Langkau ke kandungan utama

Pemasaran Penulisan: Percuma tetapi dilindungi


Hari ini, jam 12.00 tengah malam, saya melayari beberapa laman web mini yang memasarkan produk internet. Kemudian saya mendapati satu laman web yang mengumpulkan artikel-artikel percuma dalam laman web dalam satu e-buku.

Artikel-artikel tersebut dikumpul daripada pelbagai sumber termasuk daripada individu-individu saya kenal seperti Tuan Azizi Ali, Tuan Irfan Khairi, Tuan Sabri Saifulsham dan Tuan Shamsuddin Kadir.

Kumpulan artikel itu tidak dijual tetapi usaha individu berkenaan mengumpulnya dikenakan bayaran. Alasan penjual, harga yang dibayar adalah atas usaha dan masa mengumpulnya.

Laman web ini menjadi kes studi yang menarik dan saya tekankan juga betapa penting kita tahu apakah itu undang-undang hakcipta. Tujuan kita tahu adalah bagi melindungi diri kita dan diri orang lain.
  • Melindungi diri kita daripada mengambil harta intelek orang lain.
  • Melindungi orang lain daripada mengambil harta intelek kita.
Akta Hakcipta 1987 adalah pelindung untuk kedua-dua situasi ini.

Pandangan saya, penjual ini tidak mengetahui bahawa beliau sedang membuat satu pelanggaran harta intelek. Saya sedang melihat perkembangan laman web jualan beliau untuk melihat sebarang perubahan.

Jika ia percuma, kekalkan ia disebarkan secara percuma. Apabila ada nilai wang bagi mendapatkan koleksi ini ia sudah menjadi harta yang diperdagangkan dan dikomersialkan.

Perkara pertama yang perlu dilakukan penjual itu ialah mendapatkan kebenaran bertulis daripada setiap seorang penulis artikel yang dihimpunkan dalam e-buku berkenaan.

Penulis-penulis artikel berkenaan boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa jika mereka mendapati hasil tulisan mereka diperdagangkan tanpa kebenaran. Ia dilihat sebagai mencuri harta intelek.

Hasil penulisan adalah harta sama seperti tanah kita.

Saya akan menyentuh isu ini dalam bengkel penulisan rencana untuk majalah dan akhbar pada 11 Januari 2009. Klik untuk menyertai




Nota: Ingin menjadi penulis rencana majalah dan akhbar? Sertai kursus mingguan kendalian Zamri Mohamad hari ini. Beliau merupakan penulis sepenuh masa.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Tahniah atas pembongkaran Zamri ni.Dulu ramai gak yang macam ni, sekarang masih ada sisa-sisa yang buat macam ni.Walaupun ignorance of the law is no excuse, tapi kita juga ada tanggungjawab nak sedarkan mereka ni, kalau dah tegur pun stil buat, maka tindakan yang tegas harus diambil

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s...