Khamis, Mei 14, 2009

Kalau ikutkan hati banyak buku yang ingin dibeli

"Saya senaraikan di sini buku-buku yang telah saya beli pada hari ini. Kalau ikutkan hati banyak buku yang ingin dibeli tetapi bajet tidak cukup pula. Insya Allah, apabila sudah ada pendapatan boleh membeli lagi."

Dalam sebelas buku yang dibeli, salah satunya Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah.

"Sebagai penutup hayati kata-kata daripada Thomas Macaulay, I would rather be a poor man in a garret with plenty of books than a king who did not love reading"

Baca lagi di sini.

Mengenai buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah.

Ada yang mengatakan perkahwinan ibarat pertaruhan. Ada pula yang mengatakan perkahwinan ibarat percaturan. Tidak kurang pula yang memberikan definisi perkahwinan sebagai perkongsian hidup dua hati yang berasal daripada dua keluarga yang berbeza segalanya.

Walau apapun definisi perkahwinan mengikut takrifan individu, namun Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah, menyingkap petua-petua cinta abadi alam perkahwinan, pengalaman sebenar, tip-tip berguna serta amalan doa-doa tertentu dalam mengemudi bahtera perkahwinan supaya kekal hingga ke akhir hayat.




Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

0 Respons:

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates