Langkau ke kandungan utama

Tiga manuskrip terbaru penulis pada Mei ini

Mengapa sudah hampir tujuh hari blog ini tidak dikemaskini?

Sudah mahu berhentikah, sudah bosankah atau sudah tidak ada idea?

Cerita apa yang berlaku di Pesta Buku masih belum selesai lagi ada beberapa entri akhir yang ingin saya ceritakan. Tetapi dalam bulan Mei ini, ada tiga buah manuskrip sedang disiapkan untuk dihantar pada bulan Mei 2009.
  • YouTube Marketing untuk Bisnes Kecil
  • Berpengaruh Gaya Streetsmart
  • Geng Genius (2), ketika ini saudara Syarafuddin Sulaiman sedang menulis di Trengganu.

Sekuel kepada buku Internet Marketing untuk Bisnes Kecil yang pertama kali menemui pembaca pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009.

YouTube Marketing untuk Bisnes Kecil

“Apabila YouTube memperkenalkan diri kepada dunia, ia menajdi telaga emas kepada peniaga di seluruh negara. Sesuatu yang percuma tetapi memberi nilai ringgit dan sen ke dalam kocek peniaga.”
Anonymous


Pada tahun 2003, saya pernah melibatkan diri dalam perniagaan jualan langsung dari Australia yang dibawa masuk ke negara ini. Saban minggu saya ke program pengenalan perniagaan ini dan membawa beberapa rakan untuk turut serta.

Suasana program yang diadakan di sebuah auditorium begitu memukau. Mereka mempunyai sistem bagaimana satu persatu mesej persuasif yang menjadikan seseorang dari tidak mahu kepada mahu menjadi sebahagian daripada mereka.

Salah satu elemen persuasif bagi mendapat jawapan ya daripada prospek yang datang adalah tayangan video mengenai organisasi itu. Ditambah lagi dengan tayangan video yang membawa angan-angan saudara seolah-olah akan terjadi pada esok hari.

Malam itu, lebih ramai mengisi borang dan menandatanganinya.

Seorang rakan yang pada asalnya tidak berminat dan jelas sekali datang bersama saya kerana terpaksa akhirnya berkata, ”Di mana borang pendaftaran. Saya berminat.”

Itulah penangan video jualan yang begitu memukau.

Perkara itu berlaku setiap minggu. Video yang sama dijamah oleh setiap prospek yang datang. Mereka keluar ke dewan dengan wajah berpuas hati, penuh semangat dan optimis apa yang dilihat pada skrin itulah yang akan berlaku pada diri mereka.

Kemudian, pengalaman singkat terlibat dengan sebuah badan penyiaran swasta bermula daripada sukarelawan dan bekerja secara sambilan memberi kefahaman kepada saya bagaimana sebuah video menjadi persuasif untuk tujuan jualan.

Kegilaan sebahagian daripada kakitangan di badan penyiaran swasta ini terhadap kewujudan siaran televisyen online atau web tv, eksperimentasi mereka terhadap perkhidmatan muat turun video percuma di internet dan percubaan menghasilkan video promosi produksi mereka ke dalam internet memberi saya pendedahan asas ini.

Di sini saya didedahkan dengan rahsia bagaimana sebuah penerbitan rancangan televisyen dihasilkan dengan mengubahsuai agar relevan dengan keperluan video jualan kita di YouTube.

Bermula daripada percubaan suka-suka, kini ia menjadi medium paling berpengaruh dan paling murah bagi memperkenalkan perkhidmatan dan produk yang saya jual, YouTube menjadi medium pemasaran yang menarik prospek pelanggan secara konsisten.

Selepas buku Internet Marketing untuk Bisnes Kecil ditulis, saya mendapati satu komponen penting dalam pemasaran perniagaan dan perkhidmatan perlu diceritakan bagi keperluan peniaga kecil di negara ini. Iaitu menggunakan video jualan bagi mempromosikan dan menjual barang dan perkhidmatan di internet.

Harapan saya adalah bagi memastikan keuntungan yang berganda kepada para pembaca khususnya dalam perniagaan apabila mempromosi video jualan melalui YouTube.

Rahsia video yang menjual terbongkar

Ya, elemen yang memukau ini perlu didedahkan kepada peniaga di seluruh negara sesegera mungkin. Pada masa sama ia perlu dihasilkan secepat mungkin.

Sebelum ini penggunaan video untuk memperkenalkan perniagaan dianggap sebagai sesuatu yang mahal. Pilihan ini dilupakan oleh kebanyakan peniaga kerana kos penyediaan yang tinggi.

Ramai menganggap dengan mengupah mereka yang terlibat dalam industri penerbitan video memungkinkan ia dilakukan.

Dari tahun ke tahun, anggapan ini menjadi semakin tidak relevan. Apabila kamera digital yang pertama kali dijual di pasaran pada harga empat angka kini menjadi tiga angka. Ditambah lagi dengan fungsi rakaman video pada kualiti imej yang baik, para peniaga kini dapat menjadikan video sebagai sumber pemasaran perniagaan mereka.

Timbul satu soalan, di mana rakaman itu perlu dipertontonkan kepada potensi pelanggan?

Internet membawa angan-angan peniaga menjadi benar

Ya, Internet membawa angan-angan peniaga mempromosi perniagaan mereka ke dalam bentuk audio dan video menjadi kenyataan.

Sesuatu yang dianggap mustahil kerana kosnya yang tinggi kini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Muat turun video ke dalam internet, kini video menjadi jurujual kepada peniaga.

Jurujual saudara adalah jurujual yang bekerja setiap jam dan setiap hari pada kos yang rendah. Mereka hidup dan bersedia bekerja untuk kita. Tetapi rumahnya kekal di dalam internet.

YouTube menjadi lubuk wang kepada peniaga kecil

Kelahiran laman video, YouTube menjadi berita baik kepada para peniaga di seluruh negara. Kita juga mendapat manfaatnya apabila YouTube memberi khidmat muat turun video secara percuma.

Dari masa ke semasa fungsi YouTube yang dinaiktaraf oleh pereka sistem mereka menjadikan video yang dipaparkan semakin relevan dan mudah dicari pelayar internet.

Buku YouTube Marketing untuk Bisnes Kecil memberikan pembaca kaedah cepat, mudah dan praktikal bagaimana menjadikan video yang dimuat turun ke dalam YouTube menjadi senjata rahsia bagi saudara menjana pendapatan daripada perniagaan sedia ada.

Video yang dimuat turun ke dalam YouTube kini memudahkan pengguna Google dan Yahoo menjumpai produk dan perkhidmatan yang saya tawarkan dalam Internet pada kos yang rendah.


Paparan carian Google menyenaraikan video yang dihasilkan tim kursusperniagaan.com. Klik imej bagi paparan lebih jelas.

Buku yang mudah difahami peniaga kecil

Saudara mungkin bimbang dengan lambakan buku-buku yang menceritakan mengenai perniagaan dan pemasaran di internet yang menggunakan perkataan-perkataan teknikal yang tidak difahami.

Buku YouTube Marketing untuk Bisnes Kecil menjadi pengalaman terbaik kepada pembaca mempelajari sesuatu yang bersifat teknikal kepada sesuatu yang mudah dilakukan dari asas.
Ditulis berasaskan pengalaman peniaga kecil

Buku ini ditulis oleh pengamalnya sendiri yang menjadikan Youtube sebagai lubuk rezeki bagi menjana rezeki melalui dunia tanpa sempadan bernama internet.

Tanpa latar belakang khusus dalam bidang pengkomputeran, teknologi maklumat dan internet, saudara dapat melakukannya untuk menjadikan bisnes berkembang ketika senang dan bertahan ketika gawat.

Sedikit masa diperlukan bagi membaca dan menjelajahi dunia Youtube sebagai telaga emas bagi perniagaan saudara. Apa yang paling penting ialah membaca dan mempraktikkan sedikit demi sedikit sehingga terhasil video jualan pertama.
Mencipta video jualan yang mencipta keuntungan berganda

Buku ini ditulis dari peniaga kepada peniaga. Tidak terlalu berteori dan dibebani dengan perkara-perkara yang tidak relevan kepada peniagaan saudara. Apa yang diperlukan maka itulah yang disampaikan secara santai tetapi praktikal.

Ini berdasarkan satu kata-kata yang pernah diberitahu kepada saya beberapa tahun lalu, “Orang berniaga tidak mahu mempelajari semua perkara sedalam-dalamnya. Apa yang mereka ingin tahu, apa yang paling mudah untuk dipelajari agar mereka boleh gunakan untuk memasarkan perniagaan secepat mungkin.”

Mengendalikan bengkel dan seminar pemasaran Internet untuk perniagaan kecil melalui laman web kursusperniagaan.com mendedahkan kami kepada kebenaran kata-kata ini.

Majoriti peserta terdiri daripada peniaga dan bakal peniaga menceritakan perkara yang sama.

Tambahan lagi ayat ini disebut oleh individu yang sudah lama terjun dalam dunia perniagaan dan kini menjadi perunding kepada peniaga kecil seluruh negara. Saya semakin yakin bahawa sebuah buku yang mudah dihadam ilmunya perlu ditulis segera dan dibaca.

Cepat, mudah dan praktikal untuk perniagaan saudara

Akhirnya buku YouTube Marketing untuk Bisnes Kecil ditulis dengan memegang tiga formula yang kami amalkan selama ini iaitu cepat, mudah dan praktikal.

Jika saudara memiliki perniagaan atau pun merancang memiliki perniagaan sendiri sama ada di atas premis sendiri mahu pun menjalankan perniagaan dari rumah, YouTube Marketing untuk Bisnes Kecil adalah bacaan wajib tahun ini bagi memperkembangkan bisnes saudara.



Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...