Langkau ke kandungan utama

Ucapan Selamat Hari Jadi, terima kasih atas doa Tuan dan Puan



Terima kasih kepada semua. Ya, itulah ucapan yang terzahir dari hati untuk sahabat, jemaah penulis, guru, para pembaca, pendorong dan rakan-rakan maya yang memperuntukkan sedikit masa yang sudah tentu mahal nilainya untuk menghantar sms dan meninggalkan pesanan di ruang Facebook. Tidak dilupakan kepada teman-teman di WangCyber khususnya Copernicus atas pesanan peribadi yang disampaikan.

Ya, saya sudah setahun lagi menjangkau 27. Kenapa ada yang ucapkan selamat hari jadi ke-21? Saya musykil.

Doa Tuan dan Puan saya iringi dengan ucapan terima kasih.

Disini saya sertakan screenshot di atas paparan ucapan Tuan dan Puan dalam dunia siber.



Nota: Apakah persediaan bisnes kecil sebelum kegawatan 2009 berlaku. Pemasaran bisnes kecil melalui online adalah jawapannya? Sertai 800 usahawan bisnes kecil seluruh Malaysia yang ingin memperkenalkan bisnes mereka di luar ke dalam dunia internet secara cepat dan tepat!

Nota: Ingin menjadi penulis rencana majalah dan akhbar? Sertai kursus mingguan kendalian Zamri Mohamad hari ini. Beliau merupakan penulis sepenuh masa. Klik mana-mana pakej di sebelah kanan blog ini. Tempat terhad untuk 20 orang sahaja.


Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Assalamualaikum Tuan Zamri.

Selamat hari jadi, semoga dirahmati Allah selalu. Semoga dipermudahkan segala pekerjaan dan perancangan tuan.

=)
Puan Ainon Mohd. berkata…
Selamat Ulang Tahun Kelahiran (Hari Jadi? Kita tidak tahu.
YaQuut @ Firdaus berkata…
Sanah helwah ya akhi...
Moga peningkatan usia seiring peningkatan amal.Moga Allah memberkati usia saudara.

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Atiqah Rahman benar-benar mahu melihat penulis dalam diri saudara

Assalamualaikum wbt Kepada yang membaca maklumat ini, saya mendoakan semua dalam keadaan gembira, dihujani kejutan kebaikan dari segenap sudut dan ceria di tempat bertugas dan bersama keluarga. Amin ya Allah. Tuan dan Cik Puan yang dimuliakan Allah Izinkan saya memperkenalkan diri, saya Atiqah Rahman dari  kursuspenulisan.com . Mulai 15 Mei 2013 saya akan menguruskan keperluan bakal peserta bengkel penulisan pada sesi akan datang. Tugas saya adalah memastikan saya membantu Tuan dan Cik Puan ke arah sukses dalam dunia penulisan. Maklumat demi maklumat akan diberikan dari masa ke semasa. a Pada hari ini saya akan memberikan beberapa maklumat berdasarkan respon yang diberikan melalui emel. (1)  "Bilakah kursus yang akan datang? Lama kami menunggu dan tidak sabar mahu hadir." Setiap kursus mempunyai tarikh yang berbeza. Disebabkan kursuspenulisan.com mengendalikan kursus hujung minggu sahaja. Maka tarikh yang diberikan kami adalah tarikh yang sangat penting...

Laman web dinaiktaraf.

Saya tidak berpuas hati maka saya ubah semuanya sekali lagi. Laman web rasmi penulis ditukar untuk kali ke berapa, saya sendiri sudah tidak pasti. Tetapi saya jangkakan laman web wajah baru ini bakal kekal dengan wajah ini bagi tempoh yang lama. Saya sedang cuba-cuba belajar menggunakan beberapa perisian grafik bagi keperluan foto di dalam laman web. Apa yang kasar dihaluskan, apa yang bertompok dihilangkan, apa yang gelap dicerahkan. Saya seperti kembali kepada usia 21 tahun, bermain-main dengan perisian grafik di komputer rakan saya. Zaman olok-olok. Kami bergembira dengan gambar dan warna. Kami hasilkan kulit album olok-olok. Kemudian kami hasilkan laman web ringkas seolah-olah laman web sebuah kumpulan muzik. Saya masih ingat lagi, kami berempat baru pulang daripada kelas bahasa Arab. Berlatar belakang dinding dengan permukaan berpasir dan kasar, kami mengambil gambar di situ. Sampai di bilik, kami ubah suai dan menjadi kulit album kumpulan ahli muzik. Bertudung labuh ke konsert un...