik di sini
Antara peniaga-peniaga wanita yang berada di gerai jualan Portal Komuniti Wanita Niaga. Potensi bisnes secara online, Klik di sini
Contoh sampel rempah Sernan, produk rempah dari Johor
Beg kertas di atas mengandungi set nasi beriani. Mengandungi pek beras, pek lengkap rempah. Cuma perlukan daging sahaja.
Peniaga pakaian Muslimah, kata mereka "Muslimah Chic", Getgorgeous. Potensi bisnes secara online, Klik di sini
Antara produk Getgorgeous
Saudara ini sudi menyediakan secawan kopi tarik untuk saya. Terima kasih!
Halau lipas menggunakan produk tumbuh-tumbuhan
Pakej BBQ Sauce yang mempunyai pembungkusan yang menarik
Raja Murtabak, pek sejuk beku yang menjadi tumpuan pelanggan Cina juga. Ceritanya, klik di sini
Demonstrasi memasak burung puyuh goreng

Peniaga ini menyediakan khidmat tempahan baju batik meskipun untuk sehelai sahaja.
Peniaga ini menyediakan khidmat tempahan baju batik meskipun untuk sehelai sahaja.
Misau kucing dan madu dibotolkan sebagai jus minuman
Piza segera Kak Pah
Kuih muih tradisional ini asalnya dieksport ke Singapura dari Johor. Selepas beberapa tahun, produk sejuk beku ini akan memulakan pengedaran di seluruh Malaysia.
Bermula daripada hidangan untuk beberapa orang termasuk Ustaz Hassan Azahari (ingat lagi rancangan Muqaddam?), kini ia menjadi makanan sejuk beku.
Bermula daripada hidangan untuk beberapa orang termasuk Ustaz Hassan Azahari (ingat lagi rancangan Muqaddam?), kini ia menjadi makanan sejuk beku.
Bermula daripada hidangan untuk beberapa orang termasuk Ustaz Hassan Azahari (ingat lagi rancangan Muqaddam?), kini ia menjadi makanan sejuk beku.
Pengusaha ikan pekasam dalam paket
Dadih sejuk beku
Rempah sate dalam paketIkan pekasam
Ini bukan cerita X-men, ia adalah rawatan mata secara percuma oleh Permata Hijrah dari Pengkalan Chepa, Kelantan


Masih lagi bercerita mengenai Festival Pembangunan Ekonomi Islam (i-Fest’09) di Mid Valley anjuran Yapeim. Ini adalah sambungan entri terdahulu mengenai festival ini melibatkan pengenalan usahawan-usahawan Muslim dan produk jualan mereka. Kali ini saya bercerita melalui paparan foto-foto yang saya ambil sepanjang berada di sini.

Sabtu, Januari 24, 2009

Perniagaan dan Pemasaran di internet | Peniaga Kecil dan jual buku di Internet


Dalam blog Universiti PTS, saya petik.

Buku Bisnes Paling Laku dalam Kedai Online BookCafe

Cik Diana, eksekutif di Jabatan Sales PTS yang menguruskan jualan melalui kedai online BookCafe memberitahu bahawa sepanjang bulan Disember dan Januari ini, buku bisnes yang paling laku adalah Buat Duit dengan Ikan Keli, diikuti oleh buku Buat Duit dengan Cendawan.

----

Saya adalah penjual secara online buku berjudul di atas. Saya akui buku ini adalah antara buku yang terlaris dalam senarai buku yang dijual. Screenshot (klik gambar) di atas adalah senarai pesanan yang masih belum di selesaikan lagi kerana sedikit sibuk dengan Seminar Pemasaran Internet untuk Perniagaan Kecil dan Bengkel Penulis Bebas.

Insya Allah ia akan diuruskan selepas cuti Tahun Baru Cina kerana saya ketiadaan stok.

Bagi mereka yang mahu mempelajari bagaimana mempromosi dan memperkenalkan bisnes ke internet sertai Seminar Pemasaran Internet untuk Perniagaan Kecil pada 7 Febuari 2009. Lima penceramah bisnes akan mendedahkan kaedahnya secara menyeluruh. Apa yang saya lalui akan saya kongsikan pada hari itu. Mungkinkah ia satu seminar setahun sekali. Klik di sini

Jumaat, Januari 23, 2009

Cerita di Festival Pembangunan Ekonomi Islam (i-Fest’09)

Assalam alaikum wbt

Selamat bercuti panjang kepada semua. Pada waktu cuti, blog dan e-mel akan menerima jumlah kiriman dan kunjungan yang sedikit berbanding hari-hari biasa. Mungkinkah pada waktu pejabat menjadi wakti aktif internet dilayari?

Saya berpeluang menghadiri Festival Pembangunan Ekonomi Islam (i-Fest’09) di Mid Valley dengan dengan tiga jenis pandangan utama iaitu pandangan penulis bebas, pandangan peniaga kecil dan pandangan jurulatih pemasaran internet (penulisan skrip jualan).

Sebagai penulis bebas, banyak bahan-bahan baru dan idea bagi buku seterusnya. Sebagai peniaga kecil, ini adalah rangkaian sesama peniaga bertemu dan membina hubungan niaga untuk saling membesarkan potensi. Sebagai jurulatih pemasaran internet, saya melihat betapa besarnya potensi mereka diperkenalkan secara bersungguh-sungguh dalam dunia internet.

Di gerai pameran Johor Corporation, saya berpeluang bercerita mengenai seminar kita pada 7 Febuari ini di www.kursusperniagaan.com, ada potensi bagi kami bekerjasama memikirkan apa yang terbaik bagi situasi menang-menang dan menang dalam dunia bisnes. Menang untuk pelanggan, menang untuk diri dan menang untuk rakan bisnes.

Apabila bercerita mengenai pemasaran internet, ada tiga respon yang diberikan oleh peniaga-peniaga di sini. Ada 300 peniaga kecil di sini.

1. "Saya berminat hendak memperkenalkan bisnes saya dalam internet. Bagaimana ya?"
2. "Saya berminat hendak memperkenalkan bisnes dalam dunia internet. Tetapi saya takut, kerana pesanan yang terlalu banyak."
3. "Saya berminat hendak memperkenalkan bisnes dalam dunia internet. Tetapi saya adalah pengeluar, bimbang pengedar sangka saya mahu potong jalan mereka."

Ini adalah dialog-dialog benar dari beberapa peniaga kecil yang saya ajukan soalan. Kesemuanya memberi satu mesej yang sama. Mereka sangat positif dengan pemasaran di internet. Bezanya adalah reaksi mereka.

Saya berada di sana selama lapan jam pada hari pertama! Ya, saya selalunya hanya berada sekitar dua jam sahaja. Kali ini lapan jam.

Saya membuat analisa baru dalam situasi bisnes kecil hari ini.

Sudah ada perniagaan yang diperkenalkan dalam internet mula menyewa gerai jualan bagi memperkenalkan produk mereka.

Ada dua perniagaan yang pada asalnya bermula di internet kemudian mula melibatkan diri dalam pameran seperti ini.



Pertama, Get Gorgeus diusahakan oleh dua peniaga muda yang memulakan perniagaan melalui internet. Mereka menjual pakaian untuk Muslimah di laman web mereka http://www.getgorgeous.com.my

Mereka bermula dengan menjual enam helai pakaian pada laman web percuma sehinggalah mereka meningkatkan potensi bisnes selama dua tahun. Mereka masih kekal dengan perniagaan di internet.

Pengasasnya, Cik Azlia Idha dan Allia Idha (lupa pula bertanya sama ada mereka adik beradik) berkata kunjungan ke laman web mereka meningkat selepas paparan di akhbar. Ini adalah satu penjimatan dalam promosi dan publisiti kepada bisnes mereka. Baca di akhbar, tertarik terus klik dan layari internet ke laman web mereka.

Cuba kita letak diri kita dalam situasi ini.

Pertama
Berapa lamakah diperlukan oleh pembaca akhbar mendapatkan maklumat bisnes saudara. Katakan tanpa laman web, mereka merancang ke kedai saudara pada hujung minggu. Menunggu ke hujung minggu, ada sahaja keperluan lain timbul. Kepala berfikir perkara lain. Tiba-tiba ditangguh.

Cuba kita letak diri kita dalam situasi ini sekali lagi.

Kedua

Mereka terbaca mengenai bisnes kita dalam akhbar. Tanpa perlu tunggu hari cuti, masih di pejabat. Mereka membuka laman web kita. Membaca skrip jualan produk kita. Akhir sekali mereka menyimpan nombor telefon dan alamat web kita.

Berapa lamakah diperlukan bagi kita menutup jualan atau sekurang-kurang mencipta tarikan kedua selepas pemberitahun pertama.

Kita tahu jawapannya. Klik di sini.

Saya sambung cerita.

Dalam pusingan akhir ke gerai-gerai jualan. Sebuah gerai jualan menarik perhatian saya sekali lagi.

Sekali lagi, sebuah gerai terdiri daripada peniaga-peniaga dari online berkongsi menyewa bersama.



Mereka asalnya berjumpa di sebuah forum online, saling jual menjual di internet. Kemudian Festival Pembangunan Ekonomi Islam menjadi tempat pertama mereka memperkenalkan bisnes.

Bersedia untuk kejutan

Kesemua peniaga secara online yang saya temui di Festival Pembangunan Ekonomi Islam adalah wanita.

Ya, sekali lagi, peniaga wanita yang beraspirasi dan cepat mengambil peluang. Klik di sini.

Jangan lupa menjengah ke Festival Pembangunan Ekonomi Islam ( i-Fest’09 ) di Mid Valley sehingga 26 Januari ini.

Jika mahu mempelajari secara asas pemasaran di internet untuk perniagaan dan perkhidmatan saudara dan saudari, sertai kami di Kursus Perniagaan

Nota: Berapa ramaikah penulis di Malaysia? Mungkin sudah mencecah ribu.

Cuba saudara taip perkataan penulis buku di Malaysia di Google, lihat nama siapa yang muncul top-10 dalam carian Google.

Bukankah ramai penulis lebih lama di Malaysia? Dalam dunia internet, ceritanya berbeza. Saya dan lima penceramah bisnes lain akan mendedahkan caranya. Kaedah ini dinamakan SEO (Search Engine Optimization). Sesuatu yang wajib diketahui untuk promosi produk dan perkhidmatan saudara. Klik di sini

Penulis berumur 27 cetus kemenangan Presiden

Petikan KOSMO Jumaat 23 Januari 2009


Obama memenangi hati ramai rakyat AS kerana menggunan mesej tersembunyi seperti perkataan 'kita', kata pakar ucapan, Sonia Saxton.

Lelaki itu, Jon Favreau (gambar) baru menamatkan pengajian di universiti apabila dia diambil bekerja sebagai penulis ucapan untuk bekas calon Presiden AS daripada Parti Demokrat, John Kerry.

Obama menganggap Favreau boleh membaca fikirannya dan lelaki itu juga bertanggungjawab meletakkan slogan Yes We Can dalam kempen beliau. Petikan KOSMO

Rabu, Januari 21, 2009

Perniagaan Kecil di Malaysia hadiri Seminar Pemasaran Internet 2009


Seminar Pemasaran Internet untuk Perniagaan Kecil 2009 | Febuari 2009

Sempena Seminar Pemasaran Internet untuk Perniagaan Kecil di Malaysia

Kenali penyampai di seminar pada 7 Febuari 2009. Daftar hari ini untuk potongan pendaftar awal

Izwan Wahab adalah pemerhati dan penganalis pelbagai cabang internet yang boleh diaplikasikan terhadap perniagaan, khususnya pemasaran internet.

Pengalaman beliau sebagai salah seorang pendahulu dalam bidang ini membolehkan beliau mendapat kelebihan persaingan dengan pengamal pemasaran internet yang lain.

Kewujudan banyak laman web pemasaran internet yang baru telah memberi beliau peluang untuk membantu banyak pihak untuk lebih memahami dengan lebih mendalam akan dunia pemasaran internet ini.

Beliau lebih dikenali dikalangan pengamal pemasaran internet sebagai Ro.botys atau Robot, iaitu persona dalam talian beliau yang berasal daripada nama domain laman blog beliau Ro.botys.com.

Namun, kebolehan beliau bukanlah terletak pada pemasaran internet sahaja. Dengan pengalaman dan kemahiran yang meliputi pelbagai cabang perniagaan iaitu kejuruteraan, reka grafik, pembangunan laman web, pengaturcaraan dan sistem sekuriti, beliau menyumbang kemahiran beliau sebagai Pembangun Sistem Kreatif di sebuah syarikat tempatan.

  • Beliau banyak terlibat dengan pembangunan sistem berasaskan teknologi maklumat seperti laman web 2.0 seperti http://ro.botys.com, dan http://www.ultimanetworks.com.my,
  • Pembinaan sistem interaktif permainan video bersama Piramid Harapan Sdn Bhd,
  • Sistem permainan interaksi untuk Permodalan Nasional Berhad, Virtual Malaysia
  • Pembinaan sistem perniagaan yang menyeluruh (Total Business System) yang memerlukan integrasi pelbagai produk sumber terbuka dalam satu sistem.
  • Minat beliau kini adalah terhadap pembangunan penyelesaian perniagaan berasaskan sistem SMS.

Beliau kerap mengingatkan bahawa tiada perkara yang mudah dalam setiap perkara yang dilakukan. Namun, kejayaan adalah milik mereka yang tabah dalam usaha mereka.

Usaha yang sistematik dan konsisten akan membuahkan hasil. Dengan pola pemikiran sedemikian, beliau telah merancang banyak perkara untuk dikongsi bersama mereka yang mahu mendengar dan buku ini adalah langkah pertama beliau dalam usaha ini.

Beliau adalah pengasas bersama laman web kursusperniagaan.com yang menganjurkan bengkel dan seminar pemasaran, pembinaan laman web, pengurusan risiko dan penjenamaan perniagaan kecil. Dalam kursusperniagaan.com beliau adalah jurulatih pembinaan laman web dan SEO atau Search Engine Optimization.

Sertai Seminar Pemasaran Internet Perniagaan Kecil di Malaysia.

Apa yang bakal saya kuasai sepanjang seminar sehari ini?

Pada seminar bertarikh 7 Febuari 2009, lima orang jurulatih dan penceramah bisnes kecil akan menyampaikan lima pendedahan survival untuk perniagaan kecil.
  • Kaedah menulis iklan berkesan yang menjual di internet
  • Kaedah membina laman web mini dan menjadikan laman web dalam top-10 carian Google
  • Kaedah mengurus risiko bisnes kecil
  • Penjenamaan Bisnes Kecil
  • Pendedahan budaya kerja bisnes kecil oleh pemasar produk di Internet sepenuh masa, Adly Mukhtar yang membuat jualan pertama RM10,000 dalam tempoh sebulan pada umur 17 tahun.
Klik di sini http://www.kursusperniagaan.com

Kursus | Seminar Pemasaran Internet Perniagaan Kecil di Malaysia

Sempena Seminar Pemasaran Internet untuk Perniagaan Kecil di Malaysia

Kenali penyampai di seminar pada 7 Febuari 2009. Daftar hari ini untuk potongan pendaftar awal

Zamri Mohamad merupakan penyelidik bebas bagi sebuah konsultan dan jururunding bisnes kecil di Kuala Lumpur sejak awal tahun 2001 sehingga tahun 2005.

Dikenali sebagai penulis sepenuh masa di Malaysia. Pada peringkat awal beliau merupakan orang yang skeptik dan tidak percaya internet membantu mengembangkan bisnes. Pada beliau, "Internet hanya untuk mencari maklumat dan bersosial"

Kemudian beliau mencuba bagi membuktikan ia tidak berjaya.

Sebaliknya berlaku. Pada awalnya. beliau memilih produk orang lain sebagai eksperimen. Percubaan menjual buku Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku terbitan MNZ Infobiz didapati terjual dalam Internet sehingga hari ini.

Anggapan awal beliau terbukti salah. Kejayaan percubaan beliau hari ini membawa kepada penghasilan tidak kurang daripada 13 laman web mini yang dihasilkan sendiri untuk produk berbeza milik beliau dan orang lain.

Pada November 2008, beliau melancarkan laman web mini untuk menjual buku Buat Duit dengan Ternak Ikan Keli. Sekali lagi, produk pilihan Zamri menjana pesanan buku setiap hari. Sedangkan ia dilancarkan dalam tempoh sebulan di internet.

Zamri Mohamad tidak pernah mendapat pendidikan khusus untuk membina laman web mini. Ini membuktikan pemasaran Internet untuk bisnes kecil boleh dilakukan secara mudah dan cepat oleh sesiapa sahaja.

Zamri Mohamad juga penulis buku terlaris Rahsia Bisnes Mamak terbitan PTS Professional yang diulang cetak dan menjadi tumpuan media di Malaysia dan Singapura. Zamri juga telah menghasilkan sepuluh buku yang terjual di rangkaian kedai buku seluruh negara dan secara Internet.

Terdahulu, beliau juga bertanggungjawab membina laman web kursusfrancais.com yang menjadi laman web rasmi kursus francais usahasama kolej antarabangsa DMDI milik kerajaan negeri Melaka dan Sprint Marketing Concept, sebuah konsultan perunding berdaftar di bawah PNS dan MARA.

Beliau pernah muncul di dalam akhbar dan majalah seperti Utusan Malaysia, KOSMO, Berita Harian, majalah I, Minda, Dewan Ekonomi, Dewan Bahasa, Pendidik dan menjadi kolumnis bagi majalah Dewan Siswa.

Beliau adalah pengasas bersama laman web kursusperniagaan.com yang menganjurkan bengkel dan seminar pemasaran, pembinaan laman web, pengurusan risiko dan penjenamaan perniagaan kecil. Dalam kursusperniagaan.com beliau adalah jurulatih penulisan skrip jualan dan memperkenalkan bisnes dalam internet.

Sertai Seminar Pemasaran Internet Perniagaan Kecil di Malaysia.

Apa yang bakal saya kuasai sepanjang seminar sehari ini?

Pada seminar bertarikh 7 Febuari 2009, lima orang jurulatih dan penceramah bisnes kecil akan menyampaikan lima pendedahan survival untuk perniagaan kecil.
  • Kaedah menulis iklan berkesan yang menjual di internet
  • Kaedah membina laman web mini dan menjadikan laman web dalam top-10 carian Google
  • Kaedah mengurus risiko bisnes kecil
  • Penjenamaan Bisnes Kecil
  • Pendedahan budaya kerja bisnes kecil oleh pemasar produk di Internet sepenuh masa, Adly Mukhtar yang membuat jualan pertama RM10,000 dalam tempoh sebulan pada umur 17 tahun.
Klik di sini http://www.kursusperniagaan.com

Isnin, Januari 19, 2009

Ketawa ramai-ramai, berhenti kerja seorang diri


Pemberhentian pekerja beramai-ramai sebelum sambutan perayaan bersama keluarga mengingatkan saya kepada rakan-rakan saya yang melalui perkara yang sama lima tahun lalu.

Mereka bercuti pada sambutan Aidilfitri. Memberi wang hari raya kepada kanak-kanak dan anak-anak yang masih kecil. Mereka menziarah dari rumah ke rumah dengan gembira. Selepas dua hari bercuti, mereka kembali ke pejabat dan keluar dari pejabat pada tengah harinya, membawa kotak berisi barangan mereka.

Mereka telah diberhentikan beramai-ramai. Baca berita terkini di sini

Ahad, Januari 18, 2009

Virtual Office | Sewa Pejabat Serendah RM99

Daripada Tuan Shamsuddin Kadir

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jika diizinkan oleh Allah, saya akan membuka satu pejabat baru di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur. Berdekatan dengan Taman Permata dan juga Taman Melewati dalam masa terdekat ini.

Kepada individu yang baru memulakan bisnes secara sepenuh masa ataupun separuh masa (part time) ataupun yang sudah memulakan bisnes dan memerlukan alamat pejabat yang strategik di Kuala Lumpur boleh mendapatkan khidmat pejabat Maya di pejabat baru saya itu.

Ini antara perkhidmatan yang disediakan bagi membantu individu bagi memulakan bisnes sendiri. Pelbagai perkhidmatan disediakan bagi membantu individu yang baru ingin bertapak.

Kadar sewa bergantung kepada fasiliti yang diperlukan oleh Tuan dan Puan. Sewa serendah RM 99 sebulan. Ianya membantu Tuan dan Puan mendaftar syarikat dengan alamat pejabat yang strategik.

Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh mengemelkan kepada saya di zamrimohamad@gmail.com ataupun sms nama ke 019-2880451 (hanya sms).

Saya juga mengalu-alukan kepada Tuan dan Puan yang sudi mewarwarkan ataupun forward informasi ini kepada rakan-rakan Tuan dan Puan.

Shamsuddin Kadir


17 Januari 2009

Jumaat, Januari 16, 2009

Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart di rak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)



Kini kakitangan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dapat membaca buku Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart. Buku ini kini boleh didapati di rak Perpustakaan Mampu.

Mengenai buku Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart

Buku Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart adalah adunan cerita-cerita dari pelbagai sumber meliputi temu ramah, kajian-kajian kes, pemerhatian dan rujukan pakar bagi memantapkan persembahan buku ini. Berbeza daripada buku-buku lain, Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart membawa kepada perspektif baru mengenai pengaruh dan bagaimana ia boleh digunakan pembaca dalam organisasi.

Prakata
Kuasa rangkaian pembaca!

Bahagian 1 : Kuasa pengaruh dalam organisasi

Bab 1: Siapa Pengaruh Siapa
Bab 2: Selarikan tujuan dan peraturan membina pengaruh
Bab 3: Pekerja dan bos menilai sesama sendiri
Bab 4: Pekerja membunuh pengaruh sendiri

Bahagian 2 : Tingkatkan kelebihan diri

Bab 5: Melangkah ke organisasi dengan langkah bergaya
Bab 6: Pekerja adalah pemimpin berpengaruh
Bab 7: Superman organisasi terbang melayang
Bab 8: Susun batu-bata pengaruh sehingga ke atas
Bab 9: Si talam dua muka, double agent dalam organisasi
Bab 10: Pengaruh palsu daripada serbuk putih
Bab 11: Jelajah dan jajah dunia kerja saudara
Bab 12: Imej organisasi pakaian kita
Bab 13: Gopoh berkongsi maklumat diri terjerat
Bab 14: Beri sedikit peroleh sedikit
Bab 15: Apabila pemegang diploma menjadi tukang bersih

Bahagian 3 : Kuatkan kuasa rangkaian

Bab 16: Apabila Sultan Mahmud dipengaruhi dua perosak
Bab 17: Kisah lima pekerja di kilang biskut
Bab 18: Membina pengaruh melalui kesatuan sekerja
Bab 19: Petua para sahabat bekerja secara berpengaruh
Bab 20: Carilah Abu Bakar dalam organisasi saudara
Bab 21: Tingkatkan pengaruh dengan cermin hidup

Bahagian 4 : Kuasa minda pekerja

Bab 22: Timbulkan kreativiti ke dalam organisasi
Bab 23: Terjun ke dalam laut biru, keluar dari laut merah
Bab 24: Laut biru dan penciptaan idea
Bab 25: Menggunakan idea sebagai pintu keluar
Bab 26: Bos garang menjadi bos mesra
Bab 27: Ilmu kuasa mencipta pengaruh
Bab 28: Ilmu pencetus hormat kepada Adam
Bab 29: Lain bos lain cara dengarnya

Bahagian 5 : Kuatkan nilai integriti

Bab 30: Bawah rasa manis, atas rasa pahitnya
Bab 31: Integriti pencetus magnet pengaruh
Bab 32: Genius Muhammad bin Abdullah mempengaruhi hati
Bab 33: Determinasi 100 peratus menjaga amanah
Bab 34: Berpengaruh tetapi tidak murah
Bab 35: Bercinta di pejabat, bawa hormat ataupun penamat

Bahagian 6 : Jelajahi dunia bos

Bab 36: Kayakan bos berkali-kali
Bab 37: Sesuaikan budaya orang jadi budaya diri
Bab 38: Bersakit-sakit dahulu, cipta pengaruh kemudian
Bab 39: Cari orang yang lebih tahu
Bab 40: Di dalam pekerja di luar rakan
Bab 41: Gelombang-gelombang positif buat bos
Bab 42: Memahami bos melalui bahasa warnanya
Bab 43: Rakan dan bos menjadi musuh ciptaan
Bab 44: Rungkai dilema bos, jadilah penyelamatnya
Bab 45: Semakin suka semakin berpengaruh
Bab 46: Siapa sedia berkata, baik bos!

Penutup

Biodata penulis

Siapa Pengaruh Siapa

Topik yang dibincangkan menarik. Kisah seorang pekerja yang baru dinaikkan pangkat. Pelbagai andaian dibuat, ada yang berkata pekerja itu ada hubungan dengan bos, ada pula mengesyaki pekerja itu ada melakukan benda-benda mistik sehingga bos menyukai dirinya.

Kata seorang pekerja, “Pengaruhi orang lain bukan perkara yang baik. Kita akan salah guna kuasa.”

Jawab seorang lagi, “Sekiranya tidak mempengaruhi orang, orang lain tidak akan pandang kerja kita.”
Respons orang ketiga, “Kenapa beria-ia benar hendak mempengaruhi orang, buat sahajalah kerja yang diberi!”

Maksud Pengaruh Melalui Kaca Mata Siapa

Perkataan pengaruh dalam bahasa Inggeris influence dikembangkan daripada bahasa Latin, influere bermaksud bergerak bersama-sama. Maksud pengaruh dihubungkaitkan dengan perkara-perkara berikut.


• Kuasa yang memberi kesan.
• Mengawal dan memanipulasi.
• Kemampuan mengubah haluan melalui keputusan.
• Mengubah tingkah laku.

Pengaruh Adalah Perbuatan Harian
Kajian mendapati pengaruh adalah proses kerja harian. Ia sebahagian daripada diri. Sebahagian orang sedar kuasa pengaruh berada dalam diri dan sebahagian orang lagi melihat pengaruh sebagai perkara biasa. Pengaruh adalah tindakan. Ia memerlukan latihan melalui rutin. Pengaruh mempunyai konteks yang luas dan diguna pakai dalam pelbagai keadaan.

Nota: Buku ini akan berada di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009, di gerai buku PTS Publication and Distributor, Dewan Tun Razak, PWTC. Dapatkan di sana.

Seminar Pemasaran Internet untuk Perniagaan Kecil | Kemelesetan makin jelas

Petikan Utusan Malaysia, Jumaat 16 Januari 2009

'Berdasarkan kepada semua petunjuk, aliran menurun kini bermakna negara terdedah kepada risiko lebih 50 peratus untuk jatuh kepada kemelesetan ekonomi pada suku pertama dan suku kedua tahun ini," jelas Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Profesor Emeritus Datuk Dr. Mohamed Ariff (gambar petikan Utusan)

Kemelesetan ekonomi dan kesan kepada perniagaan kecil.

  • Bajet pengiklanan semakin menguncup dan secara langsung kadar kesedaran pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan semakin rendah.
  • Bajet pengiklanan akhbar dan radio tidak menjadi pilihan peniaga kecil kerana kekangan kewangan.
  • Survival peniaga kecil untuk bertahan dalam tempoh kemelesetan memerlukan suntikan kempen pemasaran skala besar dalam bajet yang terhad.
  • Internet semakin relevan kerana ia adalah alternatif terbesar menawarkan pengiklanan termurah dan berpanjangan kepada peniaga kecil.

Seminar Pemasaran Internet untuk Perniagaan Kecil | Kisah Hewlet-Packard

Saya berada di dalam kereta bersama salah seorang penceramah dalam bidang jenama bagi Seminar Pemasaran Internet untuk Perniagaan Kecil Malaysia yang bakal berlangsung 7 Febuari 2009. Dalam perbualan, beliau berkongsi cerita, "Dalam pelbagai idea mengurus kos, ada penyelesaian yang kembali kepada formula asas."

Soal saya, "Apa maksudnya?"

Beliau menyambung cerita, "Dalam kes produk komputer keluaran HP (Hewlet Packard), dua tahun lalu, pada satu peringkat mereka memerah idea baru mencari jalan mengurangkan kos dalam keluaran produk mereka. Sehingga pada satu peringkat, mereka berundur dan memilih idea asas, iaitu mengubah kotak yang membungkus produk mereka."

Saya diam, memberi ruang untuk beliau bercerita.

"Ya, mereka berbincang. Kekuatan jenama HP tidak dinafikan pelanggan. Maka pelanggan mahu membeli dan menggunakan produk HP bukannya kotak pembungkus produk HP. Maka mereka menukar semua kotak berwarna kepada kotak asas, iaitu kotak berwarna coklat (warna asal kotak) dengan logo HP."

Kesan tindakan mereka dua tahun lalu menjimatkan beberapa juta dolar yang disalurkan kepada iklan promosi produk HP.

Pastinya iklan itu berwarna-warni.

Kotak berwarna coklat hanya dapat menarik perhatian apabila namanya dikenali dan dipercayai ada kualiti. Soalnya bagaimana mahu mencipta kekuatan nama seperti itu untuk perniagaan kecil saudara?

Mahu kenali individu ini dan mendengar cerita jenama perniagaan berpengaruh untuk perniagaan kecil? Klik di sini.

Oh, tahukah saudara dalam banyak ceramah dan kursus perniagaan kecil.,rahsia penjenamaan bisnes kecil hampir tidak disentuh sebelum ini? Maka kami membawanya untuk pertama kali kepada semua peniaga dan bakal peniaga di Malaysia. Klik di sini.

Nota: Gambar asal milik penstarsys.com

Rabu, Januari 14, 2009

Kursus Pemasaran Internet untuk Perniagaan Kecil Malaysia 2009

Perkembangan terkini!

Hanya tinggal kurang 7 hari lagi untuk pendaftaran ke Kursus Pemasaran Internet untuk Perniagaan Kecil Malaysia 2009 pada harga potongan 20 peratus! untuk pendaftar terawal!

Klik www.kursusperniagaan.com

  • Mengenai Kursus Pemasaran Internet untuk Perniagaan Kecil Malaysia 2009

"Saya pemilik perniagaan kecil di Malaysia hilang 84% pelanggan setiap hari"

Ya, ia sedang berlaku. Berbeza dahulu, hari ini dan setiap hari pelanggan mula menjadikan internet sebagai tempat pertama mencari produk dan perkhidmatan.

Pelanggan berumur 20-39 tahun dikategorikan sebagai pengguna internet aktif. Mereka adalah golongan teramai membeli daripada peniaga dalam internet. (Sumber Lelong.com.my)

Saya kehilangan mereka kepada peniaga lain setiap hari .

Pelanggan hari ini memberitahu dua perkara PENTING ini kepada saya
  • Mencari barang dan perkhidmatan melalui internet menjadi cara pertama sebelum pelanggan membeli di kedai berhampiran.
  • Pelanggan tidak akan ke kedai selagi tidak mencari maklumat produk dan perkhidmatan melalui internet terlebih dahulu.
Trend ini semakin meningkat selepas kegawatan ekonomi seluruh dunia termasuk Malaysia berlaku. Berlaku peningkatan pengguna ke laman web peniaga dari 46 peratus sehingga 236 peratus.

Kaji selidik kami ke atas Lelong.com.my mengesahkan penemuan ini. Laman web Lelong dilawati 100,000 pengunjung sehari. Didapati 84 peratus terdiri daripada mereka berusia 20 sehingga 39 tahun.

Apa yang akan terjadi jika bisnes saya tidak berada dalam internet?

Peniaga bisnes kecil kehilangan 84% bakal pelanggan baru setiap hari jika tidak memasarkan produk dan perkhidmatan mereka melalui internet hari ini.

Mahu mengiklankan dan memberitahu pelanggan melalui internet. Jika ya, bagaimana saudara mahu memasarkan produk dan perkhidmatan kepada mereka?

Kami ingin mendedahkan kepada saudara. Dapatkan rahsia, teknik, strategi dan cara pemasaran perniagaan kecil melalui internet dengan menghadiri;

Seminar Pemasaran Internet untuk Bisnes Kecil Malaysia 2009
Auditorium Utama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, Kuala Lumpur
7 Febuari 2009 (Sabtu)
9.30 pagi – 5.00 petang


Program dijalankan dalam bahasa Malaysia mudah dan tidak bersifat teknikal

Layari www.kursusperniagaan.com

Selasa, Januari 13, 2009

Terima Kasih kepada pembaca buku Zamri Mohamad


Screenshot komen pembaca blog ini

Secara peribadi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pembaca-pembaca buku Zamri Mohamad. Kekuatan sepuluh buah buku yang ditulis selama ini datang daripada saudara dan saudari, tuan dan puan yang membaca buku-buku tulisan Zamri. Di mana istimewanya buku-buku tulisan Zamri Mohamad.

Keistimewaan itu datang daripada mereka yang sedang membaca entri ini. Kata-kata yang ditinggal di komen blog ini benar-benar menyentuh hati saya dan mendorong saya menulis entri khusus ini.

Isnin, Januari 12, 2009

Soal jawab dan komen di blog kini melalui audio dan video


Di blog berbayar, http://www.zamrimohamad.com/blog saudara dan saudari kini boleh memberi respon, komen, kritik dan pandangan melalui audio dan video berkenaan apa sahaja isu yang dipaparkan. Isu berkenaan penulisan juga amat dialu-alukan.
  1. Pertama: Klik tajuk entri pilihan
  2. Kedua: Skrol tetikus ke bawah, ruangan komen.
  3. Klik salah satu pilihan Add Webcam atau Add Audio only

Selamat mencuba.

Kisah batu di kaki


Ketika saya berada di salah sebuah gerai bergerak, Jambu Batu 88 (JJ88) bagi membantu pemasaran internet (klik di sini) mereka, saya berkesempatan berbual-bual.

"Nampak batu di tepi jalan raya ini?"

"Nampak," balas saya

"Sahabat saya hidup dengan batu-batu yang kita pijak sekarang," katanya.

"Beliau buat apa dengan batu-batu ini?" saya mengambil gambar batu-batu kecil di atas tanah.

Jawabnya, "Beliau kutip batu-batu yang nampak buruk ini, kemudian dicat dengan warna-warna menarik. Selepas itu dijual di kedai-kedai yang menjual ikan dan akurium. Ia jadi batu hiasan akurium. Rezeki beliau datang daripada batu-batu kecil ini."

Sesetengah perkara yang kelihatan tidak bernilai pada pandangan kita menjadi lubuk emas kepada orang lain.