Langkau ke kandungan utama

Komen Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas


Dipetik dari buku tamu laman web www.zamrimohamad.com

#1 | 2008-07-20 08:41:15 | rahisam ramli
Assalamualaikum saudara Zamri.

Saya ingin berkongsi mengenai tulisan saya yang disiarkan oleh Utusan Malaysia bertajuk Miskin Mangsa Pasaran Ekonomi Kapitalis pada 18 Jun yang lalu.

Jam 10 pagi pada hari yang sama wartawan Majalah Al-Islam menelefon saya dan ingin maklumat lanjut berkenaan tajuk di atas dan akan disiarkan dalam isu pebincangan untuk keluaran Ogos 2008. (satu makluman yang sangat menggembirakan saya sebagai penulis baru di akhbar)

Setelah soalan dihantar melalui emel dan saya cuba menjawab persoalan tersebut akhirnya hari ini setelah Majalah Al-Islam keluaran Ogos 2008 ada di kedai terus saya belek. Subhanallah, Alhamdulillah.

Kupasan itu memang benar-benar diambil untuk ruangan Isu bulan Ogos 2008. Terasa ada kelainan berbanding penulisan artikel kerana ia dikupas seolah-olah melalui temubual.

Hari yang bersejarah kepada saya, apatah lagi mengingatkan betapa berkesannya buku tulisan saudara yang menghasilkan kesan berganda. Terima kasih yang tidak terhingga buat saudara semoga Allah sahaja membalas kejayaan saudara pada masa-masa akan datang.

Wasalam
Rahisam Ramli
Pensyarah/Penyelaras Program Diploma Pengurusan dan Pentadbiran Islam
Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka

Nota daripada Zamri Mohamad: Sesungguhnya apa yang paling menyentuh hati saya adalah doa Tuan kepada saya. Berkat tunjuk ajar guru dan pertolongan mereka yang membawa kepada penerbitan buku Cari Duit Cara Mudah, terima kasih kepada Tuan dan Puan semua.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...