Jumaat, November 13, 2009

Mini Parlimen | Menjadi 'wakil rakyat' 23 tahun lalu


Ini adalah Mini Parlimen tahun 1986 yang berlangsung di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Saya terlibat dalam Mini Parlimen. Diterajui oleh Tuan Jamal Mohammed sebagai Speaker Dewan.

Ia dirasmikan oleh Tun Dr Siti Hasmah. Mini Parlimen menjadi ruang bicara spontan tanpa skrip yang meluahkan apa yang terkandung dalam fikiran kami.

Jari kanan saya cedera kerana bermain api di kampung. Maka, saya satu-satunya berikrar menggunakan tangan kiri dan disiarkan dalam RTM1 ketika hari kemerdekaan pada tahun itu.

Ingin mencari semula keratan akhbar tahun 1986.

Terima kasih kepada Puan Sheila Jamal yang memaklumkan perkembangan terkini Tuan Jamal Mohammed, Speaker Dewan ketika saya menjadi 'wakil rakyat' 23 tahun lalu.

Petikan ucapan Tun Dr Siti Hasmah, "Ambilah peluang ini untuk membincangkan isu-isu kepentingan kanak-kanak. Bincang isu-isu kepentingan negara dan keluarkan pendapat mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh negara dan rakyat Malaysia, dari kaca-mata kanak-kanak." Ketika itu saya berumur 6 tahun dan menjadi ahli Parlimen dalam Mini Parlimen. Itu adalah ucapan perasmian dewan 1986.


-----------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

1 Respons:

Nizam Ahmad berkata...

ni parlimen kanak-kanak yang dulu popular di tv1 kan? aku minat giler dgn program ni dulu.. tp dah x igt apa kesudahannya skg.. bertuah ko zamri dpt jd sebahagian dpd program yg aku minat ni hehe

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates