Langkau ke kandungan utama

Skali Lagi, "rekod cemerlang tetapi hancur "

Setelah saya mencadangkan saudara ini membaca buku Skali Lagi, inilah ulasan buku Skali Lagi oleh beliau, Mohd Aliff Mohd Nor.

Sebahagian dipetik daripada blog saudara Mohd Aliff.

Tengku Rithaudden, CEO syarikat IT, Skali.com menceritakan pengalaman beliau bekerjasama dengan mereka yang mempunyai rekod cemerlang tetapi hancur daripada aspek pembangunan kendiri di dalam buku beliau bertajuk “Skali Lagi”.

“Kami menjalinkan hubungan dengan sebuah syarikat milik bumiputera untuk menyelesaikan sebuah projek. CEO syarikat itu seorang lelaki yang mempunyai rekod cemerlang di dalam bidang IT, dibantu oleh seorang wanita bijak dan cantik yang juga teman wanita kepada CEO itu. Pengarah syarikat itu seorang lelaki”

“Tetapi CEO itu seorang kaki botol dan kaki perempuan. Oleh kerana sifat panas baran dan cemburu yang menebal, CEO ini cemburu melihat teman wanitanya dan Pengarah syarikat selalu keluar bagi membincangkan projek. Akhirnya, hubungan putus di tengah jalan dan wanita serta Pengarah itu dibuang kerja atas sebab- sebab yang tidak munasabah. Usahasama kami pun tergendala.”

Baru- baru ini, sebuah syarikat perbadanan kerajaan terkemuka di Malaysia mengubah polisi sedia ada. Daripada mengambil graduan- graduan yang memperoleh CGPA/ PGNK yang tinggi, mereka membuka tawaran kepada semua.

Apabila diselidik, rupa- rupanya syarikat tersebut serik kerana sesetengah orang yang disangka cemerlang dari segi akademik rupanya hanya indah luaran sahaja.

Apabila bekerja, masalah lain pula yang mereka timbulkan seperti kurang kemahiran, kerenah melampau, ketiadaan ciri- ciri seorang pemimpin, nilai- nilai kesopanan yang pudar dan pelbagai lagi masalah.

Ingin mendapatkan naskhah terhad Skali Lagi? Klik di sini!

Nota: Gambar di atas adalah kulit hadapan majalah Dewan Ekonomi edisi November 2008

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...