Langkau ke kandungan utama

Bengkel blog untuk penulis, peniaga dan sesiapa sahaja!


Kepada Rakan Niaga dan Blogger,

Tarikh: 28 March 2008 (Sabtu)
Masa: 8.00 am - 5.00 pm
Lokasi: JTC, Bandar Tasik Selatan,KL (Maklumat Lokasi)
Yuran: RM290 Beserta Makan Minum, Laptop Disediakan

Kajian terkini menunjukkan hampir satu per tiga masyarakat Malaysia telahpun memiliki laman web peribadi atau perniagaan mereka sendiri. Ini berikutan dengan terciptanya gelombang "blogger" dan "perniagaan internet" yang membawa minda rakyat Malaysia untuk berkongsi pemikiran mereka dari segi pandangan peribadi, isu semasa dan juga perniagaan bersama rakan maya yang lain.

Pernahkah anda mendengar tentang "WordPress"? Suatu ketika dulu WordPress selalu di bandingkan dengan penyedia blog percuma blogspot.

Namun sejak setahun yang lepas WordPress telah meninggalkan blogspot jauh ke hadapan. Kini, WordPress mampu bersaing dengan penyedia sistem laman web (Content Management System) seperti Joomla, Mambo, Drupal dan pelbagai lagi jenis CMS.

Meskipun ramai yang masih memandang rendah terhadap keupayaan WordPress, saya telah membina lebih 300 blog dan pelbagai jenis model laman web yang lain dengan mengoptimasi theme dan plugin yang sesuai menggunakan sistem WordPress sejak 3 tahun yang lepas.

Dengan pengalaman hampir 3 tahun dalam melakukan perniagaan dan pemasaran secara online dimana beliau aktif menawarkan perniagaan B2B kepada rakan niaga yang lain. Dalam masa yang sama beliau juga turut terlibat dalam memasarkan pelbagai produk berbetuk digital dan juga fizikal.

Maklumat lanjut klik di sini


Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Thanks beb sbb tolong promosikan bengkel aku ni :)

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan ...