Langkau ke kandungan utama

Bagaikan Khadijah di Hati Muhammad pelengkap siri buku perhubungan dan cinta

Sehelai demi sehelai pruf sedang diteliti
Pruf setebal 364 halaman

Ketika ini saya sedang menyemak pruf manuskrip terbaru dalam siri perhubungan dan cinta. Kali ini bergandingan dengan penulis Ti-tip Poligami, di bawah payung Aishah, Tuan Imran Yusuf. Minggu hadapan saya perlu kembalikan kepada pihak penerbit bagi semakan terakhir sebelum ia diterbitkan.


Buat satu tempoh masa, ini adalah buku terakhir saya dalam kategori perhubungan dan cinta. Buku ini mencetuskan satu kesedaran kepada saya ditambah lagi dengan satu nasihat daripada seorang penulis, "Bilakah kali terakhir anda membaca sebuah buku yang awal-awalnya ditulis dedikasi untuk pembacanya?" maka buku ini saya dedikasikan pertama kepada saudara dan saudari yang bakal menjadikan teman akrab dan hadiah buat teman yang diingati.

Bersama Tuan Imran Yusof, Penulis buku kontroversi, Tip-Tip Poligami, di bawah Payung Aishah

Buku yang bakal terbit ini diberi judul Bagaikan Khadijah di Hati Muhammad. Satu sudut pandang kontemporari dan tradisional dari kacamata dua generasi. Ini adalah buku yang membawa dua pandangan sebagai bonus kepada pembaca. Dari dunia bujang ke dunia berumahtangga dalam satu buku yang merungkai satu persatu tip bagi keperluan pembaca. Bekerjasama dengan Tuan Imran Yusuf dalam kerjasama kami yang sulung ini memantapkan lagi buku ini sebagai kit perhubungan dan cinta.

Sebagaimana respon positif para pembaca buku-buku tulisan saya sebelum ini, Bagaikan Khadijah di Hati Muhammad juga ditulis dengan harapan ia menjadi pemanis kepada kehidupan kita semua. Bagaikan Khadijah di Hati Muhammad bakal menemui Tuan dan Puan tidak lama lagi. Moga-moga ia menjadi ibadah yang diterima dunia dan akhirat.

Ulasan

Imran Yusuf berkata…
Assalamu'alaikum Tuan Zamri,

Terima kasih kerana sudi berganding menulis buku ini.

Syabas kepada Tuan Editor terbabit yang memberikan judul yang benar-benar segar dan memikat.

Semoga buku ini tidak setanding kontroversi dengan Di Bawah Payung Aishah.

Terima kasih kepada pihak PTS MIllennia yang memberikan peluang untuk kami mengemukakan karya ini.
Zamri Mohamad berkata…
Tuan Imran, kita akan sama-sama cuba menkontroversikan buku ini. hahaha!

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s...