Info sisipan
- Berita terkini Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010 bermula pada 19 Mac sehingga 28 Mac 2010
- Sejumlah 14 buku tulisan Zamri Mohamad terbitan PTS Publication and Distributor akan menemui pembaca di PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010(KLIBF 2010)
- Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia, PTS Professional, PTS One. Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS Islamika, PTS Fortuna dan PTS Litera
- Turut boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH, MPH Online, Popular Bookstores, Bookcafe dan E-kedai.net
Teruskan membaca entri di bawah
----------
Terima kasih kepada tim PTS Professional sehingga terbitnya buku Buat Duit dengan YouTube. Terima kasih kepada semua ahli PTS atas bantuan dan kesabaran mengendalikan buku ini bermula dari peringkat idea sehinggalah ia diterbitkan dalam bentuk buku.
Boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH, Popular dan kedai buku terdekat. Kedai buku rangkaian menyediakan khidmat pesanan buku jika tiada stok.
Informasi buku
Informasi buku
Buat Duit dengan YouTube
Zamri Mohamad
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. RM 18.00 / RM 20.00 (Sabah & Sarawak),
Youtube adalah laman web yang keempat paling banyak dilawati oleh rakyat Malaysia setiap hari. Jadi, adalah satu kerugian besar jika pengusaha bisnes di Malaysia mengabaikannya.
Melalui Youtube, kita boleh membuat duit hanya berbekalkan talian internet dan komputer. Bermula dari melancarkan video jualan, kita mampu meraih perhatian penontonnya. Seterusnya dengan teknik yang berkesan, mereka bertukar menjadi pelanggan pula.
Memuat naik video jualan ke laman Youtube tidaklah sesukar yang disangka. Mudah dan pantas. Namun, cabarannya adalah memastikan video jualan itu benar-benar berkesan, tepat pada sasaran, dan mencapai misi utama.
Melalui buku ini, kita akan didedahkan dengan:
- Persediaan untuk merancang dan merakam video jualan.
- Ciri-ciri video yang paling berkesan untuk promosi.
- Kaedah penyuntingan video jualan.
- Cara teknikal menaikkan video ke dalam Youtube.
- Strategi meningkatkan penonton video jualan.
Oleh itu, usahawan, penyedia servis, penulis blog, malah sesiapa saja yang berminat untuk buat duit dengan Youtube, wajib membaca buku ini.
Zamri Mohamad adalah seorang penulis bebas dan sering menganjurkan seminar teknik penulisan. Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman beliau mengaplikasikan Youtube untuk mempromosikan seminar penulisan beliau. Buah fikiran beliau boleh dibaca melalui blog http://www.zamrimohamad.com
Penghargaan
Prakata
Bahagian 1 Memilih Bisnes untuk Video Jualan
Bab 01 Youtube bukan pilihan tetapi kemestian dalam bisnes
Bab 02 Jenis bisnes yang sesuai dijadikan video jualan
Bab 03 Tiga elemen video jualan berpengaruh
Bab 04 Strategi pemasaran YouTube cara Nike
Bab 05 Penjenamaan berulang melalui YouTube
Bahagian 2
Video jualan yang memikat pelanggan
Bab 06 Jadikan video jualan menambah keuntungan
Bab 07 Dari didik kepada menjual
Bab 08 Informasi pada video jualan
Bab 09 Mencari rakan niaga di YouTube
Bahagian 3 Rancang dan rakam video jualan
Bab 10 Pilihan peralatan yang mahal ataupun murah
Bab 11 Menghasilkan storyboard cara mudah
Bab 12 Skrip memikat hati pelanggan pada video jualan
Bab 13 Paparan visual produk dan perkhidmatan
Bab 14 Video jualan cara Robert T Kiyosaki
Bahagian 4 Penyuntingan video jualan
Bab 15 Menukar format video pada kamera digital
Bab 16 Suntingan mudah menggunakan Windows Movie Maker
Bahagian 5 Memuat turun video jualan ke Youtube
Bab 17 Memuat turun video jualan ke dalam YouTube
Bab 18 Suntingan maklumat video jualan di YouTube
Bahagian 6 Promosi Video Jualan dan jana wang
Bab 19 Promosi video jualan melalui blog
Bab 20 Promosi video jualan melalui Tubemogul
Bab 21 Promosi video jualan menggunakan Facebook
Bab 22 Promosi video jualan melalui SMS
Bab 23 Promosi video jualan melalui minisite
Bab 24 Persembahan video jualan cara Hijrah Water
Bab 25 SEO video jualan hari ini
Bahagian 7 Lampiran Bab 27 Senarai semak bagi video jualan
Bab 28 Kit perniagaan untuk perniagaan kecil
Bahagian 8 Biodata
Advertorial
Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.
0 Respons:
Catat Ulasan