Langkau ke kandungan utama

Maraton mesyuarat dan brainstorming jam 10 pagi hingga 3 pagi


Teruskan membaca entri di bawah

———-



Ketika mana saya sedang menulis entri ini, saya masih belum tidur. Sejak pagi tadi maraton mesyuarat dan diskusi bermula jam 10 pagi sehinggan jam 3 pagi keesokan harinya.

Jam 10 pagi saya bermula dengan sesi brainstorming buku bersama mentor penulisan. Ia berkaitan dengan penjenamaan personal atau personal branding di tempat kerja. Terdapat tiga judul buku bakal menjengah tahun 2010. Diskusi ini berterusan sehingga jam 4 petang.

Jam 8 malam bermula sambungan kepada diskusi bersama penerbit pula. Kali ini berkaitan identiti jenama dalam dunia bisnes. Ia dikenal pasti sebagai identiti jenama 2.0. Insya Allah perbincangan tujuh jam ini akan membawa hasil baik dalam usaha memandaikan bangsa dan refleksi pembaikan diri.

Permulaan Muharam, disambut sorakan ramai atas kemenangan pasukan Malaysia dalam perlawanan akhir bola menentang pasukan Vietnam. Di pejabat saya, Learning Station, kami juga bersorak semangat bagi menjadikan hari ini lebih baik dengan buku yang dapat meningkatkan kualiti hidup.

Sudah pasti saya tidak menjadi malaikat sepanjang tahun hijrah 1430. Ada orang yang gembira dan ada juga yang kurang gembira sepanjang mengenali saya. Turun naik ini adalah refleksi besar dalam pembaikan hati.

Apa yang terkurang itu akan menjadi booster kepada angan-angan besar yang dijadikan satu kebenaran nyata. Menjawab kekurangan dengan pembaikan konsisten dan bersungguh-sungguh. Bukankah nabi Muhammad dalam didikan dimentor oleh Allah disediakan roller coaster hidup yang adakalanya sejuk dan adakalanya menggila?

Apa yang diidentifikasi sebagai lebih juga akan dikekalkan sebagai kualiti kerja dan kualiti hidup. Mudah-mudahan Allah permudahkan bermula pada malam tahun islam ini.

Jika diukur dari segi kerja. Tahun Muharam telah bermula dengan agenda berikut.


Satu nasihat mentor kepada saya, "Semua orang mempunyai impian, tetapi mereka membuat perubahan yang disangka mendekatkan diri dengan impian. Sebaliknya, pilihlah kerja-kerja yang akan mendekatkan diri dengan impian saudara. Baru nampak relevan dan berbaloi sifatnya."

Terima kasih melalui anggukkan dan catatan pada kertas buku berkulit keras.

Salam Muharam kepada para pembaca.




------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Ulasan

Assalamualaikum tuan,

2-3 hari ini saya terinspirasi membuat perubahan di dalam hidup saya apabila membaca surat tuan Fauzul dan juga entri tuan ini.

Saya suka nasihat mentor tuan yang berbunyi,

"Semua orang mempunyai impian, tetapi membuat perubahan yang disangka mendekatkan diri dengan impian. Pilih kerja yang mendekatkan diri dengan impian saudara. Baru nampak relevan dan berbaloi sifatnya."

Bilakah sepupu tuan ini boleh berjumpa tuan? Saya hanya ada kekangan masa pada 26 - 29 Disember 2009 kerana berada di Padang,Indonesia untuk tugasan rasmi.
Zamri Mohamad berkata…
Sepupu yang dimuliakan,

Saya bercadang mahu hadiri program ini pada hari Isnin nanti. Bagaimana jika bertemu di sana?

Info:

In conjuction with IIUM Library Client Day, kindly be informed that the IIUM Library Main Campus will be organising an event 'Bersantai Bersama Novelis & A Session with A Writer'

This event is open public, staff and students.

The writers and novelists invited are:

1. Zabrina A Bakar
2. Norzailina Nordin
3. Eka Fahara
4. Ramlee Awang Murshid

Please check the link for details of the program :

http://lib.iiu.edu.my/resources/NovelistPoster.pdf

All are invited to attend the said programs. Wassalam and thank you.

p/s Sis Zabrina's session will be on Monday, 21st December 2009 between 10am to 12.30 noon.

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...