Selasa, Ogos 11, 2009

Paintball Merdeka PTS | Sejarah Paintball dipengaruhi penulis

Kredit foto: Tuan Hazali, Waiz Malaysia






Permainan ini mempunyai peraturan tersendiri. Iaitu menewaskan pihak lawan menggunakan pellet yang merupakan peluru cat. Senapang yang digunakan dipanggil marker menggunakan CO2 atau gas mampat seperti HPA dan nitrogen bertujuan menghasilkan kuasa tujahan setiap kali picu ditarik.

Mari kita lihat sepintas lalu sejarah paintball.

Ceritanya bermula pada tahun 1976 apabila Hayes Noel seorang broker saham dan Bob Gurnsey teruja apabila mendengar pengalaman rakan mereka Charles Gaines yang ke Afrika. Apa yang membuat mereka teruja ialah kisah Gaines memburu kerbau di sana.

Percaya atau tidak, permainan paintball juga diinpirasi dan dipengaruhi dunia penulisan dan pada peringkat awal turut disertai oleh mereka yang terlibat dalam dunia penulisan.

Hayes Noel dan dan Bob Gurnsey mendapat inspirasi memperkenalkan permainan paintball berdasarkan pengaruh sebuah cerita pendek, The Most Dangerous Game (The Hounds of Zaroff) tulisan Richard Connell pada 19 Januari 1924. Cerita pendek itu disiarkan dalam Collier's Weekly.

Permainan paintball pertama diadakan pada tahun 1981. Antara pemain awal ialah seorang penulis novel dan penulis di Sports Illustrated bernama Bob Jones, pemburu berpengalaman bernama Ronnie Simpskins, petani dari Alabama yang juga pemburu badak bernama Jerome Gary dan beberapa pemain lain melibatkan 12 pemain keseluruhan.

-----

Pada 9 Ogos 2009, permainan paintball Merdeka telah dianjurkan buat kali ketiga oleh PTS Publication & Distributor. Melibatkan 14 orang pemain terdiri daripada wakil penerbit, rakan-rakan pembaca buku terbitan PTS, ahli keluarga dan sahabat handai. Tonton video di bawah rakaman pertempuran dan di sebalik tabir.










----


Sesetengah orang berpandangan, permainan paintball dapat dicirikan dalam dunia bisnes hari ini.

Pertama, melibatkan strategi bagaimana kemampuan sebuah kumpulan bertindak menguasai kawasan (baca: pasaran) dengan setiap satu memainkan peranan serang dan lindung (rakan lain). Konsep kerjasama adalah elemen penting bagi menguasai permainan ini.

Kedua, melibatkan kebijaksanaan pengurusan kos dan meningkatkan survival dalam permainan. Jumlah pallet yang digunakan adalah kos bagi memastikan pasukan dapat memenangi pertempuran itu. Dapat dilihat bagaimana strategi yang betul dalam pengurusan kos mempengaruhi survival organisasi secara keseluruhan menggunakan prinsip pada masa dan tempat yang sesuai.

----

Takut?

Ya ada yang takut dan ada yang tidak.

Konsep takut diperjelaskan oleh guru saya, Professor Ataullah Bogdan Kopanski , jika askar tidak ada rasa takut, dia tidak akan berlindung dan berlari seperti orang gila merempuh musuh. Kesan tindakan gilanya membunuh rakan-rakan lain kerana tahap survival menentukan kemenangan dalam peperangan.

"Tentera yang baik adalah tentera yang mempunyai ketakutan dalam dirinya. Ketakutan ini yang akan mendorong diri untuk berlari, berlindung, tunduk dan merangkak ketika menyerang musuh. Semakin lama dia hidup dan bertindak, semakin cerah peluang untuk menang dalam pertempuran," kata Kopanski.

Ataullah Bogdan Kopanski (duduk)



Professor Dr Ataullah Bogdan Kopanski anak kelahiran Texas membesar dan mengharungi cabaran hidupnya sebagai seorang Eropah. Bekas Katolik yang kembali kepada Islam turut serta dalam beberapa siri perjuangan umat di beberapa ceruk bumi Eropah yang bergolak.

Budaya bukunya menakjubkanku. 18 000 buku koleksinya sehingga isterinya berbangsa Arab menyebut, "Awak belilah sebuah rumah lagi untuk buku-buku awak."

Saya turut memasukkan beberapa temubual dan cerita pengalaman Kopanski dalam buku Mengurus Konflik Gaya Streetsmart terbitan PTS Millenia Sdn Bhd.

Ataullah Bogdan Kopanski originally Polish now American; Ph.D. in history and politics, had a very interesting journey to Islam and faced severe hardships; was imprisoned twice by the Polish communist regime (1908, 1981-82). He embraced Islam in 1974. "When I was 12 years old I rejected illogical and contradictory faith of the Church. Two years later in 1962- I was fascinated by victorious struggle of the Algerian Muslim mujahideen against French colonialism. It was the first arrow of Islam

----


Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

0 Respons:

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates