Khamis, Mei 14, 2009

Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah itu menarik minat ibu dan kakak saya


Komentar positif Cik Puan Azzah mengenai buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah ketika Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009. Petikan daripada Tuan Imran Yusof, penulis bersama buku ini.

Salah seorang pengunjung gerai PTS, Cik Azzah Abdul Rahman, telah bergambar dengan saya bersama-sama buku terjemahan saya, The Art of Closing the Sale, karya Brian Tracy. Beliau juga telah berpeluang membaca buku 'Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah' dan antara komen beliau mengenai buku itu ialah: "Untuk pengetahuan Encik Imran, buku Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah itu menarik minat ibu dan kakak saya, sehingga ibu meminjam buku itu dari saya dan kakak pula membelinya..."

Terima kasih kepada semua pembaca Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah, positif sekali komentarnya. Ada cadangan? Layangkan kepada kami di bahagian komen.



Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

0 Respons:

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates