Langkau ke kandungan utama

Penerbit dan penulis PTS | Futsal















Bermula daripada e-mel ini dan semalam perlawanan persahabatan futsal Penulis PTS dan PTS telah diadakan.

----

Assalamualaikum Warahmatullah

Kepada : Penulis-Penulis PTS

Semoga sihat sejahtera dan sukses selalu

Tuan,

Saya diberi tanggungjawab oleh kelab staff PTS untuk aturkan perlawanan persahabatan Futsal PTS bersama Penulis PTS.

Tahun lalu, PTS menganjurkan perlawanan persahabatan PTS dengan DBP. Jesteru, pada tahun ini PTS ingin aturkan perlawanan persahabatan dengan penulis PTS.

Tujuannya untuk merapatkan lagi ukhuwwah antara editorial, marketing, sales, pengurusan PTS dengan penulis-penulis PTS.

Saya ingin malumkan perubahan tarikh perlawanan. Tempoh hari saya maklumkan kepada Tuan Amin Idris dan Tuan Zamri Mohamad, tarikh perlawanan pada 14 Ogos. Berikut adalah tarikh baru perlawanan persahabatn tersebut.

Berikut adalah maklumat program :

Tarikh : 7 Ogos
Hari : Jumaat
Waktu : 8.00 - 10.00 Malam
Tempat : Sport Seven, Wangsa Maju
Yuran : Gratis

12 pemain mewakili Tim penulis PTS. 5 pemain utama dan 6 simpanan. Minta jasa baik Tuan untuk uar-uarkan kepada penulis-penulis PTS yang lain. Kepada sesiapa yang berminat boleh mendaftar dengan memberi respon emel ini dan saya akan kemaskini nama pemain.

Sekian, terima kasih

--
Mohd Hariri Bin Haji Mohamad Daud
Acquisition Editor
PTS Islamika Sdn Bhd.

(Editorial Office)
No 9-1 & 11-1, Jalan Wangsa Setia 3,
Wangsa Melawati, Kuala Lumpur, 53300.
Malaysia

Mobile: 016-6613340
Office: +6.03-41427416 / 13
Fax:+6.03-41427415
Email: hariri@pts.com.my
Email : ptsislamika@pts.com.my
Web Site: http://www.pts.com.my
Blog: http://ptsislamika.blogspot.com


-----


Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...