Melihat kepada siaran langsung Debat anjuran Agenda Daily dan TV3 serta TV9 selaku hos penyiaran, ia membawa kepada satu petanda demokrasi sedang diamalkan dalam negara ini. Wacana isu kebajikan rakyat melalui tajuknya Hari Ini Membentuk Kerajaan membayangkan satu episod menarik dalam politik tempatan.
Namun rancangan Debat ini memerlukan satu susulan penting. Ia memerlukan satu maklumbalas daripada rakyat selaku penonton pada 15 Julai lalu. Kerajaan melalui media-media tempatan dapatlah menjadikan ini sebagai peluang ke arah pembaikan demi kesejahteraan bersama.
Satu kaji selidik dan maklumbalas daripada program siaran langsung ini perlu bagi melihat kecenderungan rakyat. Kecenderungan ini memfokuskan kepada cadangan menurunkan harga minyak sebanyak RM0.50 melalui mekanisme yang diperkenalkan.
Sehingga entri ini ditulis, kenyataan Perdana Menteri ditunggu-tunggu. Sama ada beliau bersedia menggerakkan jentera kerajaan bagi mengkaji pendekatan ini atau terus menolak tanpa memberi ruang sedikit pun.
Melalui apa yang berlaku pada 15 Julai lalu, keputusan pilihanraya sudah menjadi tidak relevan lagi bagi digunakan sebagai penunjuk arah kepada pilihan massa. Siaran langsung Debat menjadikan semua pilihan sebelum ini bermula daripada angka sifar.
Rakyat membuka diri mereka kembali kepada kuasa membuat pilihan. Ia juga dapat dilihat satu kempen pilihanraya baru. Mungkinkah ini menjadi model yang terbaik kepada rakyat menjelang pilihanraya sebenar pada tempoh dua tahun akan datang?
Pastinya ketika itu pimpinan pembangkang dan pimpinan yang mewakili kerajaan sebelum itu berkongsi pentas, melontarkan hujah dan menawan hati rakyat.
Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Ulasan
Saya rasa menjelang pilihan raya atau sekarang pun sudah boleh dimulakan perdebatan langsung sebegini.
Ini akan memberi kesan dan semangat baru kepada kehidupan rakyat, sebab perdebatan antara dua tokoh yang berbeza pendirian, kefahaman politik dan sebagainya ini, akan menjadikan rakyat semakin bijak menilai.
Siapa yang lebih bernas pemikirannya, dan siapa yang boleh memberi lebih kebaikan kepada rakyat dengan alasan yang logik, realistik untuk dilaksanakan pada kemudian hari.
Ini idea yang bijak!