Langkau ke kandungan utama

Raja Nazrin, titah, penulis politik dan Pesta Buku

Nota: Terima kasih kepada Tuan dan Puan yang meluangkan masa ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2009. Insya Allah, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010, penulis akan terus berkarya, menghasilkan lebih banyak buku yang bermutu sebagai mendukung usaha menambahkan lebih banyak judul dalam bahasa ibunda. Mohon doa para pembaca, tuan dan puan agar saya diberi kesihatan, kelapangan dan kekuatan dalam berkarya.

Ikuti catatan di bawah.

Klik imej untuk membaca kenyataan di Radio 24 dan BERNAMA.com



Petikan berita audio Radio 24 pada 22 April 2009

Berita Radio24
Informasi BeritaTerkini


Penerbit dan Penulis Buku Beranggapan Budaya Penulisan Politik Tidak Mampu Berkembang
22 April -- Penerbit dan penulis buku beranggapan budaya penulisan politik yang hanya memburukkan individu tertentu tidak mampu berkembang melalui penulisan buku.

Ini kerana penulisan sedemikian tidak menepati kehendak industri buku.

Penulis novel dan juga pengasas KarnaDya Solutions Sdn Bhd Aina Emir berkata, buku politik ada peminatnya sendiri tetapi hanya terdiri sebahagian kecil daripada masyarakat hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tentang kebimbangan yang diluahkan Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah terhadap trend penulis buku di negara ini yang lebih gemar menghasilkan buku politik memburuk-burukkan individu tertentu.

Sementara itu, jurulatih Penulisan Pemasaran Internet Zamri Mohamad berkata, setiap buku ada pengikutnya sendiri dan penulisan buku politik hanya mampu menarik sebahagian golongan minoriti dalam masyarakat.

Beliau berkata penulis bebas di negara ini belum mendapat pengiktirafan daripada masyarakat kerana ia belum dianggap sebagai satu kerjaya yang profesional.

Zamri berkata penulis bebas sepatutnya banyak bekerjasama dengan penerbit dan pengedar untuk mengetahui kehendak pasaran bukan menulis sekadar hobi untuk kepentingan sendiri.

Semalam, Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah bertitah Trend menerbitkan buku-buku politik yang memburukkan individu tertentu akan membina satu budaya penulisan yang tidak sihat seperti budaya penulisan yang menyuburkan budaya fitnah, budaya penulisan kurang beretika yang sanggup mengetepikan fakta, dan budaya penulisan yang akan membawa pengaruh negatif dalam perkembangan minda warga.

Seterusnya, ia akan merugikan bangsa dalam jangka masa panjang berbanding dengan apa juga keuntungan singkat yang bermotifkan matlamat sempit kumpulan atau individu tertentu.



-- BERITA24

Rujukan di sini klik

Selepas Raja Nazrin menyampaikan titah ketika pelancaran buku terjemahan terbaru, Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM), para wartawan mula berjalan-jalan di sekitar gerai jualan buku di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009.

Mereka mencari penulis-penulis bagi memberi komen terhadap kecenderungan penulis buku politik yang memburuk-burukkan sesetengah individu dalam karyanya.

Wartawan bernama Cik Puan Intan mengajukan soalan yang sama kepada saya. Kemudian saya dihubungi Tuan Yusoff dari Berita Harian yang membawa bersama soalan yang berkaitan. Tidak lama kemudian Sinar Harian pula.

Tiga media bertanyakan soalan yang sama, "Apakah komen saudara berkenaan titah Raja Nazrin mengenai isu ini?"

Saya tertanya-tanya.

Kenapa saya?


Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...