Langkau ke kandungan utama

Kata-kata pendorong kepada penulis daripada e-mel Bank Islam Malaysia Berhad


Semalam sekitar jam 9.30 malam, saya menggunakan perkhidmatan Bank Islam secara online bagi pembelian sebuah produk di Lelong.com.my. Perkhidmatan Bank Islam ini memerlukan kod laluan I Access yang dihantar ke telefon bimbit. Secara tidak sengaja saya memadam kiriman sms tersebut dan sudah tentu saya tidak dapat melakukan apa-apa urusan sehinggalah hari ini.

Saya mengirim e-mel ke bahagian perkhidmatan Bank Islam. Hari ini semua urusan berjalan seperti sediakala. Saya dapat membeli produk yang diingini. Tetapi apa yang membuat saya terdorong menulis entri ini adalah mengenai kiriman balas e-mel daripada kakitangan Bank Islam terbabit.

Saya petik semula (Klik gambar di atas)

Waalaikum salam

Tuan

I Access Code ini hanya sah dalam tempoh 4 jam selepas digunakan. Sekiranya belum digunakan ia sah dalam tempoh 24jam.

Selepas tempoh tersebut, Tuan perlu memohon semula sebelum melakukan transaksi.

Terima kasih.

-Tahniah atas pencapaian Tuan dalam bidang penulisan

Regards,

Aishah Abdul Rahman




Terima Kasih atas kiriman doa dan kata-kata positif daripada Cik Puan Aisyah dan Tim Bank Islam Malaysia Berhad. Ringkas dan sangat bermakna.

Ingin terbit buku sendiri? Klik di sini
Bacalah rahsia 8 ikon jutawan sukses ditemubual oleh Irfan Khairi. Klik di sini

Ulasan

mohad berkata…
salam..apa khabar...

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan ...