Sabtu, Ogos 30, 2008

Cerita tiga penulis PTS berkampung di MPH Mid Valley



Darren membacakan dua rangkap pantun di kulit belakang buku

Gambar candid kegemaran saya


Adik kecil ini berada di sini selama tiga jam (tiga sesi penulis)
Cik Jamie sedang merakamkan program penulis



Alhamdulillah, segala pujian kepada Allah. Bicara buku para penulis PTS melibatkan Tuan Serunai Fagir, Tuan Muhamad Syarafudin Sulaiman dan saya berjalan dengan lancar dengan kerjasama tim PTS dan tim MPH, Mid Valley.

Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Ikram Wazir yang mengendalikan program pada hari ini dan Cik Siti Nor Fadilah yang memastikan segala keperluan kami bagi program ini disediakan sebelum beliau bercuti pada Jumaat lalu.

Program hari ini mengetengahkan bicara buku melibatkan empat buah judul dan kategori berbeza. Tuan Serunai Faqir menghiburkan para pengunjung dengan alunan serunainya, memainkan pelbagai jenis irama.

Pada hari ini barulah saya tahu bahawa serunai dalam bahasa kita dipanggil sebagai sona dalam bahasa Cina dan nagaswaran dalam bahasa Tamil.

Penglibatan penonton-penonton kecil dalam pelbagai bangsa mendapat sokongan ahli keluarga yang turut hadir. Kanak-kanak lelaki berbangsa Cina bernama Darren membacakan dua rangkap pantun pada kulit buku hasil tulisan Tuan Serunai Faqir.

Saya menyambung sesi seterusnya dengan mengetengahkan buku terbaru berjudul Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart. Saya mengetengahkan sepuluh tip bagaimana mempengaruhi bos cara streetsmart. Tuan Ikram membantu mengedarkan newsletter Bicara Penulis kepada para pengunjung yang berlegar berdekatan pentas dan mendengar ceramah selama sejam ini.

Tuan Muhammad Syarafuddin membawa suara orang muda melalui bicara bukunya dalam siri Akademi Kehidupan. Saya selalu menggelarkan buku itu sebagai buku pendekatan al Ghazali moden. Menyentuh mengenai kehidupan dari pelbagai perspektif.

Secara keseluruhannya, terdapat beberapa perkara yang dapat kita lakukan bagi mengekalkan momentum yang terbaik bagi anjuran program ini. Seorang pengunjung memaklumkan keperluan adanya individu di hadapan pintu masuk rangkaian buku ini bagi mengedarkan flyer bagi memaklumkan program ini sebelum mereka menjengah rak-rak buku sekitar.

Kata pengunjung ini, beliau tidak mengetahui ada program di situ sehinggalah terdengar sayup-sayup suara orang menyampaikan ceramah. Pihak kedai buku menyediakan poster di pintu masuk, berkemungkinan para pengunjung terlepas pandang. Dalam situasi ini, konsep stationing mungkin membantu, ditambah lagi dengan risalah pengumuman yang diberi kepada mereka. Ini mungkin dapat diusahakan oleh penulis dan tim terlibat.

Pengunjung pelbagai bangsa memberi reaksi positif terhadap program ini. Penglibatan penulis melalui jadual yang disusun secara bergilir memberi tenaga kepada perjalanan program berbanding program secara solo.

Apa pun, kami bertiga melihat ini satu program yang mempunyai perjalanan tersendiri sebelum sambutan hari kemerdekaan negara dan kehadiran Ramadan pada keesokan hari.

Salam kemerdekaan dan selamat menyambut Ramadan al Mubarak.

Ingin ketahui rahsia lapan ikon jutawan tempatan? Klik di sini
Ingin terbit buku sendiri? Klik di sini.

5 Respons:

fadzil yusof berkata...

Assalamualaikum,

Oiii, makin hensem kau. Satu Malaysia dah tau kawan aku ni, dah hensem. Aku doakan, jangan ada la Dato Siti tiba2, ehmm....

Tapi apapun Selamat Menyambut Ramadan.

Firdaus Ariff berkata...

Berapa ramai kroni korang bawa untuk memeriahkan suasana? Apapun, tahniah kerana berjaya membuat majlis yang begitu meriah!

Zamri Mohamad berkata...

Kroni tidak ramai, tetapi tahap profesionalisme kami kekalkan. Satukah, sepuluhkah mahupun seribu, tetap bersemangat!

Berkat doa saudara dan semua :)

Rozlan Mohamed Noor (RMN) berkata...

TAHNIAH tuan!

Zamri Mohamad berkata...

Terima Tuan. Ini semua berkat doa tuan dan tunjuk ajar selama perkenalan kita semua.

Semua Allah menjadikan kita semua sukses dunia akhirat.

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates