Langkau ke kandungan utama

Tentang Cinta, 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki, panduan bercinta


Selepas laman web Dr Cinta yang mengandungi lebih 1200 ahli 'hilang', saya memfokuskan penulisan berkenaan perhubungan dan cinta di laman web dan forum Tentang Cinta. Di sini ada juga ahli yang datangnya dari Dr Cinta kendalian PTS Millennia sepanjang dua tahun lalu. Pengendali Tentang Cinta kini konsisten mencipta artikel demi artikel dalam laman blog.

Jika ditaip perkataan cinta dalam Google, forum dan blog ini menduduki tempat pertama dalam carian.

Results 1 - 10 of about 49,200,000 for cinta. (0.10 seconds)

Jika mahu tahu caranya, sertai bengkel kami. Ia akan didedahkan untuk usahawan bisnes kecil yang mahu memasarkan produk mereka di luar ke dalam internet sebelum gawat. Klik di sini.

Kembali kepada cerita Tentang Cinta.

Saya bertemu di alam siber seorang pembaca dan ahli forum yang aktif dalam Tentang Cinta. Dikenali dengan nama Lamantua. Beliau adalah pembaca buku 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki. Antara buku yang diulang cetak sehingga hari ini. Klik di sini.

Apa kata Cik Lamantua?

"Eh, terjumpa di sini pula. Buku 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki yang ditulis itu memang berbaloi dibeli. Alhamdulillah menjadi. Bila mahu keluarkan buku yang baru?

"Dari buku ini juga, saya cuba menjadi pendengar yang baik, memahami dan membantu dia. Memang banyak membantu."

Apa kata saya?

Pertama sekali saya ucapkan terima kasih atas kepercayaan dan sokongan cik Lamantua kerana membaca buku 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki.

Buku itu antara buku yang saya gemar menulisnya kerana ia adalah rakaman pengalaman mereka yang bercinta dan membina cinta mereka sehingga ada ke akhir hayat mereka.

Moga-moga lebih ramai mendapat manfaat daripada buku ini. Insya Allah ada satu buku sedang menanti untuk diterbitkan. Sebuah buku yang ditulis gabungan pandangan orang bujang dan orang berkahwin mengenai dunia cinta.

Nantikan Bagaikan Khadijah di Hati Muhammad.

Apa pun, saya kira cik Lamantua ini orang yang berjiwa kuat dan positif dengan masa hadapan.



Nota: Apakah persediaan bisnes kecil sebelum kegawatan 2009 berlaku. Pemasaran bisnes kecil melalui online adalah jawapannya? Sertai 800 usahawan bisnes kecil seluruh Malaysia yang ingin memperkenalkan bisnes mereka di luar ke dalam dunia internet secara cepat dan tepat!

Nota: Ingin menjadi penulis rencana majalah dan akhbar? Sertai kursus mingguan kendalian Zamri Mohamad hari ini. Beliau merupakan penulis sepenuh masa. Klik mana-mana pakej di sebelah kanan blog ini. Tempat terhad untuk 20 orang sahaja.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...