Langkau ke kandungan utama

Seminar Pemasaran Internet untuk Perniagaan Kecil | Kisah Hewlet-Packard

Saya berada di dalam kereta bersama salah seorang penceramah dalam bidang jenama bagi Seminar Pemasaran Internet untuk Perniagaan Kecil Malaysia yang bakal berlangsung 7 Febuari 2009. Dalam perbualan, beliau berkongsi cerita, "Dalam pelbagai idea mengurus kos, ada penyelesaian yang kembali kepada formula asas."

Soal saya, "Apa maksudnya?"

Beliau menyambung cerita, "Dalam kes produk komputer keluaran HP (Hewlet Packard), dua tahun lalu, pada satu peringkat mereka memerah idea baru mencari jalan mengurangkan kos dalam keluaran produk mereka. Sehingga pada satu peringkat, mereka berundur dan memilih idea asas, iaitu mengubah kotak yang membungkus produk mereka."

Saya diam, memberi ruang untuk beliau bercerita.

"Ya, mereka berbincang. Kekuatan jenama HP tidak dinafikan pelanggan. Maka pelanggan mahu membeli dan menggunakan produk HP bukannya kotak pembungkus produk HP. Maka mereka menukar semua kotak berwarna kepada kotak asas, iaitu kotak berwarna coklat (warna asal kotak) dengan logo HP."

Kesan tindakan mereka dua tahun lalu menjimatkan beberapa juta dolar yang disalurkan kepada iklan promosi produk HP.

Pastinya iklan itu berwarna-warni.

Kotak berwarna coklat hanya dapat menarik perhatian apabila namanya dikenali dan dipercayai ada kualiti. Soalnya bagaimana mahu mencipta kekuatan nama seperti itu untuk perniagaan kecil saudara?

Mahu kenali individu ini dan mendengar cerita jenama perniagaan berpengaruh untuk perniagaan kecil? Klik di sini.

Oh, tahukah saudara dalam banyak ceramah dan kursus perniagaan kecil.,rahsia penjenamaan bisnes kecil hampir tidak disentuh sebelum ini? Maka kami membawanya untuk pertama kali kepada semua peniaga dan bakal peniaga di Malaysia. Klik di sini.

Nota: Gambar asal milik penstarsys.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...