Selama ini saya menumpukan perhatian kepada penghasilan rencana dan buku non fiksyen. Kali ini saya mencuba-cuba menghasilkan cerpen sendiri. Saya pernah menghasilkan novel sendiri dan kemudian ketawa sendiri. Akhirnya tertangguh sambungan sejak tahun 2004. Sehingga kini saya biarkan ia tertangguh. Ada saranan editor sebelum Aidilfitri lalu menyambungnya kembali kisah yang sengaja di jadikan begitu bercelaru jalan ceritanya. Luar daripada kehidupan normal kita.
Cerpen berjudul Akar disiarkan dalam majalah Pendidik keluaran September 2008. Dengan izin Allah saya merancang menghasilkan beberapa cerpen pada masa akan datang. Terima kasih kepada Tuan Editor majalah Pendidik, Tuan Mohd Fuad Razali kerana memberi peluang ini. Saya sedang bergerak dari non fiksyen ke fiksyen.
Ulasan
p/s: Saya di Jepun ini, tak dapat nak baca majalah itu. (boleh kirimkan teks cerpen bro kepada saya untuk dibaca? -untuk kegunaan peribadi saja)