Sabtu, November 01, 2008

Buku cinta, karier dan bisnes yang menyempurnakan rak buku di rumah anda


Dua-tiga hari lalu saya mengemaskini laman web saya di www.zamrimohamad.com . Berdasarkan respon pengunjung, bahagian buku dikemaskini dan dijadikan dalam bentuk katalog bagi memudahkan pembelian. Dalam bahagian buku, saya menjual buku-buku saya secara online di sana dan pada masa sama menjual buku-buku lain.

Bagi memastikan tuan dan puan mendapat buku yang sebenar-benarnya berkualiti, saya memastikan buku-buku penulis lain yang dijual adalah buku yang saya pernah beli dan pernah baca sebelum ini. Maka ulasan dalam laman mini pada setiap buku berkenaan mewakili pandangan daripada pembaca.

Insya Allah, ada empat buah buku yang bakal dicadangkan melibatkan tiga penulis lain dalam kategori buku mesti baca. Para pengunjung blog ini dapat membelinya di sini bagi keperluan diri, hadiah harijadi, hadiah majlis perkahwinan atau disedekahkan kepada surau, masjid dan intitusi yang memerlukan

Antara laman mini yang sudah diselesaikan dan dibuka untuk jualan buku berkualiti ialah;

  • Antara buku cadangan untuk wanita surirumah yang mahu mahu mencipta SOHO (Small Office Home Office) di rumah dan para pelajar IPTA serta orang ramai. Buku ini mendapat lima bintang daripada pembaca. Klik di sini
  • Buku-buku bagi mereka yang serius dan bersungguh-sungguh komited mahu membina dan memelihara cinta. Klik di sini.
  • Buku-buku bisnes yang saya kenalpasti sebagai buku pakej bisnes dalam keadaan gawat ini. Laman ini membawa kepada jumlah pembeli tinggi terdiri daripada usahawan dan bakal peniaga pada dua hari ia dilancarkan. Klik di sini.
  • E-buku bagi wanita yang mahu bertukar kerja dan graduan siswi yang bakal mencari kerja. Klik di sini
  • Rahsia Bisnes Mamak. Klik di sini
  • Buku bagi mereka yang mahu mendapatkan manual mengurus bisnes kecil. Klik di sini.

Akan datang: Saya sedang membaca buku Makan Gaji Tapi Kaya dan Rahsia Bisnes Khadijah. Dua lagi buku bacaan wajib dalam keadaan gawat. Akan dipaparkan dalam katalog buku wajib beli.

0 Respons:

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates