"Satu lagi video ujibakat lucu," kata sahabat saya apabila melihat video yang ditayangkan YouTube.
Saya senyum, kerana saya sudah menonton sebelum ini, melihat wajahnya sahaja orang ramai menjangka suara itik akan keluar dari mulutnya.
Beliau sendiri sudah menjangkakan pandangan sebegitu akan timbul dalam fikiran penonton. Katanya, "Modern society is too quick to judge people on their appearances. There is not much you can do about it; it is the way they think; it is the way they are. But maybe this could teach them a lesson, or set an example."
Kemudian peserta 47 tahun bernama Susan Boyle menunjukkan sesuatu yang menukarkan wajah cemik penonton kepada wajah yang teruja dan kagum.
Susan Boyle menjadi popular sekelip mata. Ditambah lagi rencah media, ia menjadikan kisah Susan Boyle begitu beremosi.
Tetapi dalam agenda media menjadikan cerita ini begitu menyentuh emosi, tidak dapat tidak kita katakan bahawa dalam cerita realiti Susan Boyle sendiri sememangnya beliau menerima penolakan berterusan kerana penampilan fizikal beliau.
Saya cuba melihat kembali siapakah Susan Boyle ini sehinggakan video beliau dimuat turun oleh rakan-rakan saya. Ceritanya agak menarik untuk dikongsi.
Ya, bakat Susan adalah nyanyian tetapi itu tidak berhenti setakat itu sahaja. Secara ringkas;
Beliau lahir dan disahkan perkembangan sejak peringkat kanak-kanak beliau berhadapan dengan kesukaran untuk belajar atau Learning Disorder. IQ dan kemampuan membaca, mengira dan menulis tidak berkembang seperti pelajar normal lain.
Di sekolah beliau sering dibuli dan digelar Susie Simple.
Tidak hanya bergantung kepada bakat dan minat, Susan pergi ke teater-teater bagi mendengar bagaimana persembahan nyanyian secara langsung dilakukan oleh penyanyi profesional.
Beliau membuat persembahan amal dan sukarela dengan bakat nyanyian beliau.
Kemudian beliau mendapatkan bimbingan mentor, Fred O'Neil sebagai jurulatih vokal dan menyertai Edinburgh Acting School.
Beliau pernah menyertai pertandingan bakat untuk rancangan Michael Barrymore's My Kind of People. Ia diadakan di kompleks membeli belah Olympia di Glasgow. Penyertaan beliau ditolak dan rakaman ujibakat menunjukkan sikap Michael Barrymore mempersenda Susan dengan ekspresi dan perbuatan gila-gilanya di hadapan ratusan pengunjung kompleks membeli-belah.
Menariknya, video tindakan Michael Barrymore pada tahun 1995 dimuat turun dalam YouTube dan selepas 14 tahun, tindakan Micheal dikritik oleh penonton seluruh dunia.
Susan menyertai Britain's Got Talent dan mengubah persepsi penonton bahawa wajah beliau tidak menentukan kualiti bakatnya. Persembahan beliau ditonton seramai 10 juta orang dan juga ditonton 2.5 juta penonton melalui YouTube.
Beliau meletakkan Elaine Page, seorang penyanyi professional sebagai tanda aras dan kualiti yang ingin dicapainya. Kejutan yang diberikan oleh dalam rancangan Britain's Got Talent menjadikan Elaine Page sendiri mahu berduet bersama Susan.
Beliau menjadi popular dalam sekelip mata dan menjadi contoh bagaimana dunia internet dapat meledakkan nama orang yang tidak dikenali dunia, tidak ada pakej penghibur dan seorang individu biasa berusia 47 tahun dari kampung kini dikenali ramai.
Susan Boyle dalam perjalanan hidup sehingga 47 tahun menunjukkan satu corak yang konsisten dalam pengurusan bakatnya.
Dalam apa jua industri, corak pengurusan bakat yang konsisten adalah satu perkara wajib untuk berjaya. Soalnya bilakah kejayaan besar itu akan berlaku?
Ia kekal tanpa jawapan tepat, tetapi ia pasti berlaku.

Reaksi Simon apabila mengetahui umur Susan 47 tahun (kiri) dan selepas mendengar suara Susan (kanan)
Sebelum persembahan, penonton mengerutkan wajah apabila Susan berkata beliau mahu menjadi seperti penyanyi professional seperti Elaine Paige.
Penonton ragu-ragu dan bersikap sinis apabila Susan berkata, "Saya mahu menjadi penghibur profesional."
Kemudian peserta 47 tahun bernama Susan Boyle menunjukkan sesuatu yang menukarkan wajah cemik penonton kepada wajah yang teruja dan kagum.
Susan Boyle menjadi popular sekelip mata. Ditambah lagi rencah media, ia menjadikan kisah Susan Boyle begitu beremosi.
Tetapi dalam agenda media menjadikan cerita ini begitu menyentuh emosi, tidak dapat tidak kita katakan bahawa dalam cerita realiti Susan Boyle sendiri sememangnya beliau menerima penolakan berterusan kerana penampilan fizikal beliau.
Saya cuba melihat kembali siapakah Susan Boyle ini sehinggakan video beliau dimuat turun oleh rakan-rakan saya. Ceritanya agak menarik untuk dikongsi.
Ya, bakat Susan adalah nyanyian tetapi itu tidak berhenti setakat itu sahaja. Secara ringkas;
Beliau lahir dan disahkan perkembangan sejak peringkat kanak-kanak beliau berhadapan dengan kesukaran untuk belajar atau Learning Disorder. IQ dan kemampuan membaca, mengira dan menulis tidak berkembang seperti pelajar normal lain.
Di sekolah beliau sering dibuli dan digelar Susie Simple.
Tidak hanya bergantung kepada bakat dan minat, Susan pergi ke teater-teater bagi mendengar bagaimana persembahan nyanyian secara langsung dilakukan oleh penyanyi profesional.
Beliau membuat persembahan amal dan sukarela dengan bakat nyanyian beliau.
Kemudian beliau mendapatkan bimbingan mentor, Fred O'Neil sebagai jurulatih vokal dan menyertai Edinburgh Acting School.
Beliau pernah menyertai pertandingan bakat untuk rancangan Michael Barrymore's My Kind of People. Ia diadakan di kompleks membeli belah Olympia di Glasgow. Penyertaan beliau ditolak dan rakaman ujibakat menunjukkan sikap Michael Barrymore mempersenda Susan dengan ekspresi dan perbuatan gila-gilanya di hadapan ratusan pengunjung kompleks membeli-belah.
Menariknya, video tindakan Michael Barrymore pada tahun 1995 dimuat turun dalam YouTube dan selepas 14 tahun, tindakan Micheal dikritik oleh penonton seluruh dunia.
Susan menyertai Britain's Got Talent dan mengubah persepsi penonton bahawa wajah beliau tidak menentukan kualiti bakatnya. Persembahan beliau ditonton seramai 10 juta orang dan juga ditonton 2.5 juta penonton melalui YouTube.
Beliau meletakkan Elaine Page, seorang penyanyi professional sebagai tanda aras dan kualiti yang ingin dicapainya. Kejutan yang diberikan oleh dalam rancangan Britain's Got Talent menjadikan Elaine Page sendiri mahu berduet bersama Susan.
Beliau menjadi popular dalam sekelip mata dan menjadi contoh bagaimana dunia internet dapat meledakkan nama orang yang tidak dikenali dunia, tidak ada pakej penghibur dan seorang individu biasa berusia 47 tahun dari kampung kini dikenali ramai.
Susan Boyle dalam perjalanan hidup sehingga 47 tahun menunjukkan satu corak yang konsisten dalam pengurusan bakatnya.
- Beliau kenalpasti bakatnya secara jelas.
- Beliau bermula belajar mengembangkan bakat dengan melihat orang lain
- Beliau terlibat dalam persembahan sukarela dan amal
- Beliau mencari mentor
- Beliau meletakkan tanda aras kualiti pada seseorang yang sudah berada dalam bidang
- Beliau tidak cepat jauh diri dan degil terhadap penolakan. Setiap penolakan menjadi sebab peningkatan kerja keras Susan meningkatkan kualiti suaranya.
- Beliau tidak bergantung kepada bakat semata-mata sebaliknya mengurus bakat dengan keperluan yang betul.
Dalam apa jua industri, corak pengurusan bakat yang konsisten adalah satu perkara wajib untuk berjaya. Soalnya bilakah kejayaan besar itu akan berlaku?
Ia kekal tanpa jawapan tepat, tetapi ia pasti berlaku.
Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.
Ulasan
Ariyatna Adri