Langkau ke kandungan utama

Geng Genius dan kenangan lama

Nota: Terima kasih kepada Tuan dan Puan yang meluangkan masa ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2009. Insya Allah, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010, penulis akan terus berkarya, menghasilkan lebih banyak buku yang bermutu sebagai mendukung usaha menambahkan lebih banyak judul dalam bahasa ibunda. Mohon doa para pembaca, tuan dan puan agar saya diberi kesihatan, kelapangan dan kekuatan dalam berkarya.

Ikuti catatan di bawah.

Karikatur Luqman kepada pelajar sekolah. Foto: Tuan Faris

Saya sudah lama tidak melukis, dahulu saya melukis untuk seseorang. Dihitung masa, sudah 12 tahun lamanya, tangan sudah keras, lukisan pasti buruk, melainkan buku Mengurus Konflik Cara Gaya Streetsmart dan Mempengaruhi Cara Streetsmart, saya cuma membuat lakaran sahaja dan dibantu oleh ilustrator professional.

Dahulu saya lukis dan hadiahkan kepadanya, kartun tiga panel dan sebuah siri kartun si anak cacat yang penuh motivasi. Begitu bersemangat saya melukis di meja makan, satu persatu dilakar dan pemadam menghilangkan garis-garis lukisan yang dibuat secara kasar.

Itu pertama dan terakhir saya hadiahkan lukisan pada seseorang.

Tamat cerita.



Dalam sesi bersama penulis Geng Genius: Misteri Luqman, saya melukis semula apabila melihat wajah para pelajar sekolah rendah di hadapan meja. Cuma saya tersilap langkah, sepatutnya saya memberi lukisan karikatur kepada pembeli.

Nampaknya kerana seorang sudah mendapat hasil lukisan tersebut, semua mahu.

Aduhai, kejang jari jemari. Tetapi para pelajar sekolah ini memberi saya kekuatan untuk melakar kembali imej-imej yang memberi kegembiraan pada saya 12 tahun lalu.

Saya kembali melukis dan hadiahkan kembali kepada para sekolah yang istimewa. Mereka bagaikan diri saya ketika saya mula melukis dahulu.


Pada masa sama, bertemu dua orang Luqman yang mahukan tandatangan pada novel Geng Genius: Misteri Luqman membuat saya tersenyum. Satu Luqman dari sekolah rendah dan seorang lagi dari sekolah menengah.

Saya berbicara dengan seorang sahabat di YM yang baru selesai mengemas rumah. Saya bilang padanya, "Mungkin kombinasi 3M saya sudah terangkum kembali. Menulis, melukis dan merapu."

Senyum sendiri.


Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...