Langkau ke kandungan utama

Maskara Shorties, buka pintu untuk suara baru







Sempat juga menghadiri Maskara Shorties. Kali ini ia menghimpunkan penggiat filem pendek dan mereka yang baru-baru bereksperimentasi dengan dunia filem pendek. Lari daripada kebiasaan aktiviti terdahulu. Kami tiba awal di sana, dijangka lebih ramai akan datang berikutan promosi besar-besaran yang digerakkan oleh tim Maskara.

Rumah Pena kali ini menerima limpahan pengunjung berbanding kebiasaan dan kebanyakannya yang datang untuk pertama kali. Maskara dalam bangunan dibawa ke luar.

Kali ini dengan adanya orang-orang filem dan produksi pada malam itu memberi mesej ada harapan untuk aktiviti tayangan filem pendek ini. Mungkinkah ada antara mereka sudah berada dalam radar untuk diangkat ke dalam industri sebenar?Justify Full
Jam 8.30 malam sehingga 12.30 malam. Filem berat, filem ringan, filem ketawa, filem duka. Sentuhan sang pro, sentuhan amatur. Cerita menghiburkan, cerita memeningkan. Semuanya membawa sentuhan penghasilnya.

Moga-moga akan ada gelombang kedua Maskara Shorties selepas ini!

Komen:

1. Program yang mendapat sambutan 'tidak cukup kerusi' Impak program yang besar.
2. Filem abstrak dan separa komersial perlu diselang-seli supaya kepala tidak berat menghadamnya.
3. Jumlah filem pendek dikurangkan bagi mengekalkan momentum dan energi penonton.
4. Menantikan Maskara Shorties yang seterusnya sambil menghadirkan diri dalam Maskara lain.

Nota: Gambar diambil daripada Firdaus Ariff

Petikan Berita Harian Selasa 28 Oktober 2008


Petikan Berita Harian
Selasa 28 Oktober 2008

LARI daripada kebiasaan, Malam Baca Naskhah Sindiket Sol-Jah dan Kawan-Kawan Yang Kita Suka (Maskara) pada 1 November ini bukan lagi menyaksikan penulis dan pemuisi memperdengarkan karya mereka. Sebaliknya Sindiket Sol-Jah membawakan pula kira-kira 20 filem pendek untuk mengisi acara.

Secara tradisi, sejak kira-kira dua tahun lalu kumpulan sembilan pemuda yang mempunyai minat serupa dalam bidang penulisan dan seni menggelarkan diri mereka Sindiket Sol-Jah hanya berkumpul dua bulan sekali untuk mendengar bacaan puisi atau cerita penggiat sastera baru atau lama.

Jurucakap kumpulan penggiat seni itu, Nazri M Annuar atau Vovin, kali ini pihaknya berusaha mengumpulkan karya filem pendek yang dihasilkan penggiat seni terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Bukan hanya karya daripada pengarah terkenal seperti Mamat Khalid dan bekas pemenang pertandingan Filem Pendek BMW, Tok Rimau, yang akan ditayangkan, bahkan mereka yang hadir di Rumah Pena pada 1 November ini akan dapat menyaksikan hasil arahan beberapa lagi pengkarya muda daripada penuntut seni, perekabentuk grafik, penulis dan sebagainya.

"Kesemua filem pendek yang kami akan tayang pada malam itu mempunyai durasi di bawah 10 minit. Ia juga tidak mempunyai genre tertentu dan majoritinya pula dibuat khas untuk acara Maskara Shorties," ujar Nazri.

OP Zaharin pula berkata, acara berkenaan diadakan bagi mengumpulkan penggiat seni di bawah satu bumbung untuk mempersembahkan karya mereka kepada umum.

"Maklum saja, tidak banyak tempat yang menayangkan filem pendek kepada orang ramai. Apatah lagi bagi penggiat seni muda yang belum lagi mencipta nama. Jadi, dengan adanya acara sebegini, diharap mampu membantu mereka mengetengahkan hasil kerja. Mungkin pendedahan yang diterima membolehkan mereka melangkah lebih jauh dalam bidang yang diteroka," kata OP yang menjangka lebih 100 penggemar filem pendek dan peminat seni akan hadir memberikan sokongan.

Katanya lagi, acara itu juga dibuka kepada orang ramai dan sesiapa saja yang berminat dalam penghasilan filem pendek. Ia lebih berupa acara santai, tanpa sebarang majlis diskusi diadakan selepas majlis tayangan tamat.

Kata Lan Hussain atau lebih dikenali sebagai Sinaganaga, pihaknya berhasrat mengundang beberapa penggiat seni tanah air seperti Mamat Khalid sendiri, Pyan Habib dan Nasir Jani, bagi memeriahkan acara.

Pada acara yang bermula jam 8.30 malam itu, Lan turut memberitahu, sebuah buku berjudul Romlah The Untold Story akan dilancarkan. Ia sebuah koleksi cerita hasil tulisan beberapa penulis, mengenai seorang wanita yang dilihat menerusi kaca mata penulis berkenaan.


Lagi cerita di sini

Ulasan

OP Zaharin berkata…
terima kasih kerana meluangkan masa hadir ke shorties semalam zamri :)

jumpa lagi di maskara seterusnya.
Tanpa Nama berkata…
zamri, saya titipkan reviu kamu di blog saya.

terima kasih kerana hadir.


:)ben
http://bennylitansuty.wordpress.com

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...