Langkau ke kandungan utama

E-mel daripada Cikgu Mohd Faizal Jamaludin

Cikgu Mohd Faizal Jamaludin 



Daripada:

Cikgu Mohd Faizal Jamaludin 
Asalamualaikum,

Saudara Zamri,

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara Zamri kerana telah memberi kursus menulis buku yang amat berguna kepada saya. Mungkin saudara masih ingatkan saya cikgu faizal, bidor, perak yang mengikuti kursus menulis buku di Kolej Komuniti Sabak Bernam. Saya sekarang mempunyai laman web sendiri dan saya sedang menulis mengenai panduan membina sebuah taman dalam proses.

Sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih.

Kursus itu amat berkesan mudah, dan jelas.

Yang benar,
Cikgu Mohd Faizal
http://www.rahsiataman.com

Daripada Zamri Mohamad: Respon Tuan memberi saya kekuatan untuk terus berkarya dan memberi khidmat kepada yang berminat dalam bidang penulisan. Sesiapa yang mahu mempelajari kaedah membina taman (mungkin Tuan dapat adakan kursus) dapatlah menghubungi beliau di rahsiataman@yahoo.com

Oh saya ingin memaklumkan laman web Zamri Mohamad sudah melalui proses perubahan pada laman hadapan. Buat kali ke berapa ya?

Ingin terbit buku sendiri. Klik di sini
Lapan ikon jutawan Malaysia dalam sebuah e-buku. klik di sini
Siapakah penulis ini? Klik di sini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Atiqah Rahman benar-benar mahu melihat penulis dalam diri saudara

Assalamualaikum wbt Kepada yang membaca maklumat ini, saya mendoakan semua dalam keadaan gembira, dihujani kejutan kebaikan dari segenap sudut dan ceria di tempat bertugas dan bersama keluarga. Amin ya Allah. Tuan dan Cik Puan yang dimuliakan Allah Izinkan saya memperkenalkan diri, saya Atiqah Rahman dari  kursuspenulisan.com . Mulai 15 Mei 2013 saya akan menguruskan keperluan bakal peserta bengkel penulisan pada sesi akan datang. Tugas saya adalah memastikan saya membantu Tuan dan Cik Puan ke arah sukses dalam dunia penulisan. Maklumat demi maklumat akan diberikan dari masa ke semasa. a Pada hari ini saya akan memberikan beberapa maklumat berdasarkan respon yang diberikan melalui emel. (1)  "Bilakah kursus yang akan datang? Lama kami menunggu dan tidak sabar mahu hadir." Setiap kursus mempunyai tarikh yang berbeza. Disebabkan kursuspenulisan.com mengendalikan kursus hujung minggu sahaja. Maka tarikh yang diberikan kami adalah tarikh yang sangat penting...