Selasa, Mac 24, 2009

Bagaikan Khadijah di Hati Rasullulah jadi hadiah ayah sempena ulangtahun perkahwinan


Komen Puan Noraini Ammran dalam blognya di sini. Teks dipetik semula daripada dua entri dengan sedikit perubahan.

Menggunakan pangkat sebagai tangkal kebahagiaan adalah toksik kebahagiaan itu sendiri.

"Saya sudah kata, buku ni memang menarik.

Saya tidak tahu mahu gambarkan kerugiannya jika anda semua tidak memilikinya.

Ada sebuah buku yang saya anggap sebagai hadiah sempena ulangtahun perkahwinan yang pertama. Sangat berguna dan sesuai untuk kami suami isteri.

Saya menyarankan kepada sesiapa saja harus memiliki buku ini.

Pelbagai tips berguna untuk memiliki kasih sayang dan cinta dari suami.

Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah.

Apabila saya selesai membacanya, saya tiba-tiba sedar dan insaf. Betapa saya ini tidak sempurna untuk menjadi Khadijah di hati suami saya..

Saya tiba-tiba rasa mahu mencium tangan suami saya dan meminta ampun darinya di atas segala kekurangan saya sebagai isterinya.

Syahdu."


Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

1 Respons:

~ain berkata...

Oh! Ada entri tentang saya di blog penulis yang disegani.

Kagum dengan kebolehan saudara menulis banyak buku.

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates