Langkau ke kandungan utama

Apa yang kita lakukan akan kembali semula

Sebahagian daripada apa yang kita lakukan akan kembali semula hari dalam bentuk hasil.

Soalnya apakah yang kita lakukan dahulu merupakan usaha yang membawa hasil yang kita inginkan hari ini baik dalam soal berkarya mahupun dalam soal bisnes sekali pun.

Apa yang kita buat hari ini juga akan menjadi sesuatu yang bernama hasil apabila tiba tempoh matangnya kelak. Bila, itulah tempoh yang sering menjadi tanda tanya.

Saya temui catatan lama sekitar lima tahun lalu dan melihat apakah hasilnya selepas lima tahun itu berlalu.


Ketika mengemas bilik di rumah kampung, terjumpa diari lama berwarna hitam. Rupa-rupanya buku pertama yang berjudul Memahami Bahasa Cinta Lelaki (judul yang diberi oleh mentor, Puan Ainon) yang ditulis pertengahan 2006 telah ditulis sejak Disember 2004 berjudul Fenomena Cinta. Sudah dua tahun ke hadapan sebelum ditulis semula dengan judul baru dan diterbitkan oleh PTS Millenia.

-----


Masih lagi catatan dari diari hitam 2004. 10 Disember 2004, saya bertemu dengan saudara Zarifi dalam satu majlis pemimpin pelajar. Saya senyum membacanya kerana Zarifi adalah abang kepada Hariri Daud, editor PTS Islamika. Tarikh ini di mana saudara Amin Idris penulis Magnet Diri terbitan PTS Millenia baru sahaja sembuh dari kemalangan (tangan berbalut) dan bercuti panjang.

-----

Masih lagi catatan dari diari hitam 2004. 17 Disember 2004, bertemu pelancong Perancis dalam perjalanan pulang ke Melaka. Pelancong ini bercuti 10 bulan. Merupakan seorang pustakawan di sana. Wanita ini individu penting yang membawa kepada rencana saya di Utusan Malaysia. Beliau mencadangkan kedai buku Malaysia mempunyai rak Malaysia. Iaitu karya tempatan yang diterjemah, ole-ole untuk pelancong (Pelancongan buku).


------

Apabila menemui semula diari ini saya teruja.


Diari ini ditulis pada umur 24 tahun pada malam raya selepas pulang takbir di kampung. Banyak catatan yang relevan mengenai hidup dan ada juga yang dibukukan selepas dua tahun ia tersimpan. Ketika itu PTS pun saya tidak kenal dan tidak tahu kewujudanya.

Individu-individu yang saya temui memberi poin-poin yang kemudian dikongsi dalam buku terbitan PTS. Masih banyak lagi tersimpan. Pasti akan dikongsi satu persatu. Insya Allah.

Paling penting jumpa gambar lama (dulu-dulu) semula. Mahu kembali kepada asal. Ketawa sendiri.

Nota: Menyimpan diari adalah satu perkara mencabar. Perlu dikunci mungkin.

Perkara paling menarik mengenai proses menulis diari adalah, sebahagian bahan yang relevan dapat digunakan semula. Perkara ini didedahkan secara spesifik dalam buku Tip Menjadi Penulis Bestseller. Klik di sini. Hanya tinggal tiga naskhah sahaja di Book Cafe.

-------


Catatan diari hitam. Ini adalah emel pertama saya terima daripada PTS pada tahun 2004 ketika mana usaha pembangunan penulis baru rancak diadakan.

Apakah respon saya ketika itu?

Saya menolak tawaran PTS kerana isu tidak yakin karya tidak dibaca. Rujuk buku saya Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas

Selepas setahun, kerana SMS seorang rakan mengenai bengkel penulisan percuma. PTS sekali lagi!

Saya mengira nilai kerugian apabila kita tidak mempunyai sikap tidak yakin tanpa tanda aras yang jelas dan sistem mentor yang betul.

Pada tahun 2004, kerana keputusan mudah ini, saya kerugian 6 judul buku untuk dicetak keluar. Kerana itulah jumlah judul yang diterbitkan pada tahun 2009.

Satu ilmu baru yang saya perolehi. Semak semula sikap tidak yakin itu dengan...
  • Menggunakan tanda aras yang betul bagi menyemak semula sikap tidak yakin.
  • Perlu ada mentor bidang yang dapat dijadikan rujukan.
  • Sikap tidak yakin juga mempunyai nilai rugi wang yang besar juga meskipun ia hanya perkataan 'tidak' yang mudah.
  • Nilai kerugian dalam membuat keputusan kerana sikap tidak yakin ini sama sahaja dengan sikap melewatkan keputusan.
Isu yang sama dalam hidup. Apabila kita menolak sesuatu atas rasa ketidakyakinan yang bersandar pada tanda aras yang salah, hakikatnya kita tidak membuat keputusan yang adil kepada diri sendiri baik sama ada untuk kerjaya mahupun hidup.

Siapakah mentor yang menjadi sumber rujuk kita selama ini?

Lontarkan komen saudara di blog ini

-----------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.


Ulasan

tunfrida berkata…
...sedang mencuba sesuatu yang baru, memberanikan diri mencabar kemampuan sendiri, menepis sifat tidak yakin diri, menilai kemampuan dan kelebihan diri yang sedia ada dan seterusnya mencuba mengurangkan jurang nilai kerugian [wang/masa] yang tinggi.

ohhoo...
semuanya setelah membaca "buat duit sebagai penulis bebas".
tinta kasturi berkata…
"laha ma kasabat walakum ma kasabtum.." (bagi mereka apa yg mereka kerjakan, bg kalian apa yg kalian kerjakan)

salam perkenalan buat saudara,
saya meminati penulisan saudara seadanya, buku cari duit dgn mudah dgn menjadi penulis bebas ternobat sebagai antara rujukan saya

Idaman diri ini mahu menjadi penulis yang mampu memberi haruman ke segenap minda bg yg membacanya. Amin.

salam idul fitr,
minal aidi wal faizin.

jemput bertandang ke laman saya yg tak seberapa. Mohon dapat beri tunjuk ajar bermanfaat sebagai sedekah amal jariah berterusan. Pahala berpanjangan. InsyaAllah

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s...