Langkau ke kandungan utama

Ekonomi baru berteraskan kebajikan ganti yang jelas haram

Ekonomi berteraskan kebajikan (Klik untuk besarkan imej)


Dahulu saya melihat pekerja-pekerja istimewa atau orang kurang upaya menjadi pekerja di rangkaian restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken.

Ketika itu dan sehingga hari ini desakan memboikot produk KFC dan produk-produk lain dalam kumpulan yang sama sedang rancak berlaku. Kempen, kenyataan rasmi NGO, desakan demi desakan diteruskan. Cuma ia tidak serancak hari ini. Mungkin tunggu media memainkan isu ini semula agar bising-bising ini timbul semula. Tidak mengapa, ada usaha memberi kesedaran dari tahun ke tahun.

Saya melihat pekerja OKU ini. Beliau bekerja di KFC dengan bayaran yang sama dengan pekerja normal yang lain. Beliau mendapat skim simpanan pekerja, insuran dan elauan seperti yang lain. Kakinya tidak berjalan dengan sempurna, capik sedikit cara jalannya. Nampak jelas payah benar mahu bertukar langkah. Wajahnya jelas tidak menampakkan wajah yang normal. Tetapi dia senyum, membawa kain membersihkan meja pelanggan yang sudah selesai. Dia tersenyum dan bersungguh-sungguh. Kemudian dengan langkah yang payah, dia membawa penyapu membersihkan lantai sekitar. KFC tempat dia bekerja adalah salah satu restoran makanan segera yang mencapai sasaran jualan sejuta ringgit setahun.

Dahulu, saya pernah menulis berkenaan pemboikotan ini dengan satu soalan yang tidak dijawab dengan jelas, apakah alternatif diberikan oleh peniaga Muslim bagi menampung hampir 20,000 pekerja Muslim di seluruh rangkaian ini. Pada masa sama, bagaimana pula dengan para pekerja OKU yang digajikan dengan sistem ekonomi berteraskan kebajikan yang mereka perkenalkan.

Alternatif yang pasti adalah satu soalan yang sukar dijawab. Alternatif yang menjaga kebajikan dan keperluan mencari sumber halal adalah jawapan diperlukan kini. Adakah kita masih bermain dengan idea dan hilang sentuhan yang praktikal?

Kali ini rangkaian kedai 24 jam 7-11 membuka konsep ekonomi berteras kebajikan kepada surirumah dan golongan warga tua.

Satu perkara yang membuat saya tidak memilih bekerja di rangkaian 24 jam ini ialah satu produknya yang jelas haram iaitu arak. Apa kata Nabi Muhammad?

Direkodkan oleh Iman Ahmad daripada Abi Umar, Rasulullah s.a.w berkata, "Telah dilaknat arak, peminumnya, pemberi minumannya, penjualnya, pembelinya, pemerahnya, orang yang memprosesnya dan pemakan harganya (wang hasil penjualan arak). Hadis ini jelas menyatakan bahawa semua jenis perkhidmatan dan penggunaan berkaitan dengan arak adalah haram.” (sumber)

Boikot, desak dan kempen, persilakan.

Apakah alternatif ekonomi berteraskan kebajikan yang diperkenalkan oleh kita semua?

Semua orang ada tanggungjawab menyediakan tanggungjawab menyediakan ruang ekonomi berteras kebajikan.

Soalan ini termasuk melibatkan diri saya. Tidak terkecuali.



Nota: Apakah persediaan bisnes kecil sebelum kegawatan 2009 berlaku. Pemasaran bisnes kecil melalui online adalah jawapannya? Sertai 800 usahawan bisnes kecil seluruh Malaysia yang ingin memperkenalkan bisnes mereka di luar ke dalam dunia internet secara cepat dan tepat!

Nota: Ingin menjadi penulis rencana majalah dan akhbar? Sertai kursus mingguan kendalian Zamri Mohamad hari ini. Beliau merupakan penulis sepenuh masa. Klik mana-mana pakej di sebelah kanan blog ini. Tempat terhad untuk 20 orang sahaja.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...