Langkau ke kandungan utama

Sepanjang kursus penulisan rencana akhabr dan majalah di IAB










Puan Som Shariff dari Institut Aminudin Baki (IAB) Utara mengikuti beberapa siri penulisan rencana saya sebelum ini. Beliau memaklumkan kepada saya selepas bengkel tiga hari di IAB. Pastinya bertemu Puan menjadi satu penghormatan besar kepada diri saya.

Terima kasih atas doa Puan agar Allah terus mempermudahkan ruang rezeki berkarya dan membimbing mereka yang mahu memenuhi impian menghasilkan karya pada satu ketika nanti. Saya juga harapkan agar mendapat ruang dan peluang membaca karya-karya Puan dalam terbitan arus perdanan kelak, Insya Allah.
Tuan Yahya adalah pensyarah bahagian kewangan di IAB, Genting. Merupakan individu yang sangat aktif dan mempunyai besar dalam dunia pembacaan. Beliau juga menggalakkan anak-anak membaca. Antara karya yang menjadi koleksi untuk bacaan anak-anaknya ialah siri sejarah pahlawan Islam karya Tuan Abdul Latip atau Pak Latip dan siri sahabat Kole Kacang, tulisan allahyarham Ahmad Zafran atau Panaharjuna.

Puan C.S Quah salah seorang peserta yang aktif sepanjang tiga hari di IAB.
Sebelum program bermula


Petikan Akademi Penulis

Bengkel Penulisan Berita & Rencana IAB Berakhir Dengan Jayanya
April 2, 2009 by Fauzul Naim Ishak
Filed under Dari Pejabat Akademi, Utama

Alhamdulillah, hari ini pihak Akademi Penulis berjaya menyelesaikan satu lagi misi penting iaitu melatih kumpulan individu mengenali penulisan berita dan rencana.

Selama 3 hari kami mengendalikan Bengkel Penulisan Berita & Rencana anjuran Institut Aminuddin Baki. Seramai 19 orang peserta dari kalangan para pensyarah IAB (kampus induk dan utara) dan para guru dilatih dengan ilmu-ilmu terbaru dunia penulisan berita dan rencana.

Bengkel kendalian En. Fauzul Na’im Ishak (mentor utama Akademi Penulis) dan En. Zamri Mohamad (mentor Akademi Penulis) memberikan input segar dan menarik kepada pesertanya. Konsep berita dan rencana, kenali pasaran, bedah siasat industri adalah antara input dalam modul kendalian mereka selama 3 hari ini. InsyaAllah semakin ramai penulis baru dilahirkan hasil penjelajahan penuh berilmu ini.

Terima kasih kepada Institut Aminuddin Baki atas ruang dan peluang yang diberikan kepada pihak Akademi Penulis bagi berkongsi ilmu kepada para peserta. Kepada peserta bengkel, teruskan iltizam dalam menghasilkan karya berkualiti untuk ummah.

Terima kasih semua.


Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Ulasan

ABDUL LATIP berkata…
Assalamualaikum,

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Yahya kerana menjadikan novel sejarah Islam sebagai salah satu bahan bacaan untuk anak-anak. Semoga bermanfaat.

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan ...