Langkau ke kandungan utama

Bob KU2, Jangan Tidur Lagi dan cerita realiti

Rancangan Jangan Tidur Lagi bukanlah siri wajib tonton yang saya ikuti di televisyen. Dua minggu lalu, Bob KU2 dijemput dalam rancangan ini.

Dalam perbualan mereka mereka sepanjang sejam. Saya terkejut dengan keberanian Bob KU2, "Bro, kau kalau ada skrip hulur-hulurlah pada aku. Enam bulan aku tak ada job," katanya kepada Adlin.

Penonton ketawa. Caranya bersahaja penuh humor memberi respon. Kemudian diulang sekali lagi apabila Adlin meminta beliau menyampaikan kata akhir, "Bro, kalau ada skrip janganlah lupa aku."

Saya diam lama memikirkan keberanian Bob KU2 berkata-kata. Memikirkan inilah satu-satunya medium beliau menyampaikan hasrat hatinya untuk diberi peluang berlakon lagi sejak enam bulan tanpa apa-apa tawaran. Penonton ketawa dengan jenaka Bob KU2, saya juga ketawa. Adakah Bob KU2 dapat ketawa sepanjang enam bulan lalu sehingga Aidilfitri ini?

Dia sedang bercerita mengenai realiti. Masih kita ketawa lagi?

Nota: Kali terakhir bertemu Bob KU2 ketika beliau menjual baju bundle di Up Town Damansara sebelum ia dipindahkan ke tempat baru dan Danau Kota empat tahun dulu sebelum beliau berumahtangga.

Nota: Gambar diambil dari Utusan Online

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Salam hari raya, ampun maaf dipinta juga andai ada terkasar bahasa sepanjang tahun ini.

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Atiqah Rahman benar-benar mahu melihat penulis dalam diri saudara

Assalamualaikum wbt Kepada yang membaca maklumat ini, saya mendoakan semua dalam keadaan gembira, dihujani kejutan kebaikan dari segenap sudut dan ceria di tempat bertugas dan bersama keluarga. Amin ya Allah. Tuan dan Cik Puan yang dimuliakan Allah Izinkan saya memperkenalkan diri, saya Atiqah Rahman dari  kursuspenulisan.com . Mulai 15 Mei 2013 saya akan menguruskan keperluan bakal peserta bengkel penulisan pada sesi akan datang. Tugas saya adalah memastikan saya membantu Tuan dan Cik Puan ke arah sukses dalam dunia penulisan. Maklumat demi maklumat akan diberikan dari masa ke semasa. a Pada hari ini saya akan memberikan beberapa maklumat berdasarkan respon yang diberikan melalui emel. (1)  "Bilakah kursus yang akan datang? Lama kami menunggu dan tidak sabar mahu hadir." Setiap kursus mempunyai tarikh yang berbeza. Disebabkan kursuspenulisan.com mengendalikan kursus hujung minggu sahaja. Maka tarikh yang diberikan kami adalah tarikh yang sangat penting...