Saya petik kata-kata ini dari sebuah blog. Kerana ruangan itu selalu berubah-ubah maka saya petik dan siarkan semula ayat-ayat ini yang dapat dijadikan booster atau pendorong dalam hidup sama ada peribadi mahupun kerjaya. Semoga ia memberi manfaat pada semua.
- Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri.
- Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati.
- Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi ada kalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus.
- Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tidak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran.
- Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan.
- Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai.
- Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian.
- Benarlah usaha itu tangga kejayaan. Tetapi jika tiada kesungguhan dan niat bukan kerana Allah, samalah seperti anda menggunakan tangga untuk turun ke bawah.
Ulasan
TERIMA KASIH SAUDARA ZAMRI MOHAMAD
Sejak memulakan blog ini, memang saya pernah atau selalu juga berangan-angan untuk mendapat komen daripada beberapa individu tertentu antaranya mereka yang saya minati dan banyak belajar daripada mereka. Antara mereka yang saya angankan itu adalah Saudara Zamri Mohamad yang saya banyak belajar tentang penulisan dan industri penulisan daripada tulisan/ karya beliau.
Dalam masa yang sama saya selalu mengingatkan diri bahawa ini hanya angan-angan bukan betul-betul;-) Heh, sedangkan blog ini masih ketandusan komen. Saya sendri tidak mengharap dalam masa terdekat blog ini akan mendapat perhatian daripada individu-individu yang saya sebutkan di atas. Ini kerana saya sendiri masih terlalu kurang melakukan promosi terhadap blog ini.
Namun Saudara Zamri Mohamad, yang merupakan antara penulis yang saya hormati dan kagumi, merealisasikan angan2 saya ini pada June 16, 2009 yang lalu. Saya agak teruja dan terkejut semasa mendapati beliau meninggalkan komen pada blog ini.
Saya ucapkan terima kasih dan penghargaan kepada kesudian beliau meninggalkan komen tersebut. Ada ubi ada batas, lain kali komen la lagi;-)