Khamis, April 09, 2009

Sistem Jom SMS memudahkan kita menghubungi pelanggan


Ketika saya menulis entri ini, saya baru sahaja menggunakan dan mencuba-cuba satu perisian baru Jom SMS. Ini bagi memudahkan saya menghantar sms berkenaan e-mel seminar dan kursus yang saya kendalikan. Setakat ini dengan ratusan nombor peserta seminar pemasaran internet dan berpuluh nombor peserta bengkel penulis bebas, perkhidmatan ini memudahkan saya.

Biasanya saya akan gunakan dalam tiga keadaan.

  • Pertama: Memaklumkan peserta borang pendaftaran mereka telah diproses. Ini akan mendorong mereka menyemak e-mel.
  • Kedua: Memaklumkan tarikh program beberapa hari sebelum.
  • Ketiga: Ucapan terima kasih selepas program kepada para peserta

Dalam keadaan tertentu, jika ada informasi seperti seminar setengah hari dan seumpamanya, peserta sedia ada dapat dimaklumkan. Sistem ini dapat menghantar kepada 500 nombor serentak.

Saya sudah mencuba sistem ini dan berpuas hati kerana tiga perkara.

  • Sistem yang mesra pengguna
  • SMS yang dihantar tiba
  • Privasi pada nombor telefon saya. Mereka yang mendapat sms saya berkenaan seminar dan kursus akan mendapatnya dari sistem Infokursus yang merupakan ganti kepada nombor tersebut.

Jadi pada mereka yang berminat mahu mencuba. Pakej serendah RM25 sehingga RM65. Jadi bolehlah bereksperimentasi dengan produk ini. Buat pengetahuan, ini adalah salah satu produk yang menjadi kes studi dalam buku terbaru saya dan Izwan Wahab berjudul, Internet Marketing untuk Bisnes Kecil.

Berkenaan produk Jom SMS klik di sini






Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

1 Respons:

catzer berkata...

Akupun plan nak test lah sistem sms ni..menarik tp itulah tak berkesempatan nak acu cuba test. :)

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates