Langkau ke kandungan utama

Ceramah Buku Penulis Tempatan dalam acuan kekeluargaan

Anak Tuan Imran Yusof (kanan) mendeklamasikan sajak sebagai penutup bicara.
Ceramah buku oleh Tuan Imran Yusof.
Ahli keluarga Tuan Imran Yusof dalam book-talk yang pertama.


Ini adalah ceramah buku atau book-talk Tuan Imran Yusof yang pertama. Beliau memilih karyanya yang kedua, Merentas Samudera sebagai buku yang dipromosikan di MPH Alamanda,Putrajaya pada 17 Ogos 2008 lalu. MPH Alamanda juga menjadi tempat saya mengendalikan book-talk pada tahun 2006 untuk kali pertama. Merentas Samudera adalah novel profesional terbitan PTS Professional.

Saya percaya Tuan Imran juga mengalami gemuruh seperti saya lalui di tempat yang sama. Beliau menghubungi saya beberapa hari sebelum itu bagi mendapatkan informasi bagaimana sebuah program ceramah buku dianjurkan. Sebelum ini, Tuan Imran banyak memberi motivasi dan galakan kepada saya selaku penulis muda dan mentah ketika bertemu di bengkel-bengkel penulisan.

Malah kami berdua menantikan perkembangan manuskrip Tip Menjadi Isteri Pujaan di bawah kendalian Cik Siti Nor Fadilah Salleh. Masih menantikan respon seterusnya setelah dimaklumkan manuskrip yang sudah hampir setahun usianya (sebelum ini dikendalikan oleh cik Nurul Hafizah Mokhtar) bakal disunting pada September ini.

Saya mempelajari satu perkara yang menarik mengenai ceramah buku yang dikendalikan oleh Tuan Imran Yusof. Beliau membawa ahli keluarganya bersama-sama dan anak ketiga beliau turut terlibat sama dalam ceramah buku itu dengan mendeklamasikan sajak. Inilah satu-satu ceramah buku yang melibatkan keluarga bersama yang tidak pernah saya lihat pada mana-mana penulis PTS lain.

Selepas program itu, bicara buku diteruskan oleh penulis bernama Tuan Saat Sulaiman yang mempromosikan bukunya Usahawan Cemerlang terbitan Utusan Publication. Sekali lagi pengalaman ceramah buku dengan sentuhan keluarga berlaku. Bezanya kali ini, Tuan Saat membawa kanak-kanak perempuan yang masih kecil ke program itu. Si kecil diletakkan di kerusi hadapan. Khusyuk si kecil melihat ayahnya berceramah mengenai bisnes kecil.

Tuan Saat Sulaiman memenuhi undangan MPH sempena bulan penulis tempatan dengan membawa anak kecil dari Shah Alam. Selesai sahaja program, Tuan Saat mendukung anaknya yang sudah tidur menaiki bas Nadi Putra dan kemudian menaiki KLIA Transit menuju ke KL Sentral sebelum tiba ke Shah Alam.

Saya meneruskan perjalanan menghadiri ceramah buku Opera Angkasa di MPH Mid Valley sambil memikirkan pengalaman ceramah buku yang disentuh dengan suasana kekeluargaan dari kacamata Tuan Imran Yusof dan Tuan Saat Sulaiman.


Ingin terbit buku sendiri? Klik di sini.
Baca temuramah 8 ikon jutawan Malaysia oleh Irfan Khairi. Klik di sini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...