Langkau ke kandungan utama

Gelagat memilih buku di Pesta Buku

Nota: Terima kasih kepada Tuan dan Puan yang meluangkan masa ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2009. Insya Allah, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010, penulis akan terus berkarya, menghasilkan lebih banyak buku yang bermutu sebagai mendukung usaha menambahkan lebih banyak judul dalam bahasa ibunda. Mohon doa para pembaca, tuan dan puan agar saya diberi kesihatan, kelapangan dan kekuatan dalam berkarya.

Ikuti catatan di bawah.

Sedang memberi penerangan buku Internet Marketing untuk Bisnes Kecil


Ada beberapa cara bagaimana pengunjung membuat keputusan membeli buku di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009.

Saya berdiri di hadapan meja yang mempamerkan buku-buku terbaru. Berhampiran dengan kaunter, para petugas sibuk membantu mengira harga buku untuk pembayaran.

Hampir seorang lelaki dan meletakkan buku berjudul Internet Marketing untuk Bisnes Kecil.

Soalnya, "Buku ini mengenai apa?"

Saya terangkan satu persatu. Dari skrip jualan, membina web sehinggalah carian di Google. Pengunjung ini tidak membelek buku yang dipegangnya tadi. Diserahkan bulat-bulat kepada saya menerangkannya.

Hampir lima belas minit berlalu. Saya selesai bercakap, beliau mengangkat kembali buku tersebut dan menuju ke kaunter membuat pembayaran.

Product Knowledge atau pengetahuan tentang produk adalah penting bagi menerangkan apakah buku yang dihasilkan.

Ketika mana saya menerangkan kepada beliau, sekurang-kurangnya dua orang lain akan pasang telinga mendengar. Dari dua orang yang mendengar, setidak-tidaknya seorang lagi akan membeli buku Internet Marketing untuk Bisnes Kecil.

Saya dan beberapa rakan penulis duduk di satu sudut melihat gelagat orang membeli. Jangkaan kasar kami mengatakan mereka yang membaca blurp hadapan, blurp pada kulit buku dan membelek prakata kemudian membaca secara rambang bab-bab dalam buku, Potensi membeli buku itu adalah sekitar 80 peratus.

Ada sebahagian hanya membelek-belek secara kasar, sekadar menggerak-gerakkan lembaran kertas, ibarat mahu berhenti pada bab-bab yang menarik, potensi membeli adalah sekitar 50 peratus.

Bagi mereka yang telah membeli sebelum ini, mereka akan datang ke gerai buku PTS dan membawa seorang dua rakan. Jika suami yang datang melihat-lihat pada hari awal, akan datang membawa isteri dan anak.

Ada juga yang bertanya kepada penulis, "Saudara dari mana?"

Saya jawab, "Saya dari Melaka."

Rupa-rupanya di hadapan saya adalah kumpulan wakil perpustakaan dari Melaka, mereka sedang membuat senarai pembelian buku.

"Mana buku-buku saudara, saya mahu," diserahkan pada pegawai lebih muda untuk mencatat.

"Ini pula untuk saya," katanya dan autograf diberi.



Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...