Langkau ke kandungan utama

Pemasaran dan Memulakan Perniagaan. Cerita Asus di Taiwan

Pengedaran komputer netbook seperti Asus Eee PC datang bersama-sama pembudayaan. Pengeluar netbook ini turut bekerjasama dengan menjalankan program celik netbook yang terbuka kepada para wanita khsusunya suri rumah.

Saya mengikuti laporan ini dalam rancangan Business Leaders, siaran BBC sebelum solat Jumaat sebentar tadi.

Saya percaya, pengajar bengkel yang memuatkan sejumlah 20 orang suri rumah ini adalah orang yang sangat penyabar orangnya. Para suri rumah diperkenalkan kepada perkara paling asas. Sehinggakan dalam satu sesi mereka diminta mengangkat ke atas tetikus atau mouse dengan tangan kanan mereka sambil berkata, "Ini adalah mouse."

Setiap minggu mereka diajar satu persatu bagaimana menggunakan netbook Asus Eee PC dan bagaimana menggunakan internet seperti menghantar emel dan menggunakan carian Google.

Menurut salah seorang surirumah yang ditemubual wartawan BBC, "Pada awalnya suami kami tidak membenarkan kami mempelajarinya. Mereka bimbang jika kami mencari teman lelaki melalui internet. Tetapi mereka membenarkan kami belajar akhirnya selepas kami berjaya meyakinkan mereka," katanya sambil ketawa.

Projek sekolah menggunakan netbook Asus Ess PC juga diimplimentasi oleh pengeluar. Para pelajar sekolah rendah menggunakan produk tersebut dalam sesi pembelajaran. Ini mengingatkan saya kepada perancangan kerajaan negeri Trengganu mahu mengimplimentasi metod yang sama di sana.

Pembudayaan komputer sebagai cara hidup melalui proses ini sedang mengambil tempat. Apakah bisnes tempatan juga menyedari hakikat dunia internet adalah dunia yang mesti dipelajari dan disertai untuk mereka survival dalam dunia bisnes menjelang kegawatan?

Apa akan terjadi tidak lama lagi?


Pada satu masa, kita akan melihat akan ada orang berdiri di tengah-tengah Chow Kit, Kuala Lumpur, mengeluarkan netbook mereka daripada beg galasnya, menghidupkan internet tanpa wayar, membuka internet, mencari kedai dan produk melalui carian Google. Mana-mana kedai yang mempunyai laman web dalam internet yang berada di Chow Kit adalah senarai kedai utama yang akan dikunjungi orang itu.

Malah, Ketika ini saya sedang mengemaskini laman blog saya di sebuah kafe buku selepas membeli external hardisk untuk komputer riba.

Sumber gambar Asus Eee PC : http://www.myce101.com/


Nota: Apakah persediaan bisnes kecil sebelum kegawatan 2009 berlaku. Pemasaran bisnes kecil melalui online adalah jawapannya? Sertai 800 usahawan bisnes kecil seluruh Malaysia yang ingin memperkenalkan bisnes mereka di luar ke dalam dunia internet secara cepat dan tepat!


Nota: Ingin menjadi penulis rencana majalah dan akhbar? Sertai kursus mingguan kendalian Zamri Mohamad hari ini. Beliau merupakan penulis sepenuh masa. Klik mana-mana pakej di sebelah kanan blog ini. Tempat terhad untuk 20 orang sahaja.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan ...