Ruang menunggu di belakang studio
Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu

Hadiah sempena EURO 2008
Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan)
Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar
Kami sempat berbual pendek dengan tetamu lain. Antaranya Tuan Thomas Brandt dan Alexander Stedtfeld. Kedua-duanya warganegara Jerman yang bekerja di Malaysian-German Chamber and Industry. Dalam bahasa Jerman disebut Deutsch-Malaysische Industrie- und Handelskammer. Mereka adalah Pengarah Urusan dan Pengarah Eksekutif di sana.
Tuan Alexander sempat bertanya apakah maksud Mamak pada buku yang saya pegang. Mereka berdua datang ke TV3 bagi merancakkan demam EURO 2008. Kulit buku yang mempunyai gambar bunga cengkih juga menjadi topik perbualan kami.
Jam menghampir 7.30 pagi, saya disapa oleh cik Fiza yang membantu menguruskan tetamu bagi segmen di MHI. Beliau menegur saya apabila melihat nama yang tertera pada nama di baju. Sebenarnya saya bereksperimen dengan pendekatan Air Asia yang selalu meletakkan nama syarikat penerbangan pada topi. Saya pula cuba-cuba belajar mempromosikan laman web zamrimohamad.com melalui cetakan pada baju. Penjenamaan dan pemasaran karya secara gerila.
Tidak lama kemudian disapa pula oleh cik Nana.
Mengapa semua orang mahu dipanggil dengan singkatan nama?
"Lama lagikah? Tuan berdua perlu ke bilik solekan." kata cik Nana yang sama-sama menantikan Tuan Faisal.
"Sebentar lagi, jawab saya," kemudian muncul Tuan Faisal dari pintu hadapan.
Sepuluh minit di studio bersama Tuan Fitri dan Puan Wardina Safiyyah adalah percubaan awal berada dalam rancangan siaran langsung. Malam semalam, sempatlah juga mengikuti perlawanan bolasepak Sepanyol menentang Russia. Sedikit sebanyak cerita bola sepak menjadi isi sampingan.
"Pasukan mana pilihan saudara?" soal Tuan Fitri.
"Sepanyol, 3-1," jawab Tuan Faisal yakin.
"Rekod tiga kali juara EURO, saya yakin Jerman," jawab saya.
"Bagaimana saudara berdua, menulis buku bersama, tetapi pasukan bolasepak mana yang akan menang, masing-masing bercanggah?" balas Tuan Fitri yang berjersi Turki sepadan dengan Puan Wardina.
Jawab saya, "Dalam penulisan Rahsia Bisnes Mamak kami bersama. Dalam soal bolasepak, kami bertentang pendapat."
Di studio sebelah, Tuan Aziz Desa sempat pula memaklumkan kepada penonton mengenai tetamu di MHI sedang rancak bercerita mengenai Rahsia Bisnes Mamak. Tuan Roslan memaklumkan kepada kami kerana beliau menonton TV9 dari Melaka selepas sesi kami tamat.
Selepas itu, kami duduk di lobi dan dihampiri seorang kakitangan TV3 yang pada awalnya mahu menuju ke lif.
Katanya sambil jari menunjukkan satu lokasi, "Kedai Mamak di hujung sana sejak tahun 1995 Tv3 berpindah ke sini masih lagi bertahan. Orang lain sudah berpindah, mereka masih di situ."
Terima kasih kepada Tuan Ally Iskandar selaku penerbit yang menjemput kami. Terima kasih kepada semua krew MHI, terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menonton dan terima kasih kepada semua pembaca Rahsia Bisnes Mamak.
Tidak dilupakan, terima kasih kepada penerbit PTS Professional.

Slot Rahsia Bisnes Mamak
27 Jun 2008
Jam 7.30 pagi
Malaysia Hari Ini, TV3
Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi.
Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi.
Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi memenuhi jemputan Malaysia Hari Ini bagi membincangkan buku terbaru bersama Tuan Faisal Sharbuddin, Rahsia Bisnes Mamak.
Pada peringkat awal ia dijadualkan pada hari Selasa tetapi dianjak ke hari Jumaat. Anjakan ini memberi lebih banyak ruang bagi pihak MHI menyediakan klip video rakaman orang ramai dan pengusaha restoran Mamak sebagai sisipan visual sepanjang sesi temuramah ringkas ini.

Foto lawatan pertama ke TV3 pada tahun 2005, tiga tahun sebelum itu.
Ingin terbit buku sendiri klik di sini!
Ingin terbit buku sendiri klik di sini!
Ulasan
Boleh saya tahu siapakah Belakios of Inkatus of Aurora?