Langkau ke kandungan utama

Komen-komen berkaitan buku Rahsia Bisnes Mamak pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008



Komen-komen berkaitan buku Rahsia Bisnes Mamak

Petikan komen Tuan Abd Razak Adam

http://universitipts.com/index.php/site/comments/jualan_pts_rm298_ribu/

Alhamdulillah, hujan lebat yang melanda di luar rupa-rupanya membawa rahmat kepada PTS. Saya datang sekeluarga dari Melaka pada petang Sabtu. Terlihat Puan sedang duduk di sebelah penulis ‘Rahsia Bisnes mamak’.

Pengunjung terlalu ramai sampai Puan terpaksa duduk dalam keadaan terhimpit di suatu sudut sewaktu penulis sedang berapi-api berucap. Tahniah kepada warga PTS terutama kepada Puan atas kejayaan ini, gerai buku PTS terlalu sesak dengan pengunjung.

Apa yang saya nampak ialah konsep ‘memandaikan bangsa’ serta keikhlasan dalam perjuangan akhirnya akan mencapai kejayaan. Teruskan dan teguhkan konsep ini. Tahun depan pasti akan berganda lagi, insyaAllah.

Petikan entri Pengerusi PTS Puan Ainon Mohd

http://universitipts.com/index.php/site/comments/corat_coret_pesta_buku_mamu_faisal_dan_mamak_zamri/

Regu "Geng Mamak" pasangan Faisal Sharbudin dan Zamri Mohamed adalah promoter buku sendiri yang paling melucukan pada hari terakhir pesta buku.

Mereka bercakap berbuih-buih sambil mengunjukkan buku RAHSIA BISNES MAMAK kepada pengunjung booth PTS yang berhasak-hasak lalu di tepi mereka. Tidak seorang pun yang mahu memegang buku yang mereka unjukkan.

Mereka bercakap, bercakap, bercakap, sambil mengangkat buku tinggi-tinggi. Mereka berganti-ganti memegang mikrofon. Bercakap, bercakap, bercakap!

Tidak satu pun laku!

Namun mereka terus bercakap, menerangkan isi kandungan yang mereka anggap paling dapat memikat pembeli. Sampai tegang-tegang urat leher.

Tidak satu pun laku.

Kemudian, mereka kepenatan, maklumlah suasana hingar-bingar dalam dewan pameran. Sementelahan pula gerai sebelah memainkan lagu nasyid dengan kuatnya. Lalu mereka duduk, berhenti bercakap dan meletakkan mike atas meja.

Selepas itu barulah buku mereka yang terletak di atas meja laku satu, satu, satu, sampai semua habis terjual.

Pengajaran daripada apa yang berlaku itu adalah menjual buku tidak serupa dengan menjual ubat!

Setiap naskhah buku ini yang dibawa ke PWTC pada pesta buku lalu, semuanya habis terjual.

Acara promosi buku ini dibuat sendiri oleh pasangan "Geng Mamak" Faisal-Zamri.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Tahniah Tuan di atas anugerah Allah kepada Tuan dengan limpahan rezeki yang datang berterusan.

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s...