Khamis, Mei 14, 2009

Kata Puan Intan Suzana, cerita bengkel penulisan

Saya diizinkan Allah untuk menghadiri sebuah majlis ilmu yang dikelolakan oleh penulis 7 buku, saudara Zamri Mohamad. Bengkel Sehari Penulisan ini diadakan di UIA, semalam.

Tujuan saya yang baru sahaja kembali serius menulis ini ialah untuk mengetahui selok belok menulis untuk majalah dan akhbar. Bengkel penulisan ini amat baik sekali.

Penceramah sememangnya pakar dalam apa yang diperkatakan dan saya amat bersyukur ditemukan dengan mereka.

Saya juga dapat bertemu dan berkenalan dengan bakal-bakal penulis dari serata Malaysia. Insyallah, saya akan aplikasikan apa yang saya pelajari sebaik mungkin.

Kalau anda berminat mengetahui cara buat duit melalui penulisan majalah, saya galakkan anda hadiri bengkel ini. Kalau tidak minat buat duit tapi mahu tahu proses kerja penulis bebas termasuk cara menjana idea, ini juga sesuai untuk anda.

Baca lagi di sini



Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

0 Respons:

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates