Langkau ke kandungan utama

Enam buah buku terbaru perniagaan internet di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009

Enam buah buku terbaru perniagaan internet di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di gerai buku PTS, ruang legar bawah PWTC bermula 17 April - 26 April 2009

Internet Marketing Untuk Bisnes Kecil
Zamri Mohamad,Izwan Wahab,
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Permintaan terhadap internet meningkat meskipun seluruh dunia mengalami krisis ekonomi. Semua usahawan mula menyedari betapa pentingnya kemampuan internet dalam memasarkan produk dan perkhidmatan mereka. Semakin tinggi penggunaan internet semakin tinggi peluang bisnes anda berkembang.

Pelajari langkah dan teknik pemasaran internet yang berkesan bagi menarik perhatian pengguna. Lengkap dengan kajian minisite-minisite di Malaysia dimana anda dapat menggunakan formula kejayaan yang digunakan oleh mereka. Ambil formula dan ubah ikut acuan kita.

Turut diterangkan langkah demi langkah membina minisite yang menjual dengan perisian percuma. Pelajari formula bagaimana hendak mereka kata kunci yang berkesan dan efektif.

Isi kandungan

Penghargaan

Prakata:
Dari skeptik kepada pemasar di Internet.

Bahagian 1

Bab 1: Perniagaan kecil hilang pelanggan setiap hari.
Bab 2: Laman web mini dan skrip jualan.
Bab 3: Empat maklumat carian pelanggan.
Bab 4: Mudahkan pelanggan menghubungi.

Bahagian 2

Bab 5: Tarik, saring, hantar dan dorong pelanggan.
Bab 6: 22 pendahuluan skrip jualan persuasif.
Bab 7: Skrip jualan magnetik.
Bab 8: Tonjolkan dan huraikan secara berasingan.
Bab 9: Gunakan sistem bullet.
Bab 10: Testimonial yang baik dan yang buruk.
Bab 11: Menaikkan tumpuan pelanggan.

Bahagian 3

Bab 12: Membina laman web yang menjual.
Bab 13: Asas reka grafik laman web jualan.

Bahagian 4

Bab 14: SEO bagi kadar trafik yang tinggi.
Bab 15: Teknik SEO offpage mengumpan pelanggan.
Bab 16: Kajian Katakunci bagi optimisasi laman web.


Sistem Kedai Online dengan Zencart
Sabri Hassan Assa’ari @ Sabri SaifulSham, Wan Mohd Syazwan Wan Sukri @ Syazwan SaifulSham
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Bisnes internet semakin mula diceburi oleh para usahawan Malaysia. Walaupun hanya secara kecil-kecilan, pendapatan mereka lumayan dan bisnes mereka sentiasa berkembang. Kedai online dengan Zen Cart adalah sistem terbaik bagi memperkembangkan bisnes ke seluruh dunia.

Buku ini menerangkan tiga kompenon utama bagi berjaya dalam membina dan mengurus kedai online:

Potensi produk
Mendapatkan produk
Membina dan mengurus kedai online

Ketiga-tiga komponen ini digabungkan menjadi satu sistem yang mampu membantu sesiapa sahaja membina kedai online walaupun tiada asas kemahiran teknikal. Langkah-langkah yang diterangkan juga memudahkan anda menggunakan fungsi-fungsi Zen Cart tanpa sebarang kekeliruan.


Internet Marketing dengan Facebook, Myspace dan Twitter
Ahmad Fadzli Fauzi,Hanifah Sazali,
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

“Sebelum ini, ia dianggap aktiviti yang tidak mendatangkan faedah. Kini ramai yang mula sedar kehebatannya sebagai medium terbaik internet marketing.”

Facebook, Myspace dan Twitter adalah laman web social networking yang merangkumi pelbagai peringkat komunikasi. Ia menekankan kepada kerjasama online dan perkongsian antara pengguna. Rangkaian sosial ini adalah medium yang mampu memasarkan bisnes anda ke satu tahap yang menguntungkan.

Lengkap dengan penerangan bagaimana ingin menyertai laman web social networking ini. Turut diterangkan secara terperinci, teknik dan strategi pemasaran yang efektif. Miliki buku ini kerana ia adalah rujukan terbaik bagi anda mempertingkatkan bisnes internet anda.

Buat Duit dengan Affiliate
Azahar Abdul Rahman,
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Melalui program affiliate, kita bertindak sebagai jurujual siber kepada produk-produk yang terdapat di internet. Kita boleh memilih sebanyak mana program yang ingin disertai serta produk yang ingin dijual kepada bakal pelanggan di seluruh dunia.

Kita tidak perlu berjumpa dengan pelanggan, membimbit katalog, serta bercakap tanpa henti dan tidak perlu bijak berkata-kata bagi melariskan jualan. Kita juga tidak perlu menyimpan stok bagi produk yang kita ingin dijual.

Kita hanya perlu melakukan promosi dan jualan dari rumah dengan penuh keselesaan tanpa berkejar-kejar mencari pelanggan dan bermesyuarat sehingga larut malam. Kita juga tidak perlu menganjurkan seminar bisnes bagi mencari orang bawahan (downline) bagi kembangkan bisnes kita.

Program ini juga sesuai bagi suri rumah yang berminat menambahkan pendapatan tetapi tidak mempunyai kesempatan atau masa bagi melakukannya di luar rumah.

Dalam internet, terdapat banyak program affiliate yang boleh disertai dengan mudah bagi menjana pendapatan secepat mungkin.

Buku ini menerangkan beberapa contoh program affiliate yang boleh disertai sebagai permulaan dan kemudian, kita boleh menceburi program-program lain yang lebih maju.
Setiap program mempunyai kaedah tersendiri dalam membayar komisen kepada peserta affiliate.

Apa yang perlu diketahui adalah jumlah peratusan komisen yang diberikan kepada kita selepas berjaya membuat jualan dan bagaimana wang komisen itu sampai kepada kita.

Bisnes Internet: Bina.Upload.Urus
Azahar Abdul Rahman,Mohd Amirol Zolkifli,
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.


“Dapatkan rahsia bagaimana anda boleh membangunkan bisnes Internet dalam tempoh 24 sahaja”

Adakah anda berminat menjana pendapatan melalui internet?
Adakah membina laman web bisnes masalah kepada anda?
Adakah kita pernah menghadiri kursus bisnes internet tetapi masih kabur tentangnya?

Melalui buku ini, anda didedahkan dengan panduan lengkap bagaimana hendak memulakan bisnes internet.

Di samping itu, turut diterangkan sistem-sistem yang diperlukan bagi membolehkan kita berurus niaga melalui internet. Ia memberi jawapan yang membolehkan anda mengatasi masalah yang berkaitan dalam memulakan bisnes internet.

Tekun dan berdisiplin adalah faktor utama bagi berjaya dalam bisnes internet. Internet membuka ruang kepada kita bagi mempromosikan produk ke peringkat global tanpa mengeluarkan modal yang banyak. Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis dalam menjayakan bisnes internet.

Buat Duit dengan Blog
Yazid Yahya
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Ramai yang berjaya membina nama dan menjana pendapatan dengan blog. Ada yang mencecah ribuan ringgit sebulan dengan hanya meletakkan link affiliate, iklan dan google adsense di blog mereka. Para usahawan juga berjaya memajukan bisnes dengan hanya menggunakan blog sebagai alat pemasaran mereka.

Blog adalah jurnal maya yang kerap dikemas kini dan disebarkan bagi bacaan umum sebaik sahaja ia disiarkan. Semua orang bebas memiliki dan menjana pendapatan melalui blog. Melalui buku ini pembaca didedahkan dengan:
Perkara asas dalam Blog
Blog vs Laman Web
Teknik menghasilkan blog
Sumber utama wang
Strategi buat duit melalui blog

Turut dibongkar, teknik mendapatkan komisen melalui iklan di blog dengan cara mudah dan cepat.




Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...