Rabu, Jun 10, 2009

Political Will, buku tempatan dan Hussam Musa

Lebih banyak buku pada harga lebih rendah
Padat dengan stok buku baru
Pilih dahulu, saring kemudian.
Sedang merasionalkan tindakan saya berada di sini. Sudah jadi ahli selama tiga tahun sejak 2007
Raga besi disediakan untuk pembeli
Buku-buku yang dibeli sebelum masuk ke kedai ini


Dalam bengkel penulis bebas lalu, salah satu tip yang saya berikan kepada peserta ialah mengenalpasti kedai-kedai buku alternatif bagi menambah koleksi buku bagi tujuan berkarya.

Saya berikan satu contoh, rakan penulis saya, Tuan Wan Muhammad Haeqal membeli sebuah buku berjudul Become Who You Were Born to Be pada harga RM20, sedangkan ia dijual pada harga RM90 di kedai-kedai buku berangkai.

Tetapi ada sebuah kedai buku di Amcorp Mall menjual buku yang sama pada harga jauh lebih murah. Saya bertanya dari mana mereka mendapatkan buku-buku ini, salah satunya ialah daripada kedai-kedai buku yang tidak dapat memulangkan stok buku pada penerbit.

Maka kedai buku di Amcorp ini membelinya dan menjual pada harga murah. Saya tidak pasti bagaimana, tetapi stok buku yang mereka perolehi dibeli secara bulk atau pukal.

Mereka tidak memilih judul apa yang hendak dibawa masuk. Apa yang ada dalam kotak itu, maka itulah buku yang akan dijual semula.

Berbeza daripada tahun 2007 ketika mana kami ke kedai buku ini, kali ini stok bukunya terpaksa disusun atas lantai. Rak-rak sedia ada tidak dapat menampung keperluan mereka lagi. Stok buku dalam stor sudah menyentuh siling.

"Orang Malaysia sangat kiasu, apabila kami menghantar emel memaklumkan proses shipping (stok masuk), esoknya beramai-ramai mereka datang," kata pekerja di situ.

Mereka merancang mencari tempat lebih luas. Pada masa sama cuba kekal pada harga rendah untuk menjual buku-buku kepada pelanggan, "Buku yang terlalu mahal menyukarkan orang biasa-biasa mahu membaca," katanya lagi.

Times di Pavilion. Pertama kali saya ke siniKoleksi buku bahasa Melayu dan Inggeris bercampur aduk di siniKata-kata tokoh yang menarik perhatianSilalah ke rak marketing dan lihat bahagian bawah sekaliYa, buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas berada di Times
Dato Haji Hussam Haji Musa melihat buku. Ini kali kedua atau ketiga beliau melihat rak itu.
Dato Haji Hussam Haji Musa memilih buku yang ke....

Dua hari selepas itu, saya dan sahabat saya singgah ke Times, melihat kedai buku di sana. Tidak lama kemudian, kelibat Dato Haji Hussam Haji Musa berada di sana memilih buku. Selesa melihat dan bertegur sapa dengan beliau. "Ini kali pertama saya di Times," katanya

Saya beralih dan memerhati dari jauh, melihat jenis buku yang dipilih. Beliau pilih dan meletakkan buku pada kaunter pembayaran. Ada lebih 15 buah buku yang dipilih. Tidak hanya buku politik, banyak berkaitan buku pengurusan, bina insan, motivasi dan pelbagai lagi. Petugas di Times membantu membawakan buku-bukunya.

Saya amat skeptik terhadap ahli politik. Sejak Dato A Samad Said bercerita mengenai gelagat ahli politik berpura-pura membaca karyanya dengan pujian-pujian kosong, ia menebalkan lagi kepercayaan itu.

Terkecuali beberapa ahli politik yang saya ikuti perkembangan. Dukungan dan sikap ahli politik khususnya menteri terhadap pesta buku yang lalu cukup mengecewakan. Tidak ada political will bagi menyokong sepenuh industri buku.

Adakah kerana mereka bukan pembaca buku? Tidak berdecit sedikit pun dalam media massa keseriusan mereka untuk mendukung industri memandaikan bangsa. Ya, saya tulis dalam keadaan marah-marah dan kecewa.

Sikap Dato Haji Hussam menunjukkan indikator positif akan ada perubahan jika ahli politiknya membaca buku. Oh, salah satu buku beliau, The Art of Seduction. Haha!


Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

3 Respons:

ILHAM HAMDANI berkata...

Salam dari jauh,

YB (Yang Berusaha) Tuan Zamri,

Katanya di Malaysia ini satu masa dulu yang ada tiga orang ahli politik yang membaca:

1. Mahathir
2. Anwar
3. Sanusi Junid

IlhamHamdani,
Canberra, Australia

ILHAM HAMDANI berkata...

Ops ... selamat berhubungan!

rastom berkata...

Tuan Zamri, ..the Art of Seduction bagus terutama untuk ahli politik. Maka nanti di dalam penyampaian mereka tidaklah terlalu robotik berpolitik. Terima kasih dengan entri ini.

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates