Rabu, Julai 01, 2009

Orang kecil ada pengaruh yang besar

Assalam alaikum wbt

Saya merupakan penulis bersama buku Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart dan Mengurus Konflik Gaya Streetsmat. Sehingga respon ini ditulis, rekod menunjukkan buku ini adalah salah satu buku yang berada di perpustakaan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Mudah-mudahan buku Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart dapat dibaca oleh kakitangan awam dan swasta. Buku ini kini boleh didapati di rak Perpustakaan MAMPU.

----

Setelah post mortem dibuat, benar kata Puan Umiazuddin konsep kulit buku masih memihak pada gaya tradisional bagi buku-buku pengurusan.

Gaya Dilbert masih belum mencuit hati pembaca. Konsep baru ini masih asing lagi gayanya. Saya akan terus membuat kajian kulit buku dan pada masa sama bekerjasama mencari elemen terbaik untuk paparan buku ini.

Tambahan lagi perkataan Streetsmart bermaksud belajar dari pengalaman orang lain masih asing kepada majoriti pembaca.

----

Buku Mengurus Konflik Gaya Streetsmart membawa kepada perbualan telefon sejam bersama seorang kontraktor dari Perlis yang mengurus anak-anak buahnya terdiri daripada pekerja tempatan dan luar.

Beliau menghubungi selepas membaca buku ini yang membincangkan kuasa F.I.T.R.AH (Lima elemen dalam pengaruh) apabila berurusan dengan orang bawahan dan rakan sejawat.

Panggilan telefon beliau mengukuhkan kepercayaan saya bahawa pendekatan Islami dan Barat dibawa bersama dalam memahami kuasa pengaruh sebagai alat kerja dan medium ibadah.

----

Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart adalah percubaan kecil untuk menjadi berbeza daripada buku-buku biasa. Saya terdorong menulis buku ini selepas dua soalan timbul dalam diri

1. Mengapa banyak buku membawa tokoh-tokoh besar bagi membincangkan kuasa pengaruh sedangkan ada pekerja-pekerja kecil yang mempunyai kuasa pengaruh dalam diam.

2. Mengapa masih kurang tafsiran tokoh Islam dibawakan dalam membincangkan subjek pengaruh dan moden.

-----

Kedua-dua buku ini ditulis membawa cerita pekerja kecil dengan kuasa pengaruh besar dan tidak ditolak pendekatan tokoh dan kajian.


----

Ditambah lagi pendedahan sembilan peraturan pengaruh melibatkan tingkah pekerja mempengaruhi bos selain daripada lima maklumat perlu diketahui sebelum mempengaruhi bos.

Kerana itu bab awal buku ini membawa cerita Puan Rosminah Ahmad yang bermula sebagai tukang sapu, pengelap lantai dan pencuci tingkap kini mengurus lima rangkaian francais antarabangsa.

Dari biasa menjadi luar biasa. Formula ini dibongkar.

Tidak dilupakan faktor kehambaan menjadi pemimpin dan dipimpin dihuraikan dalam buku Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart.

----

Buku Mengurus Konflik Gaya Streetsmart adalah kesinambungan buku pertama. Mereka yang mengurus konflik secara tidak langsung membina pengaruh. Kerana itu buku ini ditulis.

Bercerita mengenai pengaruh tidak terhad pada sebuah buku, kaitan kepada isu pengaruh dipanjangkan dalam buku ini. Masih banyak cerita perlu dibongkarkan.

Terdapat tiga cara konflik dapat dilihat oleh orang ramai.

Konflik sebagai perangAdd Image
Konflik sebagai peluang
Konflik sebagai sebuah perjalanan

Kajian kami mendapati rata-rata percaya konflik di pejabat dan diluar pejabat hanya melibarkan satu jenis konflik

Hakikatnya terdapat 8 jenis konflik yang saling berkait satu sama lain.

Antara temuramah yang berjaya kami perolehi melibatkan beberapa individu termasuk Tuan Mazidul Akmal Sidik (360, TV3). Banyak petua menjadi pekerja dan pemimpin kepada pekerja dapat dipetik daripada beliau.

Hamilton Mabie berkata, “Jangan bimbang kepada penentangan (konflik). Ingatlah, layang-layang hanya terbang tinggi apabila menentang arus angin.”

Bagi mereka yang baru pertama kali mendengar dan melihat buku ini. Ia adalah satu buku inspirasi perubahan dan kelompok diri menjadi hamba Tuhan yang berkualiti dalam mengurus konflik dan membina pengaruh positif.

Seperti kata Cik Puan Mardiana, buku yang sesuai dijadikan hadiah sebagai simbol kita mahukan diri penerima mendapat impak yang baik untuk hidup mereka.

Nota: Buku ini boleh didapati di MPH dan Popular. Jika tiada di rak, boleh buat pesanan di kaunter pelanggan di MPH dan Popular. Bagi mereka yang mahu melalui pesanan online boleh meninggalkan nama dan emel pada komen entri ini. Harga istimewa daripada penulis diberi bagi pembelian buku ini untuk tujuan hadiah. Tinggalkan info, klik di sini.


Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

1 Respons:

Tanpa Nama berkata...

siti hajar Bt ab wahab
syeraa7@yahoo.com

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates