Langkau ke kandungan utama

MPH dan PTS berganding sambut merdeka



Cik Puan Farhana Yaacob adalah wartawan yang sangat mendukung perjuangan memandaikan bangsa melalui karya-karya bahasa Melayu. Melalui akhbar Sinar Harian, beliau membuat liputan dalam pelbagai aktiviti komuniti setempat. Kali ini beliau membuat liputan mengenai program bicara buku beberapa rangkaian kedai buku MPH yang melibatkan beberapa penulis tempatan.

Liputan kali ini menarik apabila dalam banyak-banyak gambar, gambar Tuan Imran Yusof bersama anaknya dipilih untuk dimuatkan dalam berita ini. Tuan Imran Yusof adalah penulis Tip-tip Poligami. Apabila saya perkenalkan beliau kepada abang dan kakak ipar saya, kakak ipar saya mendepangkan tangan kanannya menutup mata abang saya sambil berkata, "Jom abang." Tetapi itu gurauan sahaja.

Buku kedua beliau berjudul Meredah Samudera sangat relevan dengan isu yang timbul sejak seminggu dua ini. Kisah lanun yang menawan kapal milik negara di perairan Somalia merupakan salah satu cabaran kerjaya maritim. Semoga Allah memberi pertolongan kepada anak-anak kapal yang dijadikan tebusan.

Gambar dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 2 September 2008 mempunyai nilai berita tersendiri. Ia menunjukkan foto Tuan Imran bersama-sama anaknya yang terlibat mendeklamasi sajak di MPH Alamanda Putrajaya. Ini adalah foto sulung beliau di media sebagai penulis di bawah payung PTS.

Terima kasih kepada Cik Puan Farhana atas paparan istimewa ini.

Ingin terbit buku sendiri? Klik di sini.
8 Ikon Jutawan tempatan ditemuramah Irfan Khairi. Baca di sini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Atiqah Rahman benar-benar mahu melihat penulis dalam diri saudara

Assalamualaikum wbt Kepada yang membaca maklumat ini, saya mendoakan semua dalam keadaan gembira, dihujani kejutan kebaikan dari segenap sudut dan ceria di tempat bertugas dan bersama keluarga. Amin ya Allah. Tuan dan Cik Puan yang dimuliakan Allah Izinkan saya memperkenalkan diri, saya Atiqah Rahman dari  kursuspenulisan.com . Mulai 15 Mei 2013 saya akan menguruskan keperluan bakal peserta bengkel penulisan pada sesi akan datang. Tugas saya adalah memastikan saya membantu Tuan dan Cik Puan ke arah sukses dalam dunia penulisan. Maklumat demi maklumat akan diberikan dari masa ke semasa. a Pada hari ini saya akan memberikan beberapa maklumat berdasarkan respon yang diberikan melalui emel. (1)  "Bilakah kursus yang akan datang? Lama kami menunggu dan tidak sabar mahu hadir." Setiap kursus mempunyai tarikh yang berbeza. Disebabkan kursuspenulisan.com mengendalikan kursus hujung minggu sahaja. Maka tarikh yang diberikan kami adalah tarikh yang sangat penting...

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan ...