Sabtu, April 11, 2009

Kursus Penulisan di Universiti Multimedia berjaya

Praktikal bagi melihat hasil penulisan yang menjadi sepenuhnya karya asli peserta.
Wakil Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka.
Latihan adaptasi teks bagi mengelak daripada melanggar undang-undang hakcipta.
Peserta menjalankan latihan penulisan persuasif.
Selepas tamat program, peserta dari Tampin, pensyarah dari Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka dan peserta berbangsa Cina dari UTEM
Mendengar kesimpulan akhir. Peserta dari Putrajaya, wakil biro Harakah, MMU dan UTEM.

Alhamdulillah, kursus penulisan di Universiti Multimedia, Bukit Beruang, Melaka berjaya dikendalikan. Para peserta dari beberapa negeri sekitar semenanjung berkampung di sini bagi mempelajari kaedah Penulis, Penulisan dan Pemasaran rencana untuk akhbar dan majalah. Pastinya teori dan praktikal digandingkan bersama dalam bengkel ini.

Menariknya, peserta yang datang dari Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka yang dahulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka, peserta dari Tampin, Selangor dan Putrajaya juga bersama-sama membina rangkaian sesama mereka di sini. Tidak dilupakan penyertaan pelajar dari Universiti Multimedia sendiri.

Program ini diinisiatif oleh Cik Suraya yang bertindak menjadi pengarah program ini. Moga-moga harapan dan kemahuan yang mendalam para peserta dapati diterjemah dalam hasil penulisan yang dapat mengubah masyarakat dalam acuan terbaik.

Tidak dilupakan kehadiran wartawan Harakahdaily biro negeri yang hadir sebagai peserta, ada beberapa tip dan ilmu yang baik dapat dipelajari daripada beliau.

Ini adalah kali pertama saya mengendalikan bengkel penulisan yang dihadiri oleh para pelajar berbangsa Cina sekitar lima orang keseluruhan. Mereka menunjukkan semangat penglibatan yang tinggi dan positif sepanjang program ini. Moga-moga karya mereka dapat dibaca dan mempengaruhi masyarakat dengan kuasa magnetik yang positif.

Apa jangkaan saya untuk program ini?

Pastinya setidak-tidaknya sebuah rencana tersiar sebelum hujung tahun 2009.

Catatan e-mel peserta

Saya Abdul Salam Bin Mohamed Ibrahim, salah seorang peserta Bengkel Penulisan Bebas MMU April 2009 ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada saudara atas curahan ilmu, maklumat dan info bagaimana untuk menjadi Penulis Bebas. Insya Allah segala yang saudara bimbing akan dimanfaatkan semaksima mungkin. Mudah-mudahan saudara mendapat keberkatan daripada Yang Maha Esa. Amin.

Harapan saya agar saudara akan terus memberi bimbingan dan tunjukajar kepada kami supaya cita-cita untuk menjadi seorang Penulis Bebas akan dapat direalisasikan. Amin.

Daripada:

Abdul Salam Bin Mohamed Ibrahim
Pensyarah
Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka

-----

Saya berazam untuk menyiapkan sekurang-kurangnya sebuah rencana dalam masa terdekat ini, dengan Izin-Nya.

Semoga kita berhubung lagi di hari akan datang, baik sebagai kenalan atau seorang penulis yang berjaya.

Sekian, wassalamu.

Mubiin Kimura
Pelajar Ijazah Tahun Ketiga di Universiti Multimedia, Melaka.

----


Terima kasih diucapkan atas isi bengkel yang disampaikan pada hari Sabtu yang lepas. Alhamdulillah, banyak yang telah saya perolehi daripada bengkel ini.

Nur Amirah Ishak
Alpha
Information Technology
University Multimedia (Melaka Campus)



Nota: Program penulisan rencana kendalian saudara Zamri Mohamad melibatkan organisasi kerajaan dan swasta kini diadakan dengan kerjasama Akademi Penulis. Klik di sini bagi maklumat lanjut.

Nota: Program sehari Penulis Bebas akan diadakan pada 30 Mei 2009, klik di sini bagi turut serta

Gambar program dari lensa peribadi dan blog Cik Siti Suraya


Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

0 Respons:

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates