Langkau ke kandungan utama

Kemunculan Ro.botys di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009/10

Izwan Wahab atau dikenali sebagai Ro.botys
Bertemu alumni kursusperniagaan.com Terima kasih atas sokongan.
26 buah buku ditempah pada jam 10.00 pagi. Kakitangan PTS perlu menambah stok selepas itu.
Saudara Izwan memberi autograf bagi setiap buah buku di atas meja.

Nota: Terima kasih kepada Tuan dan Puan yang meluangkan masa ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2009. Insya Allah, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010, penulis akan terus berkarya, menghasilkan lebih banyak buku yang bermutu sebagai mendukung usaha menambahkan lebih banyak judul dalam bahasa ibunda. Mohon doa para pembaca, tuan dan puan agar saya diberi kesihatan, kelapangan dan kekuatan dalam berkarya.

Ikuti catatan di bawah.

Peserta seminar dari Putrajaya.



Kemunculan Izwan Wahab atau Ro.botys mungkin ditunggu-tunggu oleh sebahagian generasi awal pemasar di internet. Pada 2006 beliau aktif dengan aktiviti di internet melibatkan e-book dan kajian beliau berkenaan penipuan di internet, khususnya skim cepat kaya.

Ro.botys hilang secara tiba-tiba sejak dua tahun kebelakangan ini dari dunia internet. Sehinggalah beliau muncul kembali dengan buku Internet Marketing untuk Bisnes Kecil yang dilancarkan di PWTC.

Sepanjang dua tahun lalu, beliau memfokuskan kepada beberapa elemen baru dalam dunia internet antaranya SE0 Search Engine Optimization dan Google Adwords. Kali ini dengan beberapa tip terbaru, beliau berkongsi kepada para peserta di seminar pemasaran internet di PWTC pada 23 April lalu.

Malah, pendedahan lebih mendalam kepada peniaga kecil melalui seminar dan bengkel amali anjuran kursusperniagaan.com


Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...