Langkau ke kandungan utama

Kursusperniagaan.com, Majalah IM dalam Utusan Malaysia



Kursus perniagaan di Utusan Malaysia 25 Febuari 2009

Baca di sini

Dengan kerjasama Kursusperniagaan.com, majalah siber Majalah IM dan Alumni Mahallah Ali Abi Talib, satu seminar Pemasaran Internet untuk Perniagaan Kecil diadakan di Auditorium Utama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Selangor, baru-baru ini.

Seminar sehari itu pertama kali diadakan di UIAM dan melibatkan pelajar dan peniaga kecil.

Ia bagi mengetengahkan potensi perniagaan melalui Internet dalam keadaan kegawatan ekonomi ketika ini yang boleh diceburi oleh bakal graduan dan ahli perniagaan lain.

Lima panel mengetengahkan pelbagai topik yang menyentuh isu perniagaan internet, perlindungan bisnes kecil, penjenamaan dan pembinaan web mini serta skrip jualan berpengaruh.

Seorang usahawan, Adly Mukhtar telah berkongsi pengalaman menariknya menjana pendapatan RM10,000 pada usia 17 tahun,

"Amat penting mendapatkan RM1 pertama dalam perniagaan Internet sebelum menjana pendapatan lebih tinggi," jelas usahawan Internet yang kini berusia 18 tahun .

Tambahnya, perniagaan Internet memerlukan kerja berkumpulan dan tidak boleh bekerja seorang diri tetapi pilihan kumpulan hendaklah berbeza dari segi kemahiran agar masing-masing tidak bersaing dan berpecah.



Sementara itu, Mazlan Mohamad dari IIU Holding berkongsi pandangan mengenai peri pentingnya jenama dalam perniaagaan.

Beliau menekankan apa yang timbul dalam minda adalah janji yang perlu dipenuhi oleh jenama terbabit.

Selain itu, kemunculan saudara Izwan Wahab atau dikenali sebagai robotys merupakan kemunculan yang dinantikan semula dalam dunia pemasaran Internet.

Beliau dianggap sebagai pelopor dalam dunia pemasaran ini pada akhir tahun 2005 dan awal tahun 2006.

beliau terlibat dalam kajian Optimisasi Carian Enjin atau SEO, pembangunan sistem berasaskan teknologi maklumat seperti laman web permainan video bersama Piramid Harapan Sdn. Bhd., membina sistem permainan interaksi untuk Permodalan Nasional Berhad, Virtual Malaysia dan juga sistem perniagaan yang menyeluruh (Total Business System) yang memerlukan integrasi pelbagai produk sumber terbuka dalam satu sistem.

Kini beliau adalah pengasas bersama kursusperniagaan.com yang bertanggungjawab menyediakan bimbingan pemasaran dan perniagaan kecil untuk usahawan sedia ada.

Isu perlindungan perniagaan melalui insurans turut diketengahkan, khususnya melibatkan produk fizikal. Panelnya, Zulkefli Mohamad menekankan perlunya usahawan Internet memastikan tiga ciri perlindungan diri iaitu; melibatkan diri peniaga, keluarga dan perniagaan itu sendiri.

"Dalam banyak kes kegagalan tuntutan insurans melibatkan peniaga, apabila peniaga sendiri tidak menyedari bahawa menyimpan stok di rumah boleh mengakibatkan insurans perlindungan rumah gagal dituntut jika berlaku musibah," jelas Zulkefli.

Ini kerana apabila ia dibuktikan stok tersebut menjadi punca bencana pada rumah kediaman sama ada dalam bentuk kebakaran, peniaga dianggap cuba mengubah status rumah kepada premis perniagaan.

Ini menjadikan peniaga dilihat sebagai melangkaui perjanjian insurans yang ditandatangani dahulu.


Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Assalamualaikum Tuan Zamri. Semoga ceria sokmo. =)

Alahai, dah lama dah kita 'terputus hubungan'...hehe

Rugi sangat-sangat sebab tak dapat sertai seminar tempoh hari. Hajat saya nak bertentang mata dengan Tuan Zamri dan tim Majalah IM sendiri pun belum kesampaian.

Sibuk dengan final exam sebenarnya. Sekarang baru sahaja habis final exam.

Nanti ada masa, ada peluang, kita sembang lagi ye. =)

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s...